You are on page 1of 28

CHUAH QIN YING

LIM SHIN ROU


LING XIAO WEI
SII LEH TEING
Etika
Etika merupakan satu sistem dasar akhlak,
adat dan tingkah laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa & Pustaka) yang
merupakan prinsip moral atau set prinsip
moral.

Etika juga boleh dikatakan sebagai
tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang terhadap masyarakat.
Panduan kepada guru dalam menjalankan tugas
mereka dengan bertanggungjawab membimbing
murid-murid untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya.
Di dalam kod etika perguruan terdapat empat
tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam
profesion ini seperti
a. Tanggungjawab terhadap pelajar,
b. Tanggungjawab terhadap ibu bapa,
c. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan.
Jelaskan isu tersebut dengan merujuk kepada
kod etika.
Mengapa isu itu melanggar kod etika?
Apakah kod etika yang terlibat dalam isu itu?
2011/07/20

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman
terhadap rayuan seorang guru Bahasa Inggeris yang didapati bersalah
melakukan seks oral ke atas dua orang murid lelakinya yang berusia 11 tahun
di Jitra, lapan tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab ketika meneliti semula kes
itu mendapati tiada keraguan yang boleh menjejaskan kes dalam
pendakwaan dilakukan sepanjang perbicaraan selain peguam mewakili
tertuduh juga gagal menimbulkan keraguan munasabah sebelum
memutuskan untuk mengekalkan hukuman dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 9 Mei tahun lalu, tertuduh Muhammad Nizar Shuib, 30, dijatuhi
hukuman serentak penjara lapan bulan dengan jaminan sebanyak RM35,000
dengan seorang penjamin oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Maznah Abdul Aziz
atas dua tuduhan melakukan seks melampau atau seks oral terhadap dua
kanak-kanak yang juga murid kelas tusyennya di sebuah rumah di Taman
Siswa 2, Jalan Universiti, Jitra antara Mei 2003 hingga April 2004.
Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen
377E Kanun Keseksaan.
Muhammad Nizar yang kini digantung tugas sebagai
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Darulaman
mula dihadapkan ke mahkamah pada 28 April 2004
selepas ditahan polis berdasarkan laporan dibuat ibu
bapa mangsa.
Bagaimanapun kegusaran mereka terjawab apabila
mangsa mengadu sering ditahan dari pulang ke rumah
oleh tertuduh ketika kelas tusyen yang bermula jam 7
petang tamat dan dibawa memasuki sebuah bilik untuk
menonton video lucah.
Mangsa mendakwa ketika menonton video lucah
tertuduh mula melakukan seks oral terhadap mereka
sebelum menyuruh mangsa melakukannya terhadap
tertuduh.
Guru yang didapati bersalah melakukan
gangguan seksual dengan melakukan seks
oral ke atas dua orang murid lelakinya yang
berusia 11 tahun dilaporkan oleh akhbar
Berita Harian yang bertarikh 20 Julai 2011 .
Berdasarkan isu gangguan seksual yang
dilakukan oleh guru yang berumur 30 tahun
yang tergamak melakukan perbuatan
tersebut menunjukkan bahawa guru tersebut
telah melanggar Kod Etika Perguruan.
Dalam kes ini, sepatutnya guru tersebut
mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar.
Namun guru tersebut telah melakukan perkara
yang sebaliknya terhadap pelajarnya.
Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan
kerana telah mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Kesannya, murid tersebut tidak lagi berasa
selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran.
Guru sepatutnya bertanggungjawab
dalam menunjukkan cara
berpakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberi contoh.
Sebaliknya , guru menunjukkan
tingkah laku yang negatif dengan
membuat gangguan seksual secara
terang-terangan ke atas murid
tersebut.
Guru haruslah menanamkan sikap
yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang
menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
Kelakuan guru (mengarah murid
menonton video lucah dan melakukan
seksual oral) berbeza dengan
kelakukan dan sifat yang sepatutnya
terhadap muridnya.
Kod etika ini jelas menunjukkan
bahawa guru yang melakukan
gangguan seksual tidak mengikut kod
etika yang digariskan sebagai seorang
pendidik.
Kesimpulannya, kod etika yang
menjadi panduan kepada semua guru
nyata sekali tidak digunakan dan
diamalkan oleh guru yang melakukan
tingkah laku yang negatif tersebut.
Murid
Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa
gangguan seksual ialah kecenderungan berdiam
diri, bersendirian, murung dan sebagainya.
Perkara tersebut menyebabkan mangsa tidak lagi
berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa
menurun.
Kesan jangka panjang pula ialah mangsa
gangguan seksual akan menjadi trauma dengan
guru terutama guru lelaki atau mengalami
tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga
mangsa cuba membuat perkara yang tidak
diingini contohnya membunuh diri dan
sebagainya.

Guru (melakukan perbuatan keji)
Antara kesan jangka pendek ialah hubungan
guru dan murid menjadi semakin renggang.
Semua murid membenci dan takut untuk
menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi
berkenaan, murid berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran.
Hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan
musnah kerana mereka hilang kepercayaan
terhadap guru tersebut.
Secara tidak langsung, dia akan mengalami
tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang
serius akibat daripada perbuatan keji itu.

Kesan jangka panjang yang terpaksa
ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah
wujudnya persepsi yang buruk daripada
masyarakat terhadap beliau.
Guru tersebut tidak lagi diterima oleh
masyarakat kerana masyarakat akan
memandang serong akibat daripada
perbuatan tersebut.
Guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah
yang lain bagi menjaga nama baik sekolah
tersebut.
Di samping itu juga, guru tersebut tiada
tempat dalam masyarakat dan beliau bukan
lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh
masyarakat.
Guru lain
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah
masyarakat tidak akan mempercayai bahawa
guru dapat mendidik dan mengajar anak
mereka dengan baik sehingga menyebabkan
peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu
tugas yang mulia oleh masyarakat.

Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak
bersalah akan diselubungi dengan perasaan
malu terhadap masyarakat dengan tindakan
yang dilakukan oleh rakan guru lain yang
berkelakuan negatif.
Kesan jangka panjang kepada guru yang lain
ialah menyebabkan mereka sendiri tidak lagi
berminat untuk meneruskan profesion
perguruan.
Bidang perguruan akan mengalami
kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu
pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan.
Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak
lagi mempunyai perasaan selaku seorang
pendidik jika masalah ini terus berleluasa.
Sekolah
Kesan jangka pendek ialah reputasi sekolah
atau nama baik sekolah akan menurun
menyebabkan masyarakat terutamanya ibu
bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke
sekolah tersebut.
tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi
pendidikan yang memberi pendidikan yang
berkualiti kepada murid-murid.
Kesan jangka panjang ialah dilabel sebagai
tempat yang tidak bermoral kerana
membiarkan masalah gangguan seksual
berleluasa secara tidak terkawal.

Pendidikan merupakan satu kaedah
yang terbaik untuk mengatasi tingkah
laku guru yang negatif.
Melalui kaedah tersebut, kita boleh
membangunkan kesedaran guru
tentang bahaya gangguan seksual
yang dilakukan oleh mereka terhadap
murid-murid.
Kebanyakan negara maju telah
memperkenalkan pendidikan seks
kepada semua masyarakat bagi
mendedahkan pelbagai isu dalam
menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti
a. diskriminasi seksual,
b. hak asasi wanita,
c. nilai-nilai baik dalam hubungan antara
lelaki dan wanita,
d. pencabulan,
e. penderaan seksual.

Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada
murid, guru-guru dan masyarakat namun
kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri.

Pendidikan seks bertujuan untuk memberi
maklumat yang sebenar tentang kesalahan
seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi
dilakukan kepada murid-murid.

Pendidikan seks juga dapat mengetengahkan
implikasi dan kesan yang diperolehi oleh
pesalah gangguan seksual jika mereka terus
melakukan gangguan seksual kepada murid-
murid.
Kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat
bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah
laku yang teratur dan bertanggungjawab
terutamanya yang melibatkan penjawat
awam khususnya guru.

Semua guru perlu menghadiri kursus yang
dikendalikan oleh kerajaan bagi
menyedarkan mereka tentang
tanggungjawab sebagai pendidik.
Nilai murni seperti kemanusiaan,
kasih sayang, nilai moral, etika,
tanggungjawab dan sebagainya perlu
di terapkan ke dalam diri semua
guru dalam kursus ini bagi
menyedarkan mereka tentang
kesalahan gangguan seksual
daripada terus berlaku.

Kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)
perlu menggembleng tenaga menyediakan
kemudahan khidmat kaunseling khususnya
kepada murid-murid yang mengalami gangguan
seksual serta guru yang melakukan gangguan
seksual.

Khidmat bimbingan dan kaunseling ini
bertujuan untuk membolehkan guru
mendapatkan bantuan dan nasihat daripada
pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan
masalah ini.
Penguatkuasaan undang-undang seperti
penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya
perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi
masalah ini agar tidak terus berleluasa.

Guru yang melanggar etika perguruan
perlulah dilucutkan jawatannya.

Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-
guru yang lain supaya tidak melakukan
perkara yang tidak bermoral ini.

You might also like