You are on page 1of 15

1

SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH)


AMBILAN KHAS MAC 2011

SEMESTER 5 / MEI 2012

HBMT1203 VSMP

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS (SMP)

NAMA : SIMON JACKROW
NO. MATRIKULASI : 700823125523001
NO. KAD PENGENALAN : 700823125523
NO. TELEFON : 0148530888
E-MEL : Sjyan07@yahoo.com.my
TUTOR : EN. MOHAMAD ADIFF BIN MOHAMAD ALI
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SANDAKAN










2


ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1

2.0 Teori Pembelajaran Kognitif
2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget
2.2 Teori pembelajaran kognitif Bruner

2
3
4
3.0 Implikasi Teori Kognitif Piaget Dan Bruner Dalam Pembelajaran
Matematik Prasekolah

5
4.0 Pengenalan Pranombor Prasekolah
4.1 Pranombor
4.1.1 Pengelasan
4.1.2 Perbandingan
4.1.3 Seriasi
4.1.4 Padanan satu dengan satu
4.1.5 Pola
4.1.6 Keabadian
4.2 Nombor
4.3 Pengukuhan
4.4 Konsep masa
4.5 Konsep ruang

6
6
6
7
7
7
8
8
8
9
9
9
5.0 Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Prasekolah
5.1 Aktiviti dalam bilik darjah
5.2 Aktiviti berkumpulan
5.3 Aktiviti perseorangan

9
9
10
10
6.0 Tinjauan Perpustakaan 11

6.0 Kesimpulan 12
Bibliografi
3

1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan melangkah ke
alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan
pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak.
Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan
dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai
persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah bertujuan untuk menyediakan asas yang
kukuh kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Pendidikan prasekolah
juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang
berumur 5 tahu ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial
dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga
merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan
psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik
kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi
nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini
dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran
bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Dalam pembelajaran awal matematik,
kanak-kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk mengalami
perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti
bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun.
Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada
buku kerja atau tugasan atas kertas dan pen. Kanak-kanak membina pengetahuan matematik
dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti
real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam
menyelesaikan masalah harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar
dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak.
4

Bagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di
peringkat prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman
Socrates dan Plato lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai
paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut
untuk memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan
konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan
pelbagai rangsangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan,
konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak
menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang
mudah didapati di sekeliling mereka.

2.0 Teori Pembelajaran Kognitif
Pendekatan kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.
Dengan perkataan lain, proses ini lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman.
Maklumat yang diterima akan diproses melalui beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah
pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan.
Setelah itu, penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa manusia bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif,
sebaliknya otak manusia akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan
menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Teori ini menerangkan
pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur
kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingati oleh pelajar.
Dalam pembelajaran matematik, menurut Mohd Daud Hamzah (1996) menyatakan
bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat
beberapa aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam memperoleh kensep-konsep awal
matematik, iaitu seperti aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Terdapat
juga beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran tentang cara-cara kanak-kanak
mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh diajar pada peringkat yang berbeza
dalam perkembangan kognitifnya. Teori yang dikemukakan oleh Piaget dan Bruner
merupakan antara teori yang memainkan peranan besar dalam perkembangan pengajaran dan
5

pembelajaran kanak-kanak prasekolah termasuklah pengenalan pranombor dalam mata
pelajaran matematik.
2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget
Jaen Piaget berasal dari Neuchatel, Switzerland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan
merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget dan ibunya, Rebecca Jackson. Piaget
merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau
mendapat ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya, beliau
menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui
kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur
mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor (0-2
tahun), Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun), Peringkat operasi Konkrit (7-12 tahun) dan
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama
dan konkrit atau abstrak.
Peringkat

Umur Ciri-ciri
Motor deria 0-2 tahun - Boleh meniru dan mengingati benda-benda
- Mengetahui yang sesuatu objek itu masih
wujud walaupun ia disembunyikan
- Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri
sendiri sahaja).

Pra-operasi 2-7 tahun - Mula menggunakan bahasa secara sedikit
demi sedikit
- Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-
bentuk simbol

Operasi
konkrit
7-11 atau 12
tahun
- Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang
konkrit
- Boleh memahami konsep pemuliharaan
- Boleh membuat pengkelasan/ pengkategorian

Operasi
formal
11 atau 12 tahun
ke atas
- Boleh menyelesaikan masalah yang abstrak
- Menjadi lebih bersaintifik dalam cara
pemikiran
- Merasa bimbang tentang isu-isu sosial di
persekitarannya

Empat Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
6

2.2 Teori pembelajaran kognitif Bruner
Seymour Jerome Bruner atau lebih dikenali sebagai J. Bruner dilahirkan di New Tork
pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau
merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat
setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Sebagai seorang tokoh kognitif
yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian atas penghasilan penulisan dalam
bidang falsafah pendidikan, teori-teori pembelajaran dan proses pengajaran.
Dalam aspek pembelajaran, Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep
merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada kanak-kanak yang
berusia antara 0-14 tahun, sementara konsep tingkat berlaku pada usia 15 tahun. Konsep
boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, konsep konjuntif. Konsep ini merujuk
kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan tidak boleh
dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian diketepikan, konsep
tersebut menjadi kurang lengkap. Kedua, konsep disjuntif. Konsep ini merujuk kepada
bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu
situasi ataupun situasi yang lain. Ketiga, konsep hubungan. Konsep ini pula merujuk
kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud di antara bahagian-bahagian
tersebut. kebanyakan hubungan ini biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang
mengandungi masa dan ruang.
Selain itu, Bruner berpendapat bahawa fungsi konsep utama adalah menyusun
maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea dengan
bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari
serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam
perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan
tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar dan apabila tindakan tidak mencukupi
akan bertukar kepada penggunaan gambar atau perwakilan simbol yang secara tidak
langsung menunjukkan peranan bahasa itu sendiri.



7

3.0 Implikasi Teori Kognitif Piaget Dan Bruner Dalam Pembelajaran Matematik Prasekolah
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses
kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini
juga merupakan satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran ini sangat
menitikberatkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses
pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini secara tidak langsung
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran
murid-murid adalah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Pembelajaran kognitif lebih
kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran.
Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan, mereka akan melalui
pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pengetahuan sedia ada seperti melalui
kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid adalah membantu kanak-kanak mengingat semula. Oleh sebab
pembelajaran kognitif menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara
manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga dewasa, Jean Piaget memandang kanak-kanak
sebagai pelajar yang aktif dan berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan
teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut
tahap ataupun tingkat umur mereka.
Di samping itu, teori kognitif juga bergantung pada cara kanak-kanak tersebut
memperoleh pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperoleh pengetahuan
mereka melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-
kanak tersebut melalui zaman persekolahan, mereka akan membantu muris-muris semula
tentang perkara yang telah dipelajari terutamanya pengetahuan yang mereka miliki ketika di
prasekolah.
Seterusnya, implikasi pembelajaran kognitif juga adalah melalui isi-isi pelajaran yang
hendaklah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Piaget dalam
8

teori perkembangannya, terdapat empat tahap perkembangan kognitif, iaitu sensori motor, pra
operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh yang demikian, isi pelajaran yang
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut perkembangan
kanak-kanak. Hal ini kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur
atau pun tahap masing-masing. Dalam hal ini guru haruslah menyampaikan dan menyusun
isi-isi pelajaran mengikut perkembangan kanak-kanak.

4.0 Pengenalan Pranombor Prasekolah
Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terbahagi kepada 5 peringkat, iaitu
pranombor, nombor, pengukuhan, konsep masa dan konsep ruang.
4.1 Pranombor
Pranombor terbahagi kepada beberapa pecahan, iaitu pengelasan, perbandingan, seriasi,
padanan satu dengan satu, pola dan keabadian.
4.1.1 Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-
ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh
dilakukan berdasarkan:
(a) Satu ciri (contoh: warna, bentuk atau saiz)
(b) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
(c) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
(d) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)
Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah
dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak dan fungsi. Aktiviti yang
boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama.
Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set
yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep
nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap, iaitu:
(a) Memilih dan membanding
9

(b) Mengumpul
(c) Memilih semula
(d) Mengasingkan kumpulan
(e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

4.1.2 Perbandingan
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu
sebagai asas perbandingan (Gibbs & Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila
kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah
untuk memastikan muris-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam
perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh
perbandingan: membandingkan adalah seperti;
(a) Ukuran- panjang: pendek, tinggi: rendah, tebal: nipis
(b) Saiz- besar: kecil
(c) Berat- berat: ringan
(d) Bilangan atau kuantiti- banyak: sedikit
(e) Jenis objek

4.1.3 Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan. Contoh seriasin adalah seperti;
(a) Menyusun mengikut pola urutan: kecil- besar, nipis- tebal, rendah- tinggi,
pendek- panjang, sempit- luas
(b) Menyusun objek mengikut ciri

4.1.4 Padanan satu dengan satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek
yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek
dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, objek dengan nombor dan
10

nombor dengan nombor. Membina bilangan objek dengan simbol juga adalah
sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan
satu adalah seperti;
(a) Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
(b) Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu
(c) Memadan bilangan yang sama
(d) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

4.1.5 Pola
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara
bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid, iaitu:
(a) Meniru pola
(b) Menyambung pola
(c) Melengkapkan pola
(d) Membina pola sendiri

4.1.6 Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isi
padu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk
memastikan muris-muris memahami ketekalan jisim dan isi padu walaupun
diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.
4.2 Nombor
Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau
kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya
benda bagi sesuatu kumpulan, iaitu sifat kuantiti benda tersebut, manakala angka adalah
simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.

4.3 Pengukuhan
11

Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri-siri seperti
panjang, berat, kapasiti, luas, isi padu, suhu dan masa sesuatu objek atau peristiwa.
Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan
turutan. Proses aktiviti pengukuhan biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan
ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan.
4.4 Konsep masa
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep
masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama,
selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan
ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara, iaitu tempoh masa (peristiwa yang mengambil
kira masa ia berlaku) dan waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
4.5 Konsep ruang
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas,
bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.

5.0 Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Prasekolah
Tugas seorang guru prasekolah agak padat menyebabkan perancangan aktiviti yang berkesan
amat penting pada seorang guru. Guru hendaklah mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya
dapat menarik perhatian kanak-kanak prasekolah.
5.1 Aktiviti dalam bilik darjah
Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang sama.
Kebiasaannya, aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui
penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan pada akhir sesi
pembelajaran.


5.2 Aktiviti berkumpulan
12

Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti kanak-kanak belajar
berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam
aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan kedua-
dua jantina dan juga bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam kuantiti yang
kecil agar semua kanak-kanak dapat melibatkan diri atau mengambil bahagian. Guru
boleh memilih aktiviti yang sama atau berlainan. Objektif utama aktiviti berkumpulan
adalah untuk membentuk kanak-kanak supaya dapat bekerjasama untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan.
5.3 Aktiviti perseorangan
Guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti
perseorangan sesuai kepada kanak-kanak kerana aktiviti ini memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan secara
perseorangan kepada kanak-kanak.
Pelaksanaan aktiviti ini dapat dilihat dalam rancangan pengajaran di bawah. Perancangan ini
juga persesuaian dengan teori kognitif Piaget dan Bruner dalam pembelajaran matematik awal
kanak-kanak. Pelan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ini
berlangsung selama setengah jam. Aktiviti ini adalah bagi kanak-kanak berusia 5 tahun
seramai 15 orang. Perancangan aktiviti ini melibatkan permainan konsep nombor.
Langkah/ masa

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Set induksi
(5 minit)
Guru memperkenalkan bongkah dan konsep nombor dengan menerangkan
sambil menujukkan bongkah.

Langkah 1
(10 minit)
- Guru memberikan pengalaman deria sentuh kanak-kanak kepada
konsep nombor dan kuantiti.
- Guru menggunakan bongkah yang pelbagai bentuk.
- Kanak-kanak memegang 2 bongkah, satu di tangan kiri dan satu di
tangan kanan sambil berkata satu bongkah setiap kali
menunjukkan bongkah pada tangan mereka.
- Kemudian, sambil menunjukkan kedua-dua bongkah mereka
berkata dua bongkah. Cara yang sama juga dilakukan pada
nombor yang seterusnya. Lama-kelamaan, kanak-kanak boleh
mengatur bongkah-bongkah itu mengikut ciri-ciri yang lain.

Langkah 2
(25 minit)
Bagi mengembangkan kebolehan membilang secara berturutan dan
mengikut kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Kanak-kanak mengambil beberapa ketul bongkah. Setiap orang
13

membilang bongkah satu demi satu. Kanak-kanak lain memerhati dengan
teliti.
- Beberapa ketul bongkah diatur dalam satu baris dan kanak-kanak
membilang.
- Satu susunan yang tinggi seperti menara disusun menggunakan
bongkah. Kanak-kanak membilang ketul-ketul bongkah yang
digunakan bagi membuat binaan itu.
- Bongkah-bongkah disusun berbaris seperti kereta api. Kanak-
kanak diminta menunjukkan kedudukan bongkah pertama, kedua,
ketiga dan seterusnya.
Aktiviti ini dijalankan selepas kanak-kanak biasa dengan konsep nombor.
Pada peringkat permulaan pengenalan nombor untuk kanak-kanak tidak
melebihi angka 5, kemudian angka 10.

Penutup
(5 minit)
- Guru memberi rasa keseronokan belajar matematik dengan
menyanyi sebuah lagu yang mempunyai sebutan nombor sambil
menggunakan jari-jemari bersama kanak-kanak.
- Kanak-kanak dapat membilang dengan menggunakan jari sambil
menyanyi.



6.0 Tinjauan Perpustakaan
Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik mampu
memberi pemahaman matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai
contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial,
masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani & Rohani (2004) pula
dalam Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran
matematik melalui tiga tahap, iaitu tahap konkrit, gambar dan simbolik. Hal ini selaras dengan
teori perkembangan kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat, iaitu enaktif, ikonik dan
simbolik. Namun begitu, kebanyakan guru prasekolah lebih cenderung mengajar kanak-kanak
terus ke tahap ketiga, iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-dua tahap yang
sebelumnya. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan
matematik yang kukuh.
Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik sebagai
satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK, 2001), Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil pelajar dalam proses pengajaran dan
14

pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pendekatan bermain sambil belajar dapat
meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin
tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu
mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini
mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan san interaksi dengan
persekitaran, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri dan
peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, pendekatan yang
sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran adalah pendekatan permainan.

7.0 Kesimpulan
Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat yang
menuju ke arah sebuah negara maju berteraskan Sains dan Teknologi. Pelajar-pelajar perlu
mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang seterusnya. Bagi menjamin
masa depan negara, pihak tertentu perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang
lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat
awal persekolahan. Pembelajaran matematik bukan sahaja diperluas di sekolah, malah telah
bermula sejak di prasekolah lagi kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak
lagi akan membentuk asas pembelajaran yang kukuh. Seterusnya, dapat membantu mereka
untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi.








15

Rujukan

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Mara.
Al Hurwitz & Day, M. (1995). Children and Their Art. Harcout Brace Collage Pub. Texas.
Artheim, R. (1989). Thought On Art Education. Santa Monica: Getty Center.
Chapman, L. H. (1998). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace
Jovanovich Inc.
Efland, A. (1997). Planning Art Education in Middle/ Secondary Schools. Ohio: USA.
Elliot, W & David, V. E. (1996). Reading in Art Education. London: Ginn- Blaisdell Publ.
Co.
Feldman, E. (1990). Becoming Human through Art. New Jersey: Prentice Hall.
Jane, B. K. (2000). Becoming an Art Teacher. USA: Towson University Wadsworth Thomson
Learning, USA.
Lowenfwld, V & Brittain. (1957). Creative and Mental Growth (8
th
edition). New York: Mac
Millan.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Prentice, R. (1995). Teaching Art and Design. London & NY: Continuum.
Rohani Abdullah, Nani Menim & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum
prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Shahizan Hassan & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2005). Panduan merancang aktiviti
prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like