You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

LINUS merupakan singkatan daripada perkataan Literacy and Numeracy Screening.
Ianya merupakan antara program utama di bawah sub-NKRA Kementerian Pelajaran
Malaysia. Selain daripada LINUS, program sub-NKRA LAIN di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah Pra Sekolah, Baiah dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Di bawah
program LINUS ini, Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua
murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas
Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Program LINUS ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1
di sekolah rendah, iaitu Kohort Pertama.
Bagi menjayakan program ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
diamanahkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah Literasi dan Numerasi dalam
kalangan murid sekolah rendah. Numerasi membawa erti operasi asas matematik yang
digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi dalam menguasai kemahiran
asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasi
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program
Numerasi telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup
kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan
seterusnya membolehkan murid mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih
bermakna dan berkesan. Literasi pula membawa erti keupayaan murid untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan da ayat serta mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Konsep membaca Literasi ialah
membunyikan simbol manakala bagi menulis ialah untuk memindahkan makna kepada
simbol.



2.0 RASIONAL
Sudut LINUS ini diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan tentang
pelaksanaannya di sekolah dan kepentingan kepada murid yang terpilih. Selain itu juga,
sudut ini turut memaparkan bahan bacaan tambahan bergambar untuk santapan murid-
muird pada masa terluang serta teka silang kata yang dapat menguji minda.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif pembinaan Sudut LINUS adalah :

i. Memberi pendedahan tentang kewujudan LINUS dalam pengajaran dan
pembelajaran di SK Bohor.
ii. Menyiarkan maklumat terkini serta perkembangan program LINUS di
sekolah.
iii. Menjadikan setiap guru peka terhadap perkembangan murid sejak
daripada awal persekolahan.
iv. Membantu mempertingkat kepekaan dan cakna guru terhadap masalah
pembelajaran murid.


4.0 TEMPAT

Di sudut tangga B Sekolah Kebangsaan Bohor





5.0 AHLI JAWATANKUASA



Penasihat
Datin Rattana A/P Yan

Pengerusi
Puan Sharifah bt Othman

Naib Pengerusi
Puan Ku Faizah bt Ku Marzuki

Mentor
Puan Azizah bt Mustaffa

Ketua Projek
Amizah bt Mohamad Sabri

Penolong Ketua Projek
Siti Masni binti Zakaria

Setiausaha
Wan Nur Aziemah Izyan Binti Wan Hashim


Ahli Jawatankuasa:
Dokumentasi
Shazneeza Nazneem binti Abdul Wahab


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Bahan Jumlah Catatan
1 Banner

RM 30.00 x 3
= RM 90.00

2 Cat RM 15.00 x 5
=RM 75.00
Akan dipohon dari
Panitia Seni
3 Berus cat RM 2.00 x 5
=RM 10.00
Akan dipohon dari
Panitia Seni
4 Surat khabar RM 0.50 x 2 naskah
=RM 1.00
Menggunakan surat
khabar terpakai
Jumlah RM 176.00


7.0 SUMBER KEWANGAN

Segala sumber perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah.

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan pembinaan Sudut Linus ini akan memberikan pendedahan
kepada warga sekolah mengenai kepentingannya. Di samping itu juga, dengan
pembinaan Sudut Linus juga dapat menceriakan laluan tangga dan memberikan
manfaat kepada murid SK Bohor.





Disediakan oleh Disemak oleh
.. .
(WAN NUR AZIEMAH IZYAN (AMIZAH BT MOHAMAD SABRI)
BINTI WAN HASHIM) Ketua Projek Sudut Linus
Setiausaha Projek Sudut Linus


Disahkan oleh
.
(Puan Sharifah bt Othman)
Penolong Kanan 1
SK Bohor













BAHAGIAN A : MENTOR / GURU PEMBIMBING

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

ULASAN:
.....................................................................................................................................
............................................................................................................................................
..............................................................................
Tarikh : Tandatangan & Cop :



BAHAGIAN B : Guru Penolong Kanan

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:
........................................................................................................................................
............................................................................................................................................
.................................................................................
Tarikh : Tandatangan & Cop :





BAHAGIAN C : Guru Besar

ULASAN:
..............
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh : Tandatangan & Cop :

You might also like