You are on page 1of 8

PANDUAN BERPIDATO Oleh Azlee Ashraf Bin Ruslee Universiti Keio, Tokyo 1.0 2.

0 KONSEP PIDATO Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil “pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup. 3.0 TUJUAN PIDATO Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam dahulu. Beza Istilah Kita sering terkeliru dengan istilah “pidato”, “ucapan”, dan “syarahan”. Persamaan kesemua ini ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada hemat saya, pada asasnya pidato dan syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara keduaduanya kecuali konteks yang dilihat oleh masyarakat. Syarahan boleh dilihat daripada beberapa konteks. Yang pertama ialah konteks syariah dan akidah. Seringkali penyampaian yang berkisar akidah, syariah, sirah dan fiqah disebut syarahan. Pertandingan bercakap sempena Maal Hijrah juga disebut “Pertandingan Syarahan”. Yang kedua ialah penyampaian panjang lebar oleh masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih

tokoh-tokoh, khususnya ahli akademik berkenaan sesuatu. Ini juga dipanggil syarahan. Sebab itulah pendidik di universiti digelar pensyarah. Yang ketiga, seperti yang pertama tadi, tetapi tidak menyebut hal-hal kerukunan Islam dan iman, tidak menyebut sirah nabi dan lain-lain, juga disebut syarahan. Yang disebut pidato ialah syarahan, tetapi dalam konteks yang pertama dan ketiga. Konteks kedua tidaklah dipanggil pidato kerana ia merupakan persembahan yang menggunakan teks dan bahan rujukan yang banyak semasa menyampaikan. Sementara ucapan pula membawa maksud yang berbeza. Ucapan biasanya berkaitan dengan sesuatu majlis atau upacara, dibuat semasa awal atau akhir majlis tersebut berlangsung. Ucapan biasanya boleh menyentuh hal-hal lain selain topik yang diberikan, atau juga boleh menyentuh dua tiga perkara sekali gus, tidak seperti pidato yang hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Memilih dan Memahami Tajuk Sekiranya tajuk boleh dipilih, kita hendaklah memilih tajuk yang mana kita berpengalaman atau berpengetahuan luas tentangnya. Hal ini demikian supaya kita yakin dengan apa yang disampaikan. Bermula dengan keyakinan diri sendirilah kita dapat meyakinkan hadirin. Walau bagaimanapun, sekiranya tajuk tidak diberi pilihan, kita hendaklah memahami dahulu tajuk yang diberi, seterusnyua membuat kajian dan bacaan yang mendalam tentangnya. Konsep sesuatu tajuk itu perlu difahami terlebih dahulu. Misalnya, jika diberi tajuk “Negara Kita Tanggungjawab Kita”, apakah yang dikehendaki oleh tajuk tersebut? Sekali lalu memang sukar untuk memikirkan apa yang boleh kita cakapkan tentang tajuk tersebut. Tetapi kita boleh analisis. Adakah tajuk itu mahukan “kesan”, “faktor”, “peranan” ataupun ia mahu dilihat daripada pelbagai “konteks”. Dalam memahami tajuk yang bersifat umum seperti ini, terpulang kepada kita bagaimana membawanya. Sekiranya kita ingin menganggapnya sebagai “kesan”, maka kita boleh bawa tajuk itu sebagai “Apakah kesan sekiranya rakyat bertanggungjawab terhadap negara”, tetapi sekiranya peranan, maka kita

boleh membawanya “Apakah peranan kita sebagai warga Malaysia” dan sebagainya. Sekiranya kita mahu melihatnya daripada pelbagai “konteks”, maka kita boleh melihat tanggungjawab kita dalam konteks ekonomi, sosial dan sebagainya. Sekiranya tajuk yang lebih spesifik diberi seperti “Peranan Pelajar Dalam Arus Globalisasi”, maka lebih mudah. Tak perlu pening-pening memikirkan apa yang dikehendaki tajuk. Sudah tentu peranan yang dikehendaki. Cuma jangan lupa kaitkan dengan arus globalisasi. Lain dengan Bahas (Debat)! Dalam memahami tajuk juga, pidato sedikit berbeza dengan bahas. Dalam bahas, konsep sesebuah tajuk (usul dalam istilah bahas) itu perlu difahami dengan teliti supaya dapat menyerang lawan dengan berkesan dan dapat melindungi diri di sebaliknya. Dalam bahas, kita harus berhati-hati dengan perkataan-perkataan seperti “mampu”, “berupaya”, “asas”, “pemangkin”, “penggerak” dan beberapa perkataan lagi. Sebagai contoh, “Akhbar Utusan Mampu Membentuk Akhlak Masyarakat”. Kenyataan ini boleh difahami dengan dua cara. Yang pertama, “ada atau tidak” kemampuan akhbar Utusan membentuk akhlak masyarakat. Sekiranya faktor yang membentuk akhlak itu ada, walaupun satu peratus, maka dikira akhbar utusan mampu! Misalnya, akhbar Utusan mempunyai pembaca yang ramai dan penulis yang berpengaruh dan berpengalaman. Maka ini menjamin akhbar tersebut berkemampuan membentuk akhlak masyarakat. Soal masyarakat sekarang rosak akhlaknya atau tidak, tidak timbul sama sekali, kerana kita hanya membicarakan kemampuan akhbar itu sahaja, bukan kesannya. Cara kedua memahaminya ialah, akhbar Utusan itu “mampu”, sekiranya ia terbukti berjaya mendidik masyarakat. Sekiranya orang yang membaca Utusan mengubah tingkahlakunya, daripada jahat kepada baik, daripada tak suka tolong orang kepada suka menderma, maka akhbar Utusan dikira mampu membentuk akhlak masyarakat. Faktor-faktor kebolehan penulis

Utusan, dan bilangan pembaca yang ramai tidak dilihat, kerana kesan akhirnya, adakah masyarakat itu terbentuk akhlaknya atau tidak jauh lebih penting. Kedua-duanya logik! Maka sebab itulah bahas memerlukan pemahaman konsep sesuatu usul itu dengan jelas. Dalam kes Utusan ini, pihak kerajaan (pencadang) akan menggunakan pemahaman cara pertama sementara pembangkang pula cara kedua. Peluang untuk menang adalah 50-50 untuk kedua-dua pasukan, cuma cara pembawaan yang meyakinkanakan menentukan kemenangan. Cukup cerita bahas. Dalam pidato, pemahaman konsep yang begitu teliti sebegini adalah tidak perlu, kerana kita bukan bertikam lidah ketika berpidato. Tiada siapa untuk dilawan. Ingat tujuan asal pidato, menyampai dan meyakinkan. Maka jika diberi tajuk “Akhbar Utusan Mampu Membentuk Akhlak Masyarakat”, seperti yang telah dibincangkan tadi, analisis tajuk ini, dan fikirkan isi-isi yang meyakinkan. Yang lebih penting daripada isi ialah cara pembawaan! Sangat-sangat penting : Masa Masa sangat-sangat penting. Sangat-sangat! Pidato mesti dirancang dengan baik supaya tamat tepat pada masanya. Tak ada gunanya bagi isi yang bernas mana sekalipun, setelah loceng penamat diberikan. Selain tiada markah diberikan, kredibiliti seorang pemidato akan jatuh apabila terlebih masa. Masa yang diberi berbeza-beza mengikut pertandingan (sekiranya ia pertandingan). Pidato Piala Diraja memberi 7 minit kepada setiap peserta. Pendahuluan dan penutup ialah syarat wajib. Antara kedua-duanya, rancanglah isi. Untuk pidato 7 minit seperti Piala Diraja, berilah empat isi. Tetapi terdapat juga pidato yang agak pelik seperti Pidato Kepenggunaan yang mengharapkan semakin banyak isi semakin baik. Untuk pidato seperti ini, berilah 7-8 isi. Terpaksa kurangkan huraian dan contoh. Berlatih banyak kali dengan mengset masa, sekiranya terlebih, potong mana-mana bahagian yang kurang penting. Bagaimanapun, sekiranya pada hari pertandingan masa kita terlebih daripada apa yang dijangka, ingatlah, mengakhiri lebih baik daripada tergantung. Biasanya loceng akan dibunyikan seminit yang

terakhir. Sekiranya kita belum masuk bahagian penutup apabila loceng ini dibunyikan, dan banyak lagi yang perlu dipidatokan, lupakan sahaja. Cepatcepat habiskan isi yang sekarang, dan terus masuk ke penutup. Yang penting, sebelum loceng tamat dibunyikan, penutup berjaya dihabiskan. Kalau terlebih setakat 5 saat, masih boleh dimaafkan. Walaupun kita rasa kecewa kerana banyak isi tidak dapat disampaikan, tetapi jangan lupa, tiada siapa yang tahu kecuali diri kita sendiri. Untung-untung hakim tak sedar. Yang lebih penting ialah, kita berjaya berpidato dengan lancar dan profesional. Pendahuluan, Isi dan Penutup Cara memulakan pidato bergantung. Ada yang memulakan dengan petikan kata-kata, pernyataan dan sebagainya. Yang penting pendengar dapat gambaran sedikit sebanyak tentang apa yang bakal disampaikan nanti. Isi yang baik pula haruslah mengandungi huraian dan contoh, seperti mana cikgu darjah 3 anda telah ajar. Namun terdapat keadaan di mana contoh sukar diberi. Dalam keadaan ini, statistik, keadaan semasa, kata-kata bidalan atau kata-kata orang ternama dapat menyelamatkan keadaan. Pada penutup pula eloklah diulang semula isi yang telah kita sampaikan. Kemudian, nasihat dan ajakan amat sesuai semasa mengakhiri bicara. Gaya dan Penampilan Mata dan Kepala Mata hendaklah memandang muka hadirin dengan adil, kiri, kanan, depan, belakang, dan tengah, bukan memandang lantai atau siling. Pandangan yang tajam akan menampakkan keyakinan. Tangan Kadangkala sukar mengawal pergerakan tangan kita. Maka cara terbaik ialah…biarkan tangan anda bergerak sesuka hatinya.

Mulut Cuba senyum selalu Intonasi Jangan bercakap menjerit-jerit atau terlalu perlahan. Gunakan nada semulajadi dan kawal supaya kelihatan profesional. Humor Selitkan unsur-unsur humor. Jangan terlampau banyak. Emosi Emosi harus dikawal supaya tidak keterlaluan. Jauhkan daripada mengkritik pihak-pihak tertentu atau menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan. Pakaian Untuk lelaki, pakailah suit kemas bertali leher dan berkasut kulit. Atau sebagai alternative, pakailah baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Ingat, pakaian lengkap sangat penting. Jangan sekali-kali berkasut sukan Adidas atau Converse, walaupun mahal dan baru. Pakailah kasut kulit. Juga jangan berbaju Melayu tidak bersampin, bersongkok atau berbutang. Jaga kredibiliti dan profesionalisme anda (dengan kata lain, kemachoan anda). Bagi perempuan, saya tidak begitu arif, tetapi suit nampak paling sesuai. Kemaskan tudung atau uruskan rambut dengan rapi. Bersedia, Bersedia, Bersedia Yang paling penting ialah bersedia. Kalau anda boleh ulang teks sebanyak 100 kali, ulanglah. Sampai hafal. Adanya teks di tangan menunjukkan anda tidak cukup bersedia ketika berpidato. Kalau dibenarkan melihat point-point sekalipun, serlahkan kemachoan anda dengan tidak membawa apa-apa di

tangan. Yang penting, bersedialah, sehingga ke saat terakhir. Yang membentuk kesempurnaan anda ialah kesediaan anda. Ambil Perhatian Pidato Konvensional dan Pidato Gaya Baru Penyampaian pidato telah banyak berubah, tapi sayang, ramai yang tidak menyedarinya. Pidato Gaya Lama ialah pidato pada tahun-tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an. Pada akhir 1990-an, gaya pidato telah berbah. Kami menggelar pidato gaya lama ini sebagai Pidato Konvensional. Yang dimaksudkan Pidato Konvensional ini ialah, pidato dengan ayat yang berbunga-bunga, analogi yang panjang, dan pidato yang berirama mendayu. Diberikan di sini beberapa unsur konvensional; _ “Pada hari yang berbahagia ini, …” _ “Berdirinya saya di sini ialah untuk …” _ Pantun, syair, gurindam yang tidak berkaitan dengan isi dan lain-lain. Dalam pidato konvensional juga, lentok bahasanya ada satu fesyen tertentu, tetapi sukar saya ekspresikan dalam tulisan ini. Mungkin bila kita berjumpa boleh saya ajukkan. Pidato Gaya Baru pula lebih ringkas dan padat, tetapi mudah difahami. Bukan maksudnya pidato gaya baru ini bosan, sebaliknya humor yang diselitkan juga lebih berkualiti. Oleh itu nasihat saya, elakkanlah Pidato Konvensional di zaman moden ini. Ada sesetengah orang boleh geli telinga mendengarnya. Pidato kini lebih berpijak di bumi nyata, hampir menyerupai ucapan ahli-ahli politik yang meyakinkan sekalian jelata. Sekali lagi, Pidato dan Bahas Berbeza! Ramai yang gagal membezakan keduanya. Berikut saya senaraikan beberapa kesilapan semasa berpidato kerana menggunakan gaya bahas; • Definisi Dalam bahas, definisi amat penting. Dalam contoh akhbar Utusan tadi sebagai contoh, perkataan “mampu” mesti didefinisikan setepat-tepatnya supaya pihak lawan tiada ruang untuk menyerang. Bagaimanapun, dalam pidato, tiada siapa untuk dilawan. Yang penting ialah menyampai dan

meyakinkan hadirin. Maka pendefinisian tidak perlu sama sekali. Mungkin pendefinisian ada dalam format Pidato Konvensional (saya pun tak tau). Tapi jangan sama sekali lakukannya dalam pidato zaman moden ini. • Hujah dan katakunci Ramai yang suka memberi pengenalan hujah, sebagai contoh “Hujah saya yang pertama ialah…melalui kata kunci…”. Yang pertamanya istilah hujah tiada dalam bidang pidato. Begitu juga dengan kata kunci. Yang keduanya, dalam pidato tidak perlu memperkenalkan isi yang akan kita bicarakan. Teruskan sahaja dengan isi. Perjalanan pengucapan hendaklah lancer tanpa ada “isi pertama”, “isi kedua” dan sebagainya. Cukup dengan menyebutnya semasa penutup sahaja. Kesimpulan Beberapa Perkara Penting • Tujuan pidato ialah menyampai dan meyakinkan • Pemilihan dan penghayatan tajuk sangatlah penting • Format pendahuluan, isi dan penutup hendaklah difahami betul-betul • Berhati-hati dengan perbezaan-perbezaan pidato dan bahas • Gunalah Pidato Gaya Baru, tinggalkan Pidato Konvensional • Rancang penggunaan masa dengan baik • Menghabiskan pidato lebih baik daripada menyampaikan semua isi walaupun masa tak cukup • Kawal penampilan diri, gaya dan pandangan mata • Bersedia, bersedia, bersedia Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda. Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau teguran tentang tulisan ini. Sekian. Azlee Ashraf Bin Ruslee http://merdeka.msaj.net azlee_ashraf@yahoo.com