P. 1
2.3 Kegiatan Ekonomi Orang Asli Malaysia

2.3 Kegiatan Ekonomi Orang Asli Malaysia

|Views: 2,083|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Nota Kuliah PPISMP Kajian Sosial Semester 2 IPGM KDRI
Nota Kuliah PPISMP Kajian Sosial Semester 2 IPGM KDRI

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Dec 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2013

pdf

text

original

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.3

KEGIATAN EKONOMI & PENDAPATAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

2.3.1 KEGIATAN EKONOMI BERDASARKAN PERSEKITARAN Orang Asli Semenanjung Malaysia • Pekerjaan orang asli adalah berasaskan alam sekitar mereka. • Mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi sara diri seperti pertanian sara hidup, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. 1.Pertanian sara diri • Mereka mengusahakan pertanian kecil-kecilan di sekeliling rumah. • Tanaman yang diusahakan adalah padi huma, sekoi, ubi keledek, ubi kayu, kacang panjang, labu, timun, bendi dan sebagainya. • Sistem barter (tukar barang dengan barang) diamalkan untuk mendapatkan bahan keperluan dan juga mendapat sumber wang. 1.Memburu binatang • Aktiviti memburu dijalankan oleh kaum lelaki menggunakan alatan seperti sumpitan dari buluh dan turut menggunakan jerat. • Haiwan buruan adalah seperti tupai, monyet, kera, biawak, pelanduk, khindzir hutan dan sebagainya. 1.Menangkap ikan • Dilakukan oleh orang lelaki dan perempuan dan dilakukan di sungai-sungai sekitar rumah panjang. • Orang Seletar sering menangkap ikan di pantai. • Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan adalah menggunakan jerat, lukah, kail, racun akar tubam, tombak, jarring dan menggunakan tangan. 1.Memungut hasil hutan • Hasil hutan yang dikumpul adalah rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akarakar kayu sebagai sumber ubat-ubatan. • Buahan-buahan turut dipungut seperti buah kasai, duku, manggis, durian dan ulaman seperti petai, kerdas dan jering. • Mereka turut memungut madu lebah. • Mereka menjual akar-akar dan batang kayu pelbagai bentuk sebagai perhiasan. Bumiputera Sabah & Sarawak 1.Kaum Iban • Masyarakat orang Iban masih tinggal secara berselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Sarawak. • Mereka masih terlibat dalam aktiviti pertanian padi huma dan padi bukit. • Orang Iban pada suatu ketika dahulu merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. • Bagi masyarakat Iban, sesiapa yang berjaya membuka sawah padi huma yang paling besar dianggap kaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat. • Masyarakat Iban dianggap sebagai masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive: 1978).
Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

• Selain itu, orang Iban yang tinggal di rumah panjang turut menjalankan aktiviti memburu dan mendapatkan sumber-sumber hutan sebagai makanan dan ubatubatan. 1.Kaum Kenyah • Kaum kenyah menyara hidup dengan menanam padi huma di sekeliling rumah mereka. • Ini kerana penanaman padi huma tidak memerlukan saliran yang baik dan boleh dijalankan di kawasan yang berbukit-bukau. • Kawasan di sekeliling rumah dikhaskan untuk menanam padi huma dan kawasan ini dibahagi antara keluarga-keluarga yang mendiami rumah tersebut. • Kegiatan memburu dan memungut hasil hutan turut dijalankan oleh kaum Kenyah yang menetap di kawasan pedalaman. • Hasil-hasil hutan seperti jelutung, damar dan rotan ditukarkan dengan barangan keperluan lain seperti beras dan garam antara suku etnik lain. • Kegiatan pertanian seperti jagung, ubi kayu dan tembakau turut dijalankan di sekitar rumah panjang mereka. 1.Kaum Melanau • Kegiatan utama kaum Melanau adalah menangkap hasil dari laut di tepi pantai. • Terdapat juga sebahagian yang tinggal di kawasan pedalaman yang menjalankan penanaman padi sawah. • Perusahaan pokok sagu di kawasan berpaya turut dijalankan. • Pokok sagu hanya boleh ditebang setelah berusia lebih 10 tahun dan isi Ripo yang diperoleh dari batang pokok dijemur dan diproses menjadi lemantak iaitu tepung sagu. 2.3.2 TERLIBAT DALAM EKONOMI MODEN 2.3.3 MASALAH-MASALAH SEMASA

Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->