You are on page 1of 6

Nama bahan

Pemerhatian
Inferens
Asid Bes
Minyak bayi
Johnson’s Baby
Tiada perubahan
pada kertas litmus
biru

Krim Dermasole N Tiada perubahan
pada kertas litmus
biru

Cecair pencuci
pakaian Ekonomi
Handalan
Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Deodorant Rexona Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Listerine cool mint Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Syampu Sunsilk Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Cecair mandian
Lifebuoy
Menukarkan kertas
litmus merah kepada
biru

Ubat gigi Colgate Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Pembersih wanita Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Pencuci muka Simple Tiada perubahan
pada kertas litmus
biru















Pewangi Tiada perubahan
pada kertas litmus
merah

Losyen badan
Enchanteur
Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Serum Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah

Minyak rambut Safi Menukarkan kertas
litmus biru kepada
merah





Krim pelindung UV
Sunplay
Menukarkan kertas
litmus merah kepada
biru

AMALI PIKP 4 : PENYEDIAAN INDUSTRI AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK

Tujuan : Untuk mengkaji larutan bahan yang dipilih sama ada asid atau bes menggunakan
kertas litmus.

Radas : kertas litmus

Gambar rajah :









Prosedur :
1. Larutan yang dipilih dimasukkan ke dalam mangkuk pijar.
2. Kertas litmus berwarna merah dan biru diletakkan pada larutan yang dipilih.
3. Pertukaran warna pada kertas litmus diperhatikan dan dicatat.


Perbincangan :
































Kesimpulan :
Larutan berasid akan menukarkan kertas litmus biru kepada merah manakala larutan bes akan
menukarkan kertas litmus merah kepada biru.

Soalan :
1. Apakah anda telah pelajari daripada aktiviti ini?
Melalui aktiviti ini, saya telah dapat mengenalpasti pH sesuatu bahan itu dengan
menggunakan kertas litmus. Sekiranya perubahan kertas litmus adalah biru ke merah,
maka bahan tersebut adalah berasid dan mempunyai pH kurang daripada 7. Sebaliknya
jika bahan tersebut menukarkan kertas litmus merah ke biru, maka bahan tersebut
adalah bes dan mempunyai pH lebih tinggi dari 7. 7 merupakan pH bagi bahan yang
neutral.

2. Manakah bahagian dalam kurikulum sains pendidikan rendah yang mengajar topik ini?
Tajuk Asid dan Alkali diajarkan kepada murid tahun lima dibawah bidang alam bahan.
Dalam topik ini, antara standard pembelajaran adalah murid berupaya untuk mengenal
pasti bahan asid, alkali dan neutral menggunakan kertas litmus. Murid juga akan dapat
mengenal pasti rasa bahan makanan berasid dan beralkali.

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pembelajaran dan
pengajaran anda.
Dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak, saya akan mengagihkan kertas litmus
kepada pelajar dan membekalkan mereka dengan seberapa banyak bahan asid dan
alkali serta meminta mereka meneroka sendiri apakah sifat bahan tersebut. Saya akan
menjalankan aktiviti tersebut di dalam kelas supaya saya dapat membimbing mereka
sekiranya mereka mempunyai kekeliruan atau saya boleh terus memperbetul konsep
mereka sekiranya mereka mempunyai miskonsepsi.





4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?
Dalam aktiviti ini, seseorang guru mesti memahami dan mengajar berpandukan carta
aliran kerja PDP agar objektif pembelajaran dapat dicapai. Guru pula perlu faham
bahawa murid mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Oleh itu, guru tidak boleh
membiarkan murid menyiasat bahan dengan menggunakan kertas litmus tanpa
bimbingan. Guru perlu berada dekat dengan pelajar yang kelihatan masih ragu-ragu dan
kurang yakin dengan pengetahuannya. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar
dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta
berlaku perubahan tingkahlaku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat
manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu. Guru juga perlu berusaha gigih
menerap nilai murni yang terdapat dalam aktiviti ini dalam kalangan murid untuk dihayati
dengan harapan perkara tersebut akan menjadi amalan dalam kehidupan sama ada di
sekolah atau di luar sekolah.