You are on page 1of 8

SISTEM OTOT

Dalam tubuh badan manusia terdapat jaringan otot yang sangat penting untuk gerak semua
anggota tubuh manusia. Tanpa adanya otot semua anggota tubuh manusia tidak dapat
bergerak seperti biasanya. Pengertian jaringan adalah sekumpulan sel yang memiliki bentuk
struktur dan fungsi yang sama. Ini adalah bermaksud jaringan otot sendiri adalah sekumpulan
sel-sel otot. Oleh sebab itu otot adalah salah satu sistem yang penting dalam badan.
Pergerakan manusia terhasil daripada penguncupan dan pemanjangan otot, sebab otot
menentukan magnitub pergerakan manusia. Perkataan “muscle” berasal daripada perkataan
Latin iaitu musculus. Mus daripada perkataan itu bermakna tikus.
Otot ialah tisu yang paling banyak didapati dalam tubuh badan manusia iaitu 2/3 berat
badan terdiri daripada otot. Ini adalah kerana otot dalam tubuh badan kita terdiri daripada 600
otot skeletal.

Tisu otot rangka
Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang
lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya
kepada tulang dan sendi melalui pengecutan.
Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf. Pergerakan badan
berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot.
Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot
terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gantian otot untuk
myofibril.
Aturan sel otot yang unik ini telah membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot
ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terletak kepada tulang pegun seperti skapula
dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus.









Anatomi Otot Rangka
Gambar rajah : pandangan hadapan Gambar rajah : pandangan belakang










Gambar rajah : pandangan hadapan dan belakang





Major Skeletal Muscles Major Skeletal Muscles
Kardiak dan tisu otot lembut
Otot kardiak merupakan bahan utama bagi jantung. Otot kardiak juga menunjukkan sebahagian
ciri otot licin dan sebahagian ciri otot rangka. Otot kardiak bertindak tanpa ransangan saraf.
Fungsi otot kardiak adalah mengepam darah keseluruhan badan. Otot kardiak terlekat secara
langsung atau tidak langsung pada tulang melalui tendon. Otot kardiak dikawal oleh faktor
intrinsik, sistem saraf autonomi dan hormon.
Otot rangka melekat pada tulang rangka. Otot rangka dikenali sebagai otot terkawal atau
otot berjalur. Otot rangka membaluti sistem rangka tubuh. Otot rangka juga membolehkan
pergerakan tulang-tulang. Tindakannya si bawah adalah kawalan sistem saraf pusat. Gerakan
otot rangka dapat dikawal oleh kemahuan sendiri.
Otot licin atau otot polos adalah otot perut. Otot licin terdapat pada dinding saluran
pencemaan, dinding saluran darah dan kelopak mata. Gerakan otot licin tidak dapat dikawal
dengan kemahuan sendiri, sebab otot licin adalah di bawah kawalan sistem saraf autonomi.
Otot licin berkebolehan mengecut untuk masa yang panjang pada kadar kekuatan yang
sederhana. Otot licin biasanya bukan berada di bawah kawalan sedar walaupun ternyata
sesetengah aktiviti luar kawalan kita boleh dikawal melalui latihan.

Gambar rajah : otot rangka, otot licin dan otot kardiak





Gambar rajah : membanding otot rangka dengan otot-otot lain





Otot Aksial
Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk
dan sternum. Terdapat beberapa jenis otot aksial iaitu otot kepala, otot leher dan otot spine.
Gambar rajah : otot kepala

NAMA OTOT FUNGSI OTOT
Otot Frontalis mengangkat alis mata,
posisinya terletak di
sekitar alis.
Otot Orbikularis Okuli menutup kelopak mata,
posisinya terletak di
kelopak mata
Otot Orbikularis Oris mengkerutkan bibir



Gambar rajah : otot leher

NAMA OTOT FUNGSI OTOT
Otot Sternokleido
Mastoid
berfungsi untuk
memiringkan kepala

Gambar rajah : otot kepala dan leher



Sternocleidomastoid
(sternomastoid)
Menentukan saiz leher
Sternum clavicle mastoid
Berbentuk trapezium.
Otot yang memberikan bentuk bahu.
Gambar rajah : otot spine

NAMA OTOT FUNGSI OTOT
Otot Trapezius berfungsi untuk memperkuat
bahu
Otot Latissimus
Dorsi
memperkuat punggung











Sistem Otot dan Umur
Bagi manusia, usia semakin meningkat, badan kita akan mengalami beberapa perubahan
begitu juga dengan sistem otot kita. Antaranya adalah ketumpatan otot semakin berkurang, ini
telah menyebabkan lengan dan betis nampak kecil. Umur kita semakin meningkat, otot pun
mula mengecut dan jisimnya semakin berkurang ini adalah kerana apabila kita kurang
bersenam akan mempercepatkan proses ini.
Bilangan dan saiz fiber otot juga akan berkurangan, ini adalah kerana masa untuk otot
bertindak lama serta telah mengurangkan kekuatan dan daya tahan otot, otot cepat merasa
penat. Kandungan air dalam tendon juga semakin kurang, ini telah menyebabkan tendon lebih
keras dan kurang tahan menerima tekanan. Otot kurang elastik dan fleksibel akan mengalami
fibrosis.
Otot kardiak semakin kurang berupaya untuk mengepam darah dalam jumlah yang
besar dengan cepat keseluruhan badan, ini telah meningkatkan kadar pernafasan anarobik.
Kadar metabolisme menurun akan menyebabkan risiko obesiti tinggi serta peningkatan
kolesterol jahat. Kekuatan cengkaman tangan berkurang juga menyebabkan kita sukar
melakukan aktiviti yang melibatkan kekuatan ini.