You are on page 1of 4

Cara Merawat Resdung oleh firnena.

com

Resdung merupakan suatu penyakit yang berpunca dari jenis darah. Atau lebih
tinggi peratusan terjadinya adalah kerana keturunan. Berpunca dari jenis darah
maksud saya; darah manusia tidak sama ‘gred’nya. (Ada yang ‘A’ ada yang
‘O’ dan seterusnya.)

Kita bermula dengan resdung keturunan; resdung keturunan terjadi apabila
kuman ini di perturunkan kepada anak. Kuman resdung ini tidak akan
menampakkan kesannya dengan ketara apabila seseorang itu berada dalam
lingkungan 1 – 12 tahun (14 tahun paling maksima). Ini kerana darah positif
(iaitu darah defendan atau imunisasi) masih kuat dan dapat membendung
kuman-kuman yang berupaya merosakkan kulit, naik ke permukaan.
Pendekata; darah dalam usia itu masih segar.

Oleh kerana ‘kesemulajadian’ inilah yang membuatkan pesakit leka
mengetahui yang bahwasanya dia mempunyai kuman-kuman di dalam
darahnya yang sedang menunggu masa yang sesuai untuk merebak dan
seterusnya menganggu sistem aliran darah lalu mencemarinya. Kuman-kuman
ini bertindak dengan membuat sarang berupa ‘lendir’ yang melekat di bawah
permukaan kulit.

Oleh kerana bahagian muka adalah bahagian lapisan kulit yang paling halus,
maka ia lebih terserlah di kawasan itu. Dan pula, sistem pernafasan terdapat di
situ. Maka peluang ia menyedut kuman-kuman baru lebih banyak memainkan
peranan di situ. Lubang hidung seumpama suatu pintu kepada pelbagai jenis
bakteria samaada positif mahupun negatif. Tetapi hari ini, di kala pencemaran
udara berlaku dengan rancak sana-sini, peluang kuman-kuman perosak untuk
memasuki lubang pernafasan lebih tinggi peratusannya berbanding sesuatu
yang menyihatkan.

Untuk di ringkaskan cerita kepada sudut yang lebih penting, ingin saya
tekankan di sini bahawasanya memang sudah menjadi lumrah kehidupan
seseorang tidak bersedia menghadapi gejala resdung ini. Seperti yang saya
terangkan; siapa sangka wajah yang cerah, sihat dan bersinar di zaman
persekolahan dengan tiba-tiba saja boleh bertukar menjadi berjerawat, kusam
mahupun tidak bermaya?
Di kala usia remaja; bukan salah kita kerana tidak mengetahui dengan
sebetulnya bagaimana untuk membanteras gejala resdung ini. Ini kerana
banyak perkara lain yang perlu diberi tumpuan dan ianya adalah: mata
pelajaran di sekolah. Bukan salah kita kalau di usia sebegitu muda tidak
beberapa peduli dengan penyakit resdung yang sedang dalam diam menanti
untuk menampakkan diri apabila tiba masanya…

Resdung adalah suatu penyakit yang boleh membawa kepada muka berjerawat
dengan teruk kalau tiada jalan banteras di ambil. Ia juga akan menjadi parah
dan teruk sekiranya cara atau rawatan yang salah diguna pakai ke atas
muka. Ingat; kulit wajah adalah bahagian paling halus milik tubuh dan
peratusan ia rosak kerana jangkitan kuman lebih tinggi berbanding kawasan
lain. Oleh itu, jangan tersilap langkah dengan mendengar pelbagai cadangan
bagaimana cara merawatnya dan kemudian anda pula melakukan pelbagai cara
ke atas wajah, kononnya nak test mana berkesan atau tidak. Bahaya!

Bahkan lebih merbahaya lagi kalau kuman resdung ini merebak ke bahagian
yang lebih halus lagi dari kulit wajah iaitu; mata. Simptom awal resdung akan
terasa di bahagian mata kalau tanpa kita sedari, kita sudah mula asyik selalu
menenyeh-nenyeh mata dan menggaru. Kita tak perasan perkara ini kerana
sebelum ni, kita tak ‘asyik’ dan tak ‘selalu’ menggaru di bahagian tersebut, tapi
kita tetap ada buat. Kita sangka gatal-gatal dan sikap garu menggaru serta
menenyeh tu adalah perkara biasa.
Saya harap, selepas membaca pernyataan ini, maka hendaklah anda sedar yang
bahawasanya gejala gatal di bahagian mata ini adalah peringkat awal resdung.
Seterusnya kalau tiada apa-apa usaha membendung dilakukan, anda akan lihat
mata mula mengeluarkan tahi mata kuning pekat yang seakan-akan nanah. Tak
pun, berupa lendir yang seringkali muncul di ketika bangun dari tidur yang lena
(panjang).

Apa jua penjelasan mengenai resdung ini, kita semua terpanggil ke arah satu
jalan dan ianya adalah; Bagaimana Mahu Merawat Resdung ini dengan
berkesan?

Saya kira, anda yang membaca ni sangat bertuah kerana telah menemui suatu
sumber yang dapat menolong anda membanteras, memerangi serta dengan
sedaya-upaya cuba menghapuskan kuman-kuman resdung penyebab jerawat ini
dari terus memusnhakan hidup anda. Bayangkanlah; oleh kerana jerawat-
jerawat ini, banyak peluang hidup boleh hancur begitu saja. Jangan pandang
jerawat di sudut remeh-temeh. Jangan anggap masalah jerawat resdung ini
suatu perkara kecil yang tidak akan mendatangkan apa-apa masalah buat diri
anda. Sebenarnya, inilah masalah di antara paling besar dalam kehidupan.
Jerawat boleh merosakkan penampilan seseorang dengan begitu berkesan
sekali kerana setiap apa jua yang kita lakukan, orang akan terlebih dahulu
memandang pada wajah kita. Dan apabila kita menyedari seseorang sedang
memandang wajah kita, serta-merta kita akan menjadi malu dan hilang
keyakinan andaikata ada jerawat yang banyak meliputi wajah! Di sini 2 perkara
negatif telah terjadi; daripada orang yang memerhatikan wajah anda, dan dari
anda sendiri yang hilang keyakinan lalu tidak mempamerkan sikap yang
sepatutnya!

Tidak! Masalah jerawat yang berpunca dari kuman resdung tidak boleh diubati
atau hilang dengan melakukan usaha gitu-gitu aja. Biar saya beritahu; apa jua
perkara tidaklah sesusah mana kalau kita tahu cara yang betul untuk
mengendalikannya.

Sama juga dengan masalah jerawat resdung ini. Dengan cara serta panduan
yang betul, anda yang menghidap penyakit ini tidak akan mempunyai masalah
untuk mengatasinya. Teknik Firnena adalah suatu teknik keras yang bertujuan
memerangi kuman-kuman resdung penyebab jerawat dengan cara yang amat,
amat berkesan dan dalam masa yang sama; mudah. Mudah tu penting sebab
kalau ianya menyusahkan, belum tentu anda mahu terus melakukannya. Dan
bila kerja sekerat jalan, maka sia-sia saja.

Tuan-tuan dan puan-puan; biar saya beri sedikit penerangan di sini; kalau kita
nak membina jambatan, ia tak boleh siap dalam masa sehari mahupun dalam
keadaan tergesa-gesa. Kalau siap pun, kemungkinan besar ia akan roboh
beberapa hari kemudiannya. Dalam usaha merawat penyakit resdung ini, anda
tak boleh mengharapkan keajaiban mahu ia hilang serta-merta begitu saja!
Anda perlukan sedikit kesabaran dan penting; dalam masa anda bersabar itu,
anda tahu yang anda sedang melakukan teknik rawatan yang betul dan anda
dapat lihat perbezaannya hari demi hari. Bukan bersabar dan hari berganti hari
tapi tiada apa-apa kesan dapat dirasai.
Samaada anda mahu dengar, percaya atau tidak kata-kata saya; saya di sini
adalah untuk membantu anda yang menghidap penyakit ini, berjaya
mengatasinya dengan cara menganggu, menyerang sarang pembiakkan kuman-
kuman resdung tersebut. Sarang resdung yang selalunya berkedudukan di
bahagian dalaman tekak, adalah sumber dari mana datangnya jerawat-jerawat
ini. Teknik saya akan pastikan sarang tersebut tidak akan duduk diam dengan
selesa. Setiap hari setiap ketika teknik ini akan terus menyerang sarang tersebut
supaya ia musnah dan tidak berupaya memproses jerawat baru untuk dihantar
ke permukaan.

Untuk anda yang masih bersekolah, remaja, atau pun anda yang mempunyai
anak
(-anak) yang masih muda dan tidak tahu apa-apa mengenai gejala resdung ini,
maka eloklah anda luangkan sedikit masa perhatikan teknik Firnena ini.
Teramat-amat ELOK kalau anda ini masih diperingkat remaja bersekolah
kerana apabila anda guna pakai teknik ini, teknik ini akan bergabung dengan
darah anda yang masih kuat itu untuk sama-sama memastikan kuman-kuman
resdung ini tidak merebak berleluasa sehingga terjadinya jerawat. Kalau anda
masih bersekolah (rendah atau menengah), maka ‘case closed!’ (kes tutup),
sebaik saja teknik ini anda amalkan. Kulit anda akan menjadi bersih, cerah,
berseri dan sihat sebab awal-awal lagi kuman tersebut dapat dihapuskan. Anda
akan menikmati kehidupan dengan wajah yang mempesonakan, bahkan lebih
terserlah dari mereka yang selama ini tidak mempunyai masalah jerawat (sebab
mereka ni tak ada teknik Firnena ni…hanya anda saja yang ada.)
Untuk mereka yang kronik, teruk atau pertengahan (iaitu; nak kata teruk pun;
tak, tak teruk pun; tak…) maka jangan berlengah lagi. Dalam apa jua keadaan,
kalau anda menyedari yang anda mempunyai gejala resdung ini, anda harus
persiapkan diri dengan cara yang betul mengatasinya. Jangan hanya kerana
tidak mahu meluangkan masa tak sampai beberapa minit mempelajari sesuatu
yang betul, hidup anda musnah di kemudian hari. Untuk tidak membuang masa
lagi, lawatilah:

firnena.com

Dengan itu, saya akhiri nota ini dengan mendoakan kejayaan anda.

= Firnena’s