You are on page 1of 3

mplikasi Jenayah saiber

Jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang mana kesan sebenarnya banyak bergantung pada nilai
maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan member kesan kepada mereka yang terlibat. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (Edisi Empat), jenayah membawa maksud perbuatan atau kejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh dan
lain-lain) yang salah di sisi undang-undang atau perbuatan salah (di sisi undang-undang) atau perbuatan kriminil. Sebagai contoh
penggunaan frasa dalam ayat, polis menganggap perkara itu sebagai satu perbuatan jenayahyang nekad. Manakala maksud siber pula
adalah segalanya yang berkaitan dengan internet. Sebagai contoh internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dan penjual
dalam ruang siber.

Sebagaimana yang masyarakat tahu bahawa jenayah yang berlaku mendatangkan kesan yang negatif. Antara kesan yang
jelas dilihat ialah mendatangkan kerugian kepada mangsa. Sebagainya contoh, penjenayah menipu dengan skim cepat kaya atau
penjualan sesuatu barang yang tidak bermutu akan mendatangkan kerugian yang besar kepada pengguna atau masyarakat. Tidak
kurang juga penjualan khidmat perubatan yang tidak berkualiti yang menyebabkan kerugian kepada pesakit yang menggunakan
perkhidmatan tersebut.

Selain itu, kesan jenayah siber ialah penyebaran virus oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Virus mampu melumpuhkan
sistem komputer. Ada yang boleh dipulihkan tetapi hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang tidak dapat diselamatkan seperti virus
Trojan. Oleh yang demikian, virus ini menyebabkan sesuatu maklumat yang disimpan dalam sesebuah komputer akan hilang. Hal ini
akan merugikan pengguna tersebut.

Seterusnya, akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggodam system kerajaan sesebuah negara
menyebabkan kebocoran maklumat kerajaan yang sulit. Hal ini akan menyebabkan sistem pertahanan sesebuah Negara yang
sistemnya diggodam lemah dan mudah diceroboh oleh Negara lain. Hal ini kerana segala maklumat tentang sistem pentadiran yang
sepatutnya tidak boleh diketahui oleh pihak luar telah diketahui oleh pihak musuh.
Selain daripada itu, jenayah siber yang berlaku akibat penyebaran fitnah boleh menjatuhkan maruah orang lain. Ini akan
memburukkan imej seseorang itu di mata masyarakat. Sekiranya fitnah dilemparkan kepada sesebuah syarikat, sudah tentulah syarikat
tersebut akan mendapat kerugian akibat kehilangan para pelabur dan pelanggannya.

Akhir sekali, peningkatan terhadap jenayah sosial juga boleh berlaku. Ini disebabkan kewujudan laman-laman web porno yang
menyebabkan penyebaran bahan lucah. selalunya, remajalah golongan yang paling terpengaruh dan terkesan akibat penyebaran
bahan ini. Hal ini kerana pada usia ini mereka cenderung untuk mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru. Maka, berlakulah
masalah keruntuhan akhlak dan keruntuhan moral dalam diri golongan remaja yang merupakan pewaris Negara,




Implikasi pornografi





Pornografi didefinasikan sebagai bahan bertulis atau visual yang boleh merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk
memberahikan pemerhati atau pembaca. Terdedah kepada unsur-unsur pornografi boleh mengakibatkan pelbagai kesan-kesan yang
tidak sihat seperti ,Ia menggalakkan seks luar nikah dan penzinaan, Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan
keganasan seks Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual, Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contohnya, orientasi seks
yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks. Masalah emosi dan
perhubungan.

Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan.
Pornografi hanya akan membuat penontonnya minta tambah, tambah, dan tambah lagi. Dengan mudah, pornografi memperbodohkan
orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan,
kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika
orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan
diri.

Seterusnya, pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno
internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan
(bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya. Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan
tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

Lain daripada itu, pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk.
Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

Seterusnya, terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini
keluarga atau orang-orang terdekatnya. Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat
pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada
peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si mangsa. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual
dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

Selanjutnya, dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan
kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.
Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual akan menjadi rosak.

Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi
hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat
pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda
yang membingungkan.



Kepentingan menangani isu-isu moral

Pada masa ini isu-isu moral seperti pembuangan bayi, rasuah , dadah, pornografi dan sebagainya banyak berlaku di Negara
ini. Hal ini membawa kesan yang negatif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan juga Negara. Oleh itu apakah yang sepatutnya
dilakukan oleh setiap individu, keluarga, masyarakat dan juga pemimpin Negara bagi menangani masalah ini? Dan apakah kepentingan
menangani masalah ini?

Wawasan 2020 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28
Februari 1991. Ia membincangkan hala tuju masa depan dan peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang 2020. Selain daripada itu, matlamat Wawasan 2020
juga ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kukuh dan stabil. Melalui Wawasan 2020, adalah diharapkan agar rakyat
Malaysia menjadi masyarakat yang bersatu padu, mempunyai nilai moral dan beretika, demokratik, liberal dan bertolak ansur,
berintegrasi, penyayang serta adil dari segi pengagihan ekonomi. Tetapi jika kadar jenayah di Negara ini terus menular maka matlamat
Negara tidak tercapai dan hanya sekadar angan-angan.

Selain itu, kepentingan menangani isu-isu moral adalah untuk menarik lebih ramai pelancong. Dalam usaha menarik
pelancong ke Negara ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang
dianggap duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas
kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Oleh yang demikian sekiranya Negara kita Malaysia mempunyai kadar
jenayah yang tinggi sudah tentu pelancong dari Negara lain akan takut untuk melancong ke Negara ini. Kesimpulannya isu-isu moral ini
penting untuk ditangani dengan cara yang lebih efektif untuk menarik lebih ramai pelancong di Negara.

You might also like