You are on page 1of 17

1

Mengatasi masalah membaca perkataan yang mengandungi


suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK)
dengan menggunakan Kad Pop Up

Oleh:

Che Hasnah bt Salleh
PPG Unit BM 2

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tahun ini merupakan tahun ke 5 perlaksanaan Program LINUS di-sekolah rendah seluruh
Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dipertanggungjawabkan untuk
menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan
itu, satu program LINUS telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum
menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi
Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun
2006 (Laman Unit Linus PPD Kuala Pilah ). Asas literasi dan numerasi merupakan
kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam
kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi. literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan,
ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian
Setelah hampir lima tahun terlibat dalam program ini, saban tahun saya
berhadapan dengan muridmurid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran
membaca. Membaca adalah satu kemahiran asas yang sangat penting , ketidakmampuan
murid-murid menguasai kemahiran ini akan menyebabkan timbul masalah-masalah lain
yang berkaitan contohnya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahairan lain dalam mata
pelajaran matematik, sains, dan sebagainya.
Bertitik tolak daripada pengalaman ini saya memilih salah satu daripada tajuk yang
terdapat dalam literasi ini sebagai Kajian Tindakan saya. Merujuk kepada analisa Saringan
1(Membaca dan menulis) dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2014 ) yang lalu, saya
mendapati ramai murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Lukut,yang masih belum
menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka(KV) dan
tertutup ( KVK ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus
dan Linus tegar (Literasi ).

2

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan saringan
linus 1, didapati masih ramai murid Tahun Satu Mars yang belum menguasai kemahiran
membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv) dan suku kata tertutup (kvk).
Sekiranya murid-murid ini tidak boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata
(kv) dan suku kata tertutup (kvk) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran-
kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca ayat dan menulis.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah
(terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap
membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak
boleh membaca ini berlaku.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya
KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah
kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah di seluruh negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah murid-murid pemulihan.
Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula
menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas mengira (numerasi).
Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia
pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. KPM berpendapat satu pendekatan yang
bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi seawal Tahap I. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan
berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) memetik pendedahan Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang
menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah
lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam.
3

Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar sekolah
rendah di seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan di
sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini dapat
ditangani secara berkesan.
Bertitik tolak daripada data-data yang telah dibentangkan, maka saya terpanggil
untuk membuat kajian tindakan berkaitan dengan masalah membaca di kalangan murid-
murid di peringkat yang paling asas iaitu tahun 1.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid
Tahun 1 Mars Sekolah Kebangsaan Lukut (Tahun 2014).Kumpulan murid yang terlibat ini
menghadapi masalah mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar
membaca perkataan KV + KVK.
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian
Setelah hampir tiga puluh tahun perlaksanaannya, Program Pendidikan Pemulihan masih
belum berkesan sepenuhnya dalam usaha menangani masalah penguasaan 3M khususnya
kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajar-pelajar pemulihan, serta mempastikan
100% celik huruf dalam sistem pendidikan negara. Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku
Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa
berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus
dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M
khususnya kemahiran asas pembacaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999).
Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam.Bahkan
wahyu pertama didalam Islam ialah iqra yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita
terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi satu keperluan. Tanpa kemahiran
membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John
Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca
sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam
bukunya Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran (
2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat
interpretasi,membuat persepsi ke atas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses
penguasaan terhadap konsep huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd
Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang-bidang
4

membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah
susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-
lambang ke dalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu
mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta
huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh
pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anak-anak membaca namun
ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang
terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu.
Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.
Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima
pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat
mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-
peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk
mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang
diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan,
sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat
mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan
kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang
diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan
keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan,
kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah
dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot
tubuh mereka.Oleh yang demikian, kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal
(Darjah 1 atau 2), harus perlu digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan
untuk mencari penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini.Terdapat pelbagai
kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad ,
kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya.


5

Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika
murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di
masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya
akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana
bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa
murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk
mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah , kejayaannya dari
segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung
besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan
mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi
berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca
yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil
semasa membaca, tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui
makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-
rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan
bacaan tersebut.
Menurut Charles Hulme,Pensyarah dari Department of Psychology, University of York,
Heslington,(2011) membaca adalah kemahiran yang datang daripada pengalaman dan perlu sentiasa
dipertingkatkan melalui pelbagai jenis bahan bacaan. Kecekapan membaca melibatkan banyak
kemahiran yang perlu dipupuk di dalam kelas dan memerlukan idea baru.
Menurut kajian Dr Alice Sullivan and Matt Brown(2013) dari Institute of
Education,UK menyatakan bahawa memupuk keseronokan membaca adalah sangat
penting untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Para guru dan Ibu bapa adalah model
yang terbaik untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Kemampuan ibu
bapa menyediakan bahan bacaan di rumah menyumbang ke arah keseronokkan membaca
kanak-kanak.
Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi
masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di
Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (U.S. Department of
Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-
kanak tahun Satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran
6

mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007).Elisabeth
(2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
menyenangkan kanak-kanak. Alat bantuan yang digunakan mestilah menarik dan bermakna
buat kanak-kanak.
Lou E. Burmeister(1978) seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El
Paso,dalam Improving Speed Of Comprehension in Reading menghuraikan tentang aspek
mekanis bacaan dengan mengaitkannya dengan meneliti pergerakan mata.semasa
membaca mata seseorang itu haruslah berhenti,bergerak,berhenti lagi, bergerak lagi dan
seterusnya.jika mata itu bergerak dengan lembut maka dapat dipastikan bahawa dia tidak
membaca. Pancaindera juga menyumabng ke arah kemampuan kanak-kanak menguasai
kemahiran membaca.
Kesimpulannya , dalam meningkatkan kemahiran membaca di kalangan kanak-
kanak perkara yang paling penting ialah kemampuan guru menyampaiakan pengajaran
yang berkesan di dalam kelas. Semasa menjalankan pengajaran guru perlu mencari idea-
idea baru untuk digunakan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap ilmu yang hendak
disampaikan . Penggunaan alat bantuan mengajar yang menarik boleh menjadikan kanak-
kanak teruja untuk belajar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian adalah unruk membantu murid-murid meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka (KV) dan tertutup (KVK)
3.2 Objektif Khusus
Terdapat dua objektif khusus kajian tindakan ini,iaitu
i Membantu guru meningkatkan kemahiran mengajar membaca perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka (KV ) dan suku kata tertutup ( KVK)
ii Membantu murid meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV + KVK dengan
menggunaakan Kad Pop Up.
3.3 Soalan kajian
Kajian saya ini adalah untuk menjawab soalan kajian seperti berikut :
1. Bagaimanakah kad pop up dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK).

7

4.0 - KUMPULAN SASARAN
Saya menjalankan Kajian di Sekolah Kebangsaan Lukut,71010 Port Dickson Negeri
Sembilan.Subjek kajian saya merupakan murid-murid Tahun 1 Mars . Saya mengambil
keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid berkenaan supaya mereka
mendapat faedah dan manfaat secara tidak langsung kerana penggunaan Kad Pop Up
dapat membantu menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK).Jumlah murid yang
akan menjadi subjek kajian saya adalah seramai 20 orang. Subjek kajian saya terdiri
daripada 14 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Subjek kajian ini telah dikenalpasti
melalui sesi pengaran yang telah saya laksanakan. Berikut merupakan jadual carta palang
yang menunjukkan peratusan subjek kajian yang telah dipilih oleh saya mengikut jantina .
subjek kajian terdiri daripada 14 orang murid lelaki iaitu sebanyak 70% dan 6 orang
perempuan mewakili 30%.
Item Murid

Peratusan ( % )

Lelaki 14

70

Perempuan 6

30

Jumlah 20

100


Rajah 1 : Pecahan Subjek Mengikut Jantina

Rajah 2: Peratusan Subjek Kajian
0
10
20
30
40
50
60
70
80
lelaki perempuan
Peratusan Subjek Kajian
8

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam menjalankan kajian tindakan ini saya telah memilih Model Stephen Kemmis.
Model ini dibangunkan oleh Prof. Stephen yang bertugas sebagai Dekan School Of
Education,Deakin University,Australia pada tahun 1988. Stephen Kemmis menyarankan
empat langkah kajian tindakan yang berdasarkan kepada beberapa siri gelungan iaitu
merancang,bertindak,memerhati dan merefleksi.



Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis
Fasa pertama dalam Modul Stephen Kemmis ialah merancang. Pertama sekali saya telah
membuat tinjauan masalah dengan mengedarkan borang soal selidk kepada guru mata
pelajaran teras dan guru bukan mata pelajaran bukan teras serta ibu bapa dan penjaga.
Borang soal selidik diedarkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
kelas Tahun 1 Mars dan meninjau masalah pembelajaran murid Tahun 1 Mars yang tidak
dapat menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Borang soal selidik juga di berikan
kepada guru mata pelajaran bukan teras untuk mengetahui sikap dan tingkahlaku pelajar
sewaktu berada di dalam kelas. Seterusnya saya menjalankan ujian bacaan kepada subjek
kajian saya menggunakan instrumen ujian yang telah disediakan. Ujian ini perlu dijalankan
untuk mengetahui tahap prestasi subjek kajian. Tahap prestasi subjek kajian amat perlu
Model
Stephen
Kemmis
Merancang
Bertindak
Memerhati
Merefleksi
9

untuk mengetahui kelemahan-kelemahan yang akan kita atasi semasa tindakan di jalankan
nanti.
Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan saya akan merumuskan
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian serius , antaranya ialah memastikan murid-
murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan motivasi daripada guru-guru dan para
ibu bapa . Memastikan subjek kajian yang bermasalah ini dapat menguasai kemahiran
mengecam dan mengenal huruf-huruf vokal dan konsonan dengan baik. Seterusnya
mereka dapat menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (KV )
dan suku kata tertutup (KVK) dan dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku kata
(KV + KVK). Saya juga akan memastikan subjek kajian berminat untuk membaca perkataan
KV +KVK dengan bantuan alat bantuan mengajar yang menarik seperti kad pop up yang
akan saya gunakan.

Fasa kedua dalam Model Stephen Kemmis ialah menjalankan tindakan. Dalam
melaksanakan tindakan yang dicadangkan saya akan menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran terhadap subjek tindakan yang menghadapi bermasalah mengenal suku kata
terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Subjek tindakan akan diberi latih tubi menyebut
dan membunyikan suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) menggunakan Kad
Pop Up yang berwarna warni dan menarik minat mereka.. Aktiviti latih tubi akan dijalankan
bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-
perkara yang baru dipelajari. Kad Pop Up yang digunakan mengandungi suku kata terbuka
(KV ) dan suku kata tertutup (KVK) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Kad-kad
pop up ini juga mengandungi gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan KV+KVK.
Kad-Kad Pop up mestilah disediakan dengan cantik dan menarik supaya ia memotivasikan
murid untuk menggunakannya. Sesuatu yang menarik minat budak akan memotivasikan
mereka.

Fasa ketiga pula ialah memerhati. Dalam fasa ini, saya akan membuat pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru akan membuat pemerhatian
sama ada penggunaan kad Pop Up yang berwarna-warni itu dapat menarik minat subjek
tindakan serta meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka ( KV ) dan suku kata tertutup (KVK ) di kalangan
subjek kajian. Saya juga akan membuat pemerhatian sama ada penggunaan kad pop up ini
digunakan semaksimum mungkin dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan
mencari kekuatan dan kelemahan dalam penggunaan kad pop up ini untuk meningkatkan
peguasaan kemahiran membaca di kalangan subjek kajian.

10


Fasa ke empat mengikut Model Stephen Kemmis adalah Merefleksi. Saya akan
membuat refleksi berdasarkan bukti yang dikumpul.Sekiranya penggunaan kad pop up ini
tidak memberi kesan yang memberangsangkan dalam meningkatkan kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) maka
saya perlu membuat penambahbaikan atau perancangan yang baru untuk gelung kedua
mengikut Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca subjek kajian.

6.0 PERANCANGAN DAN CARA PENGUMPULAN DATA
Menurut Kairuddin Mohamad,Ibrahim Yusuf dan Zaridah Ramli dalam buku
Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (2014),Pegumpulan data merupakan
langkah untuk menghimpun semua maklumat yang diperolehi dalam kajian dan fungsinya
paling penting dalam menentukan jenis tindakan yang perlu diambil guru sebelum
menjalankan kajian. Dalam pengumpulan data bagi kajian ini saya telah menggunakan
kaedah triangulasi di mana menggunakan lebih daripada satu instrumen kajian. Ini selaras
dengan pendapat Mohd. Majid Konting (2000) yang berpendapat bahawa cara mengumpul
maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif
penyelidikan yang telah dinyatakan.
Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, ujian lisan dan
pemerhatian menggunakan rekod anekdot. Soal selidik ditujukan kepada kalangan guru
yang mengajar mata pelajaran teras dan guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras
dan penjaga. Data kajian dikutip dengan menggunakan borang soal selidik yang disediakan.
Borang soal selidik juga digunakan untuk memperolehi maklumat daripada subjek kajian
bagi meninjau sejauhmanakah minat dan pengetahuan mereka terhadap pengajaran dan
pembelajarn guru di dalam kelas .Pemerhatian menggunakan rekod anekdot adalah
bertujuan untuk pengesanan pencapaian asas bacaan subjek kajian dan bertindak sebagai
instrumen untuk meninjau pencapaian pelajar sebelum dan selepas kajian. Tujuan Rekod
anekdot adalah dilaksanakan dalam kajian adalah untuk mengetahui tahap pembangunan
literasi subjek tindakan.Rekod anekdot adalah satu catatan lengkap tentang sesuatu
peristiwa atau perubahan tingkahlaku yang diperhatikan kepada kanak kanak.





11


Rekod Anekdot
Nama Murid :_____________________________________________________________
Tarikh :__________________________________________________________________
Masa :___________________________________________________________________
Catatan Pemerhatian :_______________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Ulasan / Refleksi :___________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Rajah 4 : Catatan asas dalam Rekod anekdot

Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk memerhati tingkah laku murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Mohammad Najib (1999),kaedah
pemerhatian merupakan kaedah yang paling anjal kerana seseorang boleh menjalankan
kajian tanpa sebarang soalan dan kayu pengukur. Merriam (2002) menyatakan bahawa
pemerhatian adalah cara terbaik untuk tujuan pengumpulan data asal first hand encounter
tentang perkara yang hendak dikaji. Bagi tujuan pemerhatian tingkah laku murid-murid
instrumen yang akan digunakan ialah senarai semak. Senarai semak mengandungi senarai
item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan untuk difokuskan dalam sesuatu
pemerhatian.Borang senarai semak akan disediakan terlebih dahulu sebelum sesuatu
pemerhatian dijalankan. Dalam pegumpulan data kajian , saya akan menggunakan
pemerhatian berstruktur. Pemerhatian ini adalah berkaitan dengan pemerhatian tingkah laku
subjek kajian sama ada memberi tumpuan atau tidak semasa guru melaksanakan
pengajaran. Pemerhatian ini amat perlu bagi saya kerana ia dapat memberi petujuk sama
ada penggunaan Kad pop up dalam sesi pengajaran menarik minak subjek tindakan atau
tidak. Petunjuk ini akan menjadi kayu ukur meningkat atau tidaknya kemahiran membaca
perkataan KV+KVK di kalangan subjek tindakan saya.






12



Senarai Pemerhatian
Bil Nama Murid 1 2 3 4 5 %
1 Amirul /// // /
2 Salina / //
3 Zakaria // // //
4 Mohammad / /
5 Rozila / / / /

Pemerhatian berdasarkan aspek tingklahlaku dan sikap murid sewaktu sesi Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Berbual- bual dengan rakan
2. Termenung jauh
3. Menganggu murid lain
4. Menconteng-conteng kertas
5. Berjalan-jalan di tempat duduk kawan

Rajah 5 : Contoh Senarai Pemerhatian Berstruktur














13


7.0 PERANCANGAN CARA ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
David Lim et al. (2009) berpendapat bahawa dalam analisis kandungan,penyelidik
akan menilai sesuatu sesuatu dokumen atau transkripsi dan kemudiannya membuat
inferens atau kesimpulan berdasarkan kepada isi kandungan yang diperoleh pada dokumen
berkenaan. Menurut Mok Soon Sang pula,analisis kandungan adalah sebagai suatu teknik
yang membolehkan penyelidik menilai tingkah laku manusia secara tidak langsung melalui
analisisi komunikasi mereka. Tujuan analisis adalah untuk mendapat maklumat deskriptif
mengenai sesuatu topik,menformulasi idea utama yang membantu untuk menyusun makna
kepada sejumlah besar maklumat deskriptif,mendapat maklumat yang berguna dalam kajian
dan menguji hipotesis kajian.Data yang dikutip mesti diubah menjadi teks.Contohnya
temubual dengan murid-murid berkenaan minat mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu ditranskripsikan dalam bentuk teks.
Dalam perancangan cara menganalisi data dan interpretasi saya perlu merujuk
kepada kehendak soalan kajian terlebih dahulu.Menurut Khairuddin Mohamad et. Al
(2014),cara terbaik memilih instrument kajian ialah dengan meneliti kehendak soalan kajian
terlebih dahulu. Dalam Kajian tindakan saya ini soalan kajian adalah Bagaimanakah kad
pop up dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK)
Oleh kerana saya menggunakan kata kerja bagaimana untuk soalan kajian saya ini
maka saya akan memilih untuk menggunakan pemerhatian dan senarai semak sebagai
instrument utama kajian saya ini. Pemilihan pemerhatian dan senarai semak ini dibuat
kerana saya berasa yakin bahawa instrument ini boleh membantu saya melihat proses
menggunakan Kad Pop Up untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata
terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK) disamping dapat membantu saya memperoleh
data yang diperlukan.
Justeru itu, saya kan menyediakan satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
yang lengkap,persediaan untuk membuat rakaman menggunakan audio visual dan lima set
senarai semak untuk digunakan semasa pemerhatian set induksi,Langkah 1,Langkah
2,Langkah 3, Penilaian dan Penutup.Setiap set senarai semak pula mengandungi antara
lima hingga sepuluh item jenis ya- tidak. Data yang diperolehi kemudiannya akan
diproses secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan laporan dalam
bentuk naratif
14

Dalam membuat analisis dan interpretasi, apa yang akan saya jalankan ialah
membuat rakaman video sesi pengajaran dan pembelajaran selama satu jam menggunakan
Kad Pop Up bagi mengatasi masaalah membaca perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka (KV) dan suku kata tertutup (KVK). Rakaman video ini akan digunakan sebagai
salah satu intrumen pemerhatian saya bagi mengesan kebaikan dan kelemahan yang
berlaku sepanjang sesi pengajaran.Pengunaan senarai semak bagi setiap langkah
pengajaran akan menghasilkan data yang berguna untuk mengesan berjaya atau tidaknya
penggunaan kad Pop up yang digunakan bagi meningkatkan kemahiran membaca suku
kata terbuka (KV) dan suku kata tertutup(KVK) untuk subjek kajian saya.Perancangan cara
menganalisi data dan interpretasi kajian saya di jelaskan pada carta alir berikut.

Soalan Kajian Instrumen Kajian

Bagaimana?

Proses Pemerhatian

RPH

Rakaman Video

Item soalan Senarai Semak Setiap Langkah
Pengajaran


Data Baharu


Laporan Kajian

Rajah 6 : Carta Aliran Cara Analisi data dan Interpretasi
15


8.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN
8.1 CARTA GANTT
Jadual kerja sangat penting kepada saya semasa membuat kajian tindakan kerana
jadual ini akan memberi panduan untuk membimbing hala tuju kajian yang akan saya
jalankan. Jadual kerja ini boleh dibuat dalam bentuk carta gantt yang akan memperlihatkan
perjalanan kajian ini secara jelas.

Bil

Perkara
2014 2015


Jun Jul Ogo Jan Feb Mac Apr

1 Taklimat Pentadbiran penyeliaan proposal
kajian





2 Perjumpaan penyelia dengan pelajar


3

Membuat pembacaan dan kenal pasti
bidang kajian


4 Kenal pasti objektif dan soalan kajian


5

Menulis pendahuluan
6 Fokus kajian


7 Objektif kajian/Soalan kajian


8 Kumpulan sasaran


9 Perancangan tindakan


10 Perancangan cara pengumpulan data


11 Perancangan cara analisis data


12 Perancangan perlaksanaan tindakan


13 Pemantauan proposal


14 Melaksanakan tindakan


15 Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan

16 Refleksi kajian


17 Menulis laporan kajian


18 Pembentangan dapatan kajian



16


8.2 ANGGARAN KOS KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini kos yang dibakal digunakan adalah seperti
berikut:
Bil Bahan Kos seunit

Jumlah kos

1 Kertas A4 RM8.00 X 2 Rim

RM 16.00

2 Kertas Warna RM8.00 X 3 Rim

RM 24.00

3 Manila kad Rm 1.00 X 5 Kpg

RM 5.00

4 Fotostat

RM 15.00

5

Dakwat pencetak

RM10.00 X4 botol RM 40.00
6

Alat tulis

RM 15.00
7

Bainding tape

RM 5.00 X 2 Gulung RM 10.00
8

Menjilid proposal kajian

RM 3.00 X 2 buah RM 6.00
Jumlah

RM 131.00










17

You might also like