You are on page 1of 1

Kita masih perlukan DEB.

Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara
kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Kita
sedang menuju ke arah gerbang negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Lanskap pembangunan fizikal yang mundur juga telah berubah menjadi
kawasan perindustrian dan bandar yang moden. Kadar kemiskinan dalam kalangan
rakyat juga semakin mengecil. Polarisasi kaum mengikut kedudukan geografi juga
semakin berkurangan. Semuanya bertitik tolak daripada pengenalan rancangan
pembangunan jangka masa panjang negara iaitu Dasar Ekonomi Baru.
Persoalannya, adakah kita masih memerlukan DEB pada masa kini? Jawapan saya
ada di bawah.
Walaupun jangka hayat DEB telah tamat pada tahun 1990, tetapi hakikat yang
perlu ditelan walaupun pahit ialah, kedua-dua matlamat yang telah digariskan iaitu
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih belum dicapai
sepenuhnya. Justeru, satu talian hayat perlu diberi supaya dasar ini dapat terus
diimplementasikan sehingga matlamat yang diimpikan dapat direalisasikan. Pertama,
walaupun pembangunan ekonomi negara sedang berkembang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan, namun ekuiti pegangan masyarakat bumiputera masih belum
mencapai tahap 30%. Malah, sesetengah sektor ekonomi masih dinominasi oleh
kaum-kaum tertentu contohnya sektor perniagaan masih dikuasai oleh kaum Cina,
sektor pertanian dan perkhidmatan awam pula dimonopoli oleh kaum Melayu, serta
sektor perladangan komoditi getah masih didominasi oleh kaum India. Justeru, bagi
mewujudkan persekitaran ekonomi yang adil bagi semua kaum, maka semangat
DEB masih perlu diteruskan!
Kedua,

You might also like