You are on page 1of 5

RUJUKAN TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom 2009, http://cikgufaziey.blogspot.com/2009/06/taksonomi-bloom.html



Ada dlm rujukan 1 lg ..Jadual penentu ujian (JPU) http://albahanjiey.blogspot.com/2011/05/j-adual-
penentu-ujia-dalam-jpu.html
http://nazurafarhana.blogspot.com/2012/12/soalan-soalan-aras-taksonomi-bloom.html


http://abu-thaqiff.blogspot.com/2012/12/10-soalan-objektif-berdasarkan-aras.html


http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/bmm-3103-contoh-soalan-mengikut-aras.html


http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html



















Baca laporan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan Raya
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, Sesi 2004

Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam telah membentuk ahli
jawatankuasanya yang baru pada bulan Januari 2004. Cikgu Razali dan Cikgu Chan menjadi guru
penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang murid yang telah menyertai kelab ini. Sepanjang sesi
persekolahan 2004, kelab telah merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanakan.

Pada 16 Mac 2004, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah.
Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana murid-murid memperoleh maklumat
tentang keselamatan di jalan raya. Sambutan daripada murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat
menggalakkan.

Pada 2 Mei 2004, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Petaling Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua orang guru penasihat turut menyertai lawatan
tersebut. Di sana kami mendengar ceramah tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh
pengawai JPJ. Selepas itu, kami dibawa melawat ke tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan proses
ujian memandu dijalankan.

Pada awal bulan Jun 2004, kempen berbasikal secara berhemah pula diadakan selama dua
minggu. Kempen ini bertujuan melatih murid-murid agar berhati-hati semasa berbasikal sewaktu
berulang-alik ke sekolah. Sepanjang kempen berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar
teknik menjaga keselamatan semasa berbasikal di jalan raya.
Semua aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat ahli-ahli kelab untuk
mempelbagaikan aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai.
Laporan disediakan oleh,


Chin Kim Len 12 JULAI 2004
(CHIN KIM LEN)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan Jalan Raya.


1. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan? (pengetahuan)

A 30 orang
B 32 orang
C 32 orang
D 36 orang


2. Kata berhemah dalam laporan bermaksud (aras kefahaman)
A lemah lembut
B berbudi pekerti
C berdikit-dikit
D beransur-ansur



3. Alia memakai topi keledar dan baju berwarna terang sebelum menunggang basikal ke
sekolah





Aktiviti yang manakah antara berikut telah memberi pengetahuan kepada Alia tentang ciri-ciri
keselamatan seperti di atas. (aras aplikasi)
A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
B Ceramah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya
C Kempen Berbasikal secara Berhemah.
D Lawatan sambil Belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


4. Pilih pernyataan yang tidak benar. (aras analisis)
A Ahli kelab berjumlah 77 orang.
B Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah ialah Kuiz Keselamatan Jalan Raya.
C Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru penasihat kelab.
D Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2004 ialah kempen berbasikal.



5. Urutan rangka aktiviti yang betul ialah (aras sintesis)
A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen berbasikal
Lawatan ke JPJ
B Lawatan ke JPJ kempen berbasikal Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat
Sekolah
C Mesyuarat kelab Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen
berbasikal

D Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah Lawatan ke JPJ kempen
berbasikal

You might also like