You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU KEDUA

Bilangan Jurnal : Kedua


Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 13 Julai 2014 17 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Kebersihan dan Keceriaan Kelas yang Kurang
Menarik

Masalah / Peristiwa :

Kebersihan dan keceriaan kelas 2 Tamarai semakin merosot berbanding
minggu sebelumnya. Saya telah memerhatikan keadaan kelas ini sejak seminggu
yang lalu. Daripada pemerhatian, didapati bahawa murid murid tidak menjaga
kebersihan kelas dan sentiasa membuang sampah di bawah meja dan kerusi. Maka,
kelas tersebut nampak kotor dan tidak teratur. Saya berasa kecewa dengan sikap
pelajar yang tidak bertanggungjawab. Namun, saya berasa bimbingan yang
berterusan akan membawa pembaharuan dalam diri pelajar untuk menjadi lebih
bertanggungjawab.

Analisis Masalah :

Saya telah berbincang dengan guru kelas yang merupakan saya tentang
masalah pelajar yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa mengotorkan kelas
mereka. Hasil daripada perbincangan ini saya mendapati bahawa pelajar pelajar
suka membuang sampah di tempat duduk mereka walaupun terdapat tong sampah
di hujung kelas. Tambahan pula, tong sampah tersebut akan penuh sebelum waktu
rehat maka murid membuang sampah di dalam kelas.
Cadangan :

Saya merujuk masalah yang wujud kepada guru pembimbing dan guru guru
lain untuk mendapatkan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Rakan guru
pelatih bersama saya di sekolah ini juga memberi beberapa cadangan untuk
mengatasi masalah ini. Saya berasa cadangan membersihkan tong sampah pada
waktu rehat adalah sesuai bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, saya akan
berbincang dengan murid murid di kelas tersebut dan mengarahkan mereka untuk
membuang sampah dari tong sampah yang terdapat di kelas ke dalam tong sampah
yang besar di sekolah tersebut. Untuk memastikan tugasan ini berjalan lancar, saya
juga akan melantik salah seorang daripada murid-murid Tahun 2 Bharatiyar sebagai
ketua. Ketua tersebut akan bertukar setiap hari. Saya akan memastikan setiap
pelajar dalam kelas tersebut menjadi ketua supaya mereka sedar akan
tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Disamping
itu, saya akan menampal segala alat bantu yang saya gunakan seperti kad manila,
kertas mahjong dan sebagainya dalam kelas bagi menceriakan lagi kelas tersebut.

Tempoh Penyelesaian :

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini. Sasaran saya bagi
mengatasi masalah ini ialah dalam tempoh satu minggu. Saya harus menggunakan
masa ini dengan baik untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini merupakan
masalah yang serius dan perlu diatasi. Maka, saya perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya supaya pelajar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan
sedar akan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan kelas dan sekolah.




Penilaian Kejayaan :

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing dan guru guru lain untuk
memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari
rakan sebaya mengenai masalah dan tindakan yang diambil. Guru pembimbing
boleh menilai pelajar pelajar tersebut setiap hari. Beliau boleh melihat adakah
murid murid melaksanakan tugas mereka dan menjaga kebersihan kelas mereka.

Tindakan susulan :

Saya mendapatkan khidmat nasihat dari guru kelas bagi mengatasi masalah
ini. Beliau memberitahu saya supaya melekat semua alat bantu yang saya gunakan
dalam proses pengajaran dan pengajaran di papan kenyataan Bahasa Tamil dan
juga di atas dinding kelas. Apabila saya melekat maklumat atau isi yang saya
mengajar di kelas murid murid akan belajar setiap hari. Tambahan pula, jika kelas
tersebut sentiasa bersih ia akan meningkatkan keyakinan murid untuk belajar dalam
keadaan yang kondusif.






Disemak oleh Guru Disemak oleh Guru Besar
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like