You are on page 1of 4

Disediakan oleh:

Ramzanah Binti Sulaiman


Panitia Bahasa Tamil
SKTM (1)

KERTAS KERJA MENYAMBUT HARI IBU

1.0 TAJUK
Menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu. IBUKU SYURGAKU

2.0 PENGENALAN
Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Tamil dengan sokongan dan
kerjasama pihak pentadbiran SKTM (1). Penyertaan semua murid kelas
Bahasa Tamil adalah digalakkan.
Program ini menghargai jasa dan pengorbanan ibu merupakan
salah satu aktiviti yang harus dijalankan secara berterusan setiap tahun di
SKTM (1). Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menjalin
hubungan silaturrahim dan kerjasama serta kasih sayang antara guru
ibarat seorang ibu terhadap setiap murid di SKTM (1).

3.0 RASIONAL
Menyambut Hari Ibu merupakan satu aktiviti yang berasaskan kerjasama
yang terancang. Ia merupakan wadah pembinaan jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial dengan mencurahkan kasih sayang, menghargai jasa
dan kerjasama berteraskan konsep hidup bersama komuniti di SKTM (1).
Aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat membantu menanamkan dan
mempertingkatkan nilai moral yang tinggi.
4.0 OBJEKTIF
Memupuk nilai-nilai murni dengan adanya persembahan-
persembahan yang disertai oleh murid-murid kelas Bahasa Tamil.
Mencungkil bakat dan daya kreativiti semasa membuat persembahan
seperti menyanyi lagu.
Memberi peluang kepada para murid kelas Bahasa Tamil untuk
menyertai dalam aktiviti menghargai jasa dan pengorbanan ibu.
Melahirkan insane penyayang dengan mencurahkan kasih sayang.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid kelas Bahasa Tamil seramai 25 orang.
AJK Panitia Bahasa Tamil.

6.0 ATURCARA PROGRAM
TARIKH : 11 Mei 2014
HARI : Ahad
MASA : 7.45 pagi 8.15 pagi
TEMPAT : Tapak Perhimpunan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


8.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya program menghargai jasa dan pengorbanan
matlamat dan iltizam Bahasa Tamil dapat direalisasikan. Di samping itu,
program ini juga dapat memberi kesedaran sivik kepada murid-murid agar
tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa. Tambahan pula, ia
dapat mengurangkan kes pengabaian warga tua yang semakin meningkat
kian hari oleh anak-anak.
Kerjasama dan sokongan ikhlas yan diberikan oleh semua pihak
yang terlibat secara langsung amat kami alu-alukan bagi menjayakan lagi
program ini.

9.0 RUJUKAN
Pihak Pentadbiran SKTM (1)
Guru-guru SKTM (1)


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

__________________ __________________
(RAMZANAH BT SULAIMAN) (PN. ZAINON BT HAMZAH)
Panitia Bahasa Tamil Guru Besar SKTM (1)

You might also like