You are on page 1of 4

SMK Rawang,

KM 25.6 Jalan Ipoh,


48000 Rawang,Selangor.

Proposal Kajian Tindakan

Mengukuhkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar


Melalui Aktiviti KajiSuka (Kaji Suratkhabar)

Disediakan oleh :

PUAN ZURAIDA BT SHAFIEI

2009

1. Nama sekolah
SMK Rawang
2. Nama Penyelidik
Zuraida bt Shafiei,Suhana Jamaluddin,Shaharizan Ibrahim.

3 Tajuk Kajian
Mengukuhkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar
Melalui Aktiviti KajiSuka (Kaji Suratkhabar)

4. Latar Belakang Kajian


Penggunaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dari
segi penbendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu
ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan
versatile.

5. Masalah / Fokus Kajian


Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka lemah dalam
menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek
tempatan dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar
terutamanya pelajar Tingkatan Satu di sekolah ini.

6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang
berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7. Objektif Kajian
Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan
membaca perkataan di dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan 1.

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan dan
mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di
dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh dialek tempatan dalam sebutan
bahasa Inggeris mereka.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi
masalah membuat ayat pertuturan.
9.3 Ujian Pencapaian
Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan
berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.
9.4 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan
menggunakan keadah “Simulasi Watak (Roleplay)”.
9.5 Tindakan
Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang
akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta
untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat
kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan
tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa
sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil
dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar
tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi
melatih penggunaan bahasa.

9.6 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi
respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara
sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.
9.7 Refleksi
Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan
meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi
masalah penyebutan.

10. Kesimpulan
Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan
lancar dan memahami apa yang disebut.