You are on page 1of 5

Konsep Titik Relatif Ekstrim

Definisi
Berikut merupakan beberapa definisi yang boleh menjelaskan apa itu nilai ekstrim
suatu titik :
1. Fungsi f dikatakan mempunyai nilai maksimum relatif di C, jika terdapat interval
terbuka yang memuat c, sehingga: f (c) f (x) untuk x dalam interval tersebut.
2. Fungsi f dikatakan mempunyai nilai minimum relatif di C, jika terdapat interval
terbuka yang memuat c, sehingga: f (c) f (x) untuk x dalam interval tersebut.
3. Fungsi f dikatakan mempunyai nilai minimum relatif dan nilai maksimum relatif di
C, dikatakan mempunyai ekstrim relatif di C.
Secara terperinci bagaimana untuk mencari titik maksimum dan titik minimum
terdapat 2 syarat diperlukan iaitu :
1. Syarat wajib.
Dalam syarat ini,hasil pembezaan pertama perlu dicari terlebih dahulu.
Kemudian, hasil ini disamakan dengan 0 untuk mencari punca bagi nilai hasil
pembezaan ini.

2. Syarat cukup.
Punca (katakan x0) bagi f'(x) digunakan dalam hasil pembezaan kedua (f(x0).
Jika :
,
maka f(x) mencecah titik minimum pada titik x0.
,
maka f(x) mencecah titik maksimum pada titik x0.

Contoh
1. Syarat wajib.






2. Syarat cukup.

Daripada syarat cukup di atas, nilai f(2) adalah lebih besar dari 0 yang bererti
bahawa fungsi mencecah titik minimum apabila x = 2. Dengan itu, titik minimum
tersebut ialah (2 , 0) .

Konsep Titik Lengkok Balas
Definisi
Titik ini biasanya wujud bagi fungsi yang x-nya mempunyai kuasa sama atau
lebih besar daripada 3 dan fungsi trigonometri. Untuk mencari titik lengkok balas, juga
terdapat 2 syarat yang diperlukan iaitu:
1. Syarat wajib.
Dalam syarat ini,hasil pembezaan kedua perlu dicari terlebih dahulu. Kemudian,
hasil ini disamakan dengan 0 untuk mencari punca bagi nilai hasil pembezaan
ini.


2. Syarat cukup.
Punca (katakan x
1
) bagi f(x) digunakan dalam hasil pembezaan ketiga (f(x
1
).
Jika :-
,
maka f(x) mencecah titik lengkok balas pada titik x
1
.
,
maka f(x) mungkin mencecah titik lengkok balas melintang pada titik x
1
.

Contoh
1. Syarat wajib.





2. Syarat cukup.

Daripada syarat cukup di atas, nilai f(4) tidak sama dengan 0. Ini bereti bahawa
fungsi mencecah titik lengkok balas apabila x = 4. Dengan itu, titik lengkok balas
tersebut ialah (4 , 7/27) .


Konsep Asimptot
Terdapat 2 jenis asimptot iaitu :
1. Asimptot menegak.
Asimptot ini biasanya wujud dalam fungsi yang melibatkan pecahan pada tititk di
mana nilai x adalah punca kepada penyebut. Asimptot menegak wujud apabila
domain yang menghampiri x menghasilkan nilai f(x) yang menuju infiniti.
Contoh:-

Garisan x = 0 (yang juga sama dengan paksi-y) adalah asimptot menegak.
2. Asimptot umum.
Asimptot ini juga biasanya diwakili dengan persamaan y = mx + c. Untuk
persamaan polinomial, selalunya asimptot ini tidak wujud. Kaedah untuk mencari
persamaan asimptot ini ialah dengan mencari nilai m dan c seperti berikut:-


Contoh
Terdapat satu asimptot menegak pada garisan x = 1, kerana :


Berdasarkan pengiraan, garisan y = 0.25x 0.5 adalah asimptot umum.
Ragam fungsi apabila x.
Apabila x menuju ke negatif infiniti, f(x) juga menuju ke negatif infiniti dan
apabila x menuju ke positif infiniti, f(x) juga menuju ke positif infiniti. Ini boleh
ditunjukkan melalui pengiraan di bawah:-