You are on page 1of 13

REKA BENTUK PENGAJARAN

4.1. PENGENALAN
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang
perludifikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus
diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah.
Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik
perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang
bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran.
Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh
pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987),
kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan
pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik
seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti
pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

4.2. REKA BENTUK PENGAJARAN

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi
membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan
dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa
mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses
pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan
pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada
dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka
bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan
teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi
pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001)
menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat
ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan
tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi
penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan
kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997)
menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem
pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang
dapatmembantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam
melaksanakannpembentukanperisian. Secara umumnya, model yang digunakan
dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraan perisian.
Dewasa ini, terdapat berbagai modelndiperkenalkan, walaubagaimanapun secara
umumnya proses yangn dicadangkan hampirnsama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah
merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuk
pengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v. Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix. Model Dick and Carey
x. Model Air Terjun
xi. Model Prototyping
xii. Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv. Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi

Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan
pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam
bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka
bentuk pengajaranberorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model
Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.

Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan
sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak
memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh
pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka
bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran
besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh
satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga,
bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang
terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey
(1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan
teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula
mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian
berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini
ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

4.3. MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

4.3.1. MODEL ADDIE



Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model
ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE

Analisis

Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi
dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual,
pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah
yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang
menimbulkan masalahtersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran
pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti.
Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
Analisa(Analysis)
Reka Bentuk(Design)
Pembangunan(Development
Perlaksanaan(Implementation)
Penilaian(Evaluation)

i) Matlamat perisian
ii) Objektif perisian
iii) Kumpulan sasaran
iv) Kandungan perisian
v) Pendekatan pedagogi
vi) Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem
yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis
kepada satulakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan.
Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis
permulaan. Dalammereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu
diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah
dirangkadalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif
pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian
dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan
strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan
perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan.
Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah
ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-
pakar perisian dan memakanmasa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan
melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka
bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan
bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan
bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian
bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak.
Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam
menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4.3.2. Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah
dalam model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu
sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan
perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.
Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap
pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian.
Pembangun perisian jugaperlu membuat analisis media yang sesuai digunakan
mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai
digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan
carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna
perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan.
Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui
penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian
menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi
pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan
semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada
yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan
pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu
berinteraksi dan bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesan kepada
pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran
Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang
hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah
pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif
merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi
memastikan aplikasi perisian
yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran
pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan
pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang
ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang
dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian
pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada
dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain
dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun
perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai.
Pemilihan kaedah serta bahan
yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran
dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna,
sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk
mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang
sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia.
Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian
perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk
memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif,
kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi
perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat
khabar, radio dan televison. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media
yang perlu difikirkan iaitu:

a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu
dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian.

Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting.
Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan.
Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah
dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan
pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan
yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada
persembahan.

Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian
pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan
pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu
memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian
dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai.
Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai
perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian
supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan
aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

4.3.3. Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)


Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998)
Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model
pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah
4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan
teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat
sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai
keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan
maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih
wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan
keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu
digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian
komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan
siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun
prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan
keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.