You are on page 1of 46

PLURALITI DAN

MASYARAKAT
PLURALISTIK DI
ALAM MELAYU
Mohammad Syafiq Che Omar
890802-14-5701
Khairuddin Bin Khaidir
880730-08-5113
Pengenalan
Pluralisme budaya tlh terbentuk hasil
interaksi pelbagai budaya (Hinduisme,
Buddhisme, Arab, Eropah) dgn budaya
Alam Melayu sejak abad ke-5 masihi lagi.
Pertembungan budaya-budaya besar dunia
melahirkan satu ciri fenomena sosial yg
istimewa di Alam Melayu - kepluralitian
budaya.

Pluralisme Budaya Alam Melayu
Dua konsep utama utk menjelaskan ciri Alam
Melayu; pluralisme & masyarakat
pluralistik(plural society).
Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi saintifik
sosial hasil daripada kajian empirikal di wilayah Alam
melayu
Ciri-ciri masyarakat Alam Melayu hidup dalam
kepluralitian semula jadi tanpa paksaan.
Namun ciri ini dirombak dan sebahagiannya terhapus
dgn kedatangan kuasa kolonial
Pluralisme Budaya Alam Melayu
Kedatangan kuasa Eropah
Kolonial memperkenalkan sistem kerajaan yg
menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik.
Akibat drpd terlaksananya undang-undang kolonial &
bertapaknya masyarakat pluralistik & diikuti dgn
terbentuknya negara bangsa, rangka & cara mengupas
perkembangan baru ini juga turut berubah.
Perkembangan ini telah mewujudkan nasionalisme
metodologikal (methodological nationalism) satu cara
membina dan menggunakan ilmu berasaskan
kewilayahan sesebuah negara.
Pluralisme Budaya Alam
Melayu-Kedatangan Kuasa
Eropah
Selepas kedatangan Eropah pembentukan masyarakat
pluralistik berbeza.
Tumpuan & hasrat penghijrahan adalah utk memenuhi
keperluan ekonomi-politik kolonial.
Asimilasi budaya & cara hidup antara kumpulan etnik
tidak berlaku, hubungan yg berlaku ialah dalam bentuk
akomodasi sosial.
Akomodasi sosial membenarkan setiap kaum menjalani
kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara
harmonis.
Pluralisme Budaya Alam Melayu-
Kedatangan Kuasa Eropah
Kedatangan penjajah Eropah mengubah sistem
politik kepada kerajaan yang memisahkan agama dan
pentadbiran di bawah dua pentadbiran yang berbeza.
Agama di bawah urus tadbir Sultan dan negara di
bawah urus tadbir kerajaan.
Sebelum kedatangan penjajah, ilmu pengetahuan
banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik
yg kemudiannya berubah kpd epistemologi fizikal
bersifat rasional atau saintifik
Pluralisme Budaya Alam Melayu
Hubungan Dgn China & India
Hubungan antara Alam Melayu dgn negara China & India
telah wujud beratus-ratus tahun dahulu.
Pedagang-pedagang India telah datang ke Gugusan
Kepulauan Melayu pada abad pertama Masihi.
Hubungan perdagangan secara langsung dengan China
diasaskan pada abad ke-5 Masihi, disebabkan faktor
perdagangan dan pendidikan
Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan
penyebaran ilmu pengetahuan sejak abad ke-7 Masihi.
Perkembangan tamadun awal Alam Melayu amat
dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan India.
Budaya Masyarakat
Baba & Nyonya


Pluralisme Budaya Alam Melayu-
Pengaruh Hindu Buddha
George Coedes (1948) menggunakan istilah
Indianization atau Pengindiaan bagi
melambangkan proses perluasan pengaruh tersebut.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972); Hinduisme
dan Buddhisme tidak memberi kesan besar di Alam
Melayu krn ia tidak bersifat menyeluruh.
Pengaruhnya lebih jelas terlihat di kalangan pemimpin
shj. Malah tidak terdapat kitab yg membincangkan
falsafah, ketuhanan, metafizik yg berasaskan Hindu
Buddha
Pluralisme Budaya Alam Melayu-
Pengaruh Hindu Buddha
Yang wujud hanyalah bersifat kesenian
terutamanya dalam bhs Jawa.
Namun beliau tidak menafikan pengaruhnya
dari segi seni budaya & adat :- wayang kulit,
upacara bersanding.
Konsep raja dan kerajaan istilah dipinjam drp
kebudayaan Hindu. Raja dianggap sbg anak
tuhan; oleh itu segala perintah mesti ditaati.

Candi di Lembah Bujang, Kedah
Tinggalan Kerajaan Majapahit
Pengaruh Dlm
Upacara Pertabalan
Sultan/Raja
Pengaruh Budaya India Dlm Majlis
Perkahwinan

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu:
Kesultanan Melaka
Proses penghijrahan berlaku secara semulajadi tanpa
paksaan.
Para pedagang datang, berakomodasi dgn penduduk
tempatan dan sistem tempatan.
Terdapat interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa.
Contoh: akomodasi pedagang China dengan
penduduk tempatan melahirkan masyarakat Baba &
nyonya.
Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Oleh Penjajah
Ketibaan pemerintah kolonial telah memisahkan
epistemologi antara agama dan negara
Agama- individu, Sains-sejagat yg boleh menyatukan
manusia. Akhirnya ilmu sains diterima sbgi ilmu penting
duniawi dan ia termasuklah pemerintahan (negara).
Bernard Cohn (ahli antropologi Amerika)- kolonialisme
melibatkan penaklukan fizikal, penaklukan ruang
epistemologi atau sistem pemikiran peribumi.
Penaklukan berlaku melalui proses penguraian sistem
pemikiran peribumi dan akibatnya hilang kekuatan sistem
pemikiran sebagai kuasa pentakrif kehidupan.
Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Oleh Penjajah
Proses ini diganti dengan sistem pemikiran asing
menerusi aplikasi sistematik siri modus penyiasatan
kolonial (Cohn, 1996).
- definition of a body of information
- procedures by which appropriate knowledge
is gathered
- ordering and classification
- transformed into usable forms
Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Di Malaysia
Sebelum 1848, hampir kesemua penduduk Tanah
Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Perkembangan bijih timah pertengahan abad ke-19
dan getah mulai abad ke-20 telah membawa
penghijrahan orang India dan Cina secara besar-
besaran.
Kewujudan pelbagai kaum mengekalkan kebudayaan
masing-masing telah membentuk satu masyarakat
majmuk, tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa &
cara hidup berbeza.
Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Di Malaysia
Dampak dasar dan birokrasi British dilihat dalam perkara-
perkara berikut:
1. British mulai bertapak kukuh menerusi satu campur tangan
secara tidak langsung pada 1786, apabila Pulau Pinang di
perolehi dari Kedah.
2. Campur tangan secara langsung dan menguasai pentadbiran.
3. Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Perak menerima seorang
residen sebagai penasihat Sultan dalam semua perkara kecuali
hal ehwal agama dan adat istiadat
4. Perjanjian Persekutuan 1895, Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan disatukan sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.

Senario dasar
Pemerintahan British
di Tanah Melayu
British telah gagal
memenuhi janji
dengan mengkhianat dasar
tidak campur tangan dalam
urusan berkaitan agama Islam
dan adat istiadat Melayu

Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Di Sabah & Sarawak
Di Sabah, kaum bumiputera utama ialah Kadazan,
Bajau, Murut dan Suluk.
Syarikat Borneo Utara British menggalakkan
penghijrahan masuk orang Cina di ladang-ladang getah
& tembakau.
Di Sarawak, bumiputera utama ialah Iban, Bidayuh,
Melayu dan Melanau.
Dinasti Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina
bekerja sebagai pedagang, petani & pelombong.
Murut
Bajau Kadazandusun
Kaum Bumiputera Di Sabah
Kaum Bumiputera Di Sarawak
Iban
Bidayuh
Kelabit

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka
- Politik
Demokrasi telah berjalan lancar (terutamanya sejak
pilihanraya umum pertama 1955), orang Melayu telah
bersatu untuk mendesak British beri kemerdekaan.
Parti Perikatan terdiri daripada United Malays
National Organization (UMNO), Malayan Chinese
Association (MCA) dan Malayan Indian Congress
(MIC).
Pimpinan Parti Perikatan mengamalkan sikap
bertolak ansur, mengukuhkan kerjasama kumpulan
etnik.
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Politik
Selepas era 1960-an, politik Malaysia berkembang
secara dinamik.
Peningkatan keahlian kesan kerjasama parti-parti
politik dalam pakatan pemerintah.
Terbukti melalui penubuhan Barisan Nasional pada
1974.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Perlembagaan
Perlembagaan merupakan panduan asas kepada
pelaksanaan sistem politik & membentuk kontrak
sosial (perundingan murni) yg dipersetujui semua
kaum.
Terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam
Melayu:
Zaman pluraliti janji taat setia dan saling
menghormati antara rakyat dan raja.
Masyarakat pluralistik hasil daripada syarat
British untuk memberi kemerdekaan.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Perlembagaan
Teras utama dalam Kontrak sosial;
1. Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang
bukan Melayu dengan persetujuan memberi kerakyatan
sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu.
2. Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-
hak istimewa orang Melayu.
Pembentukan CLC (1949) hasil usaha bersama Tan
Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar menandakan
pemuafakatan antara parti politik utama dlm
menyelesaikan isu antara etnik serta menjadi model
kpd penggabungan parti politik.
Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -
Pendidikan
Empat aliran pendidikan iaitu Inggeris, Melayu, Cina
dan India.
Tiga peringkat:
i) Pendidikan British rendah dan menengah yg dihadiri
anak-anak bangsawan dan hartawan Cina dan India.
ii) Sekolah Melayu peringkat rendah yg dibantu British
dengan matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang
lebih baik.
iii) Sekolah vernakular Cina dan India.
SISTEM PENDIDIKAN PRA KEMERDEKAAN
SEKOLAH
CINA
SEKOLAH
AGAMA
SEKOLAH
INGGERIS
SEKOLAH
TAMIL
SEKOLAH
MELAYU
SISTEM
PENDIDIDIKAN
Victoria Institution (1893)
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Pendidikan
Sistem pendidikan era pascamerdeka berubah
kepada corak baharu yang berorientasi unsur-unsur
tempatan.
Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan
orientasi.
Sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya,
nilai dan norma masyarakat untuk membentuk
identiti kebangsaan Malaysia.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Pendidikan
Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib
1960 matlamat utama menyatukan kanak-kanak
daripada berbilang etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan
bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu.
Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada
1956 bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957:

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Pendidikan
i) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran
dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan.
ii) Sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa
Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran.
iii) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi
dan buku-buku teks yang lain berteraskan Malaysia.
iv) Bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.
Masyarakat Pluralistik Selepas
Merdeka - Pendidikan
Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata
Razak dan Rahman Talib secara langsung mengiktiraf bahasa
Melayu sebagai alat penyatuan tanpa menjejaskan bahasa
etnik-etnik lain.
Selepas tragedi 13 Mei 1969, pendidikan perlu
diseimbangkan. Secara beransur-ansur mulai Julai 1969,
kerajaan telah;
1. Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sbg bahasa
pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan.
2. Merumuskan dasar kuota & biasiswa bagi kemasukan ke
universiti.
3. Memperbanyak penubuhan institusi pengajian tinggi.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Pendidikan
Pada masa yg sama, golongan bukan bumiputera
merasa perlu mempertahan budaya warisan dgn
menggunakan wadah pendidikan.
Masyarakat Cina mempertahan sekolah jenis
kebangsaan Cina namun sukatan pelajaran selaras
dgn yg ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -
Ekonomi
Semasa penjajahan, British perkenalkan sistem ekonomi
moden disamping sistem ekonomi tradisional yg
dikekalkan.
Kesannya wujud sistem ekonomi dualisme (dua orientasi
& tumpuan berbeza bergerak seiringan dgn garis etnik).
Ekonomi dualisme mengidentifikasikan agihan tenaga kerja
mengikut tiga etnik utama.
1. Etnik Melayu - sektor ekonomi tradisional; pertanian (spt
penanaman padi) & perikanan.
2. Etnik Cina & India - sektor ekonomi moden;
perlombongan, perkilangan & perkhidmatan.
Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -
Ekonomi
Sistem ekonomi moden mendominasi seluruh organisasi
pengeluaran terutamanya getah & b.timah.
Ekonomi moden berorientasikan budaya bandar dgn asas
pasaran bandar, corak pengurusan & teknik organisasi
berteraskan bandar.
Ia di bawah kawalan British & firma asing, melibatkan
kelompok etnik Cina dan India.
Sistem ekonomi tradisional - teknik pengeluaran, pemasaran,
tenaga kerja serta modal adalah didominasi etnik Melayu
berlandaskan budaya Melayu luar bandar.


Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Ekonomi
Slp merdeka, sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire
(ekonomi pasaran bebas) legasi penjajah.
Di bawah sistem ini;
Perkembangan ekonomi ditentukan oleh pasaran
antarabangsa.
Negara tidak campur tangan.
Negara menyediakan infrastruktur yg diperlukan &
mengurangkan kadar kemiskinan
Kerajaan membataskan kuasa dlm regulasi perniagaan,
pengurusan & perbankan bg menjaga pelabur.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Ekonomi
Rancangan pembangunan ekonomi negara - usaha kerajaan
bg mengatasi masalah sosioekonomi & sosiopolitik.
i) Rancangan pramerdeka meliputi Rangka Pembangunan
Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).
ii) Perancangan selepas merdeka merangkumi Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) &
sebahagian drpd Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
iii) Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.
iv) Dasar Pembangunan Negara - hingga kini.
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Ekonomi
Ekonomi dualisme berasaskan identiti kaum masih kekal.
Ekonomi tradisional kadar kemiskinan tertinggi (RRJP2
1991-2000).
Ekonomi moden 10% tenaga kerja, didominasi kaum Cina.
Dlm sektor ketiga jelas terdapat ketidakseimbangan etnik &
jurang semakin luas;
1. Orang Melayu di sektor kerajaan.
2. Orang Cina sektor pengangkutan, perniagaan & kewangan.
3. Orang India - sektor pengangkutan, perkhidmatan awam,
perniagaan & kewangan.
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -
Ekonomi
Sehubungan dengan corak taburan perekonomian semasa,
jurang pendapatan antara kumpulan etnik (laporan RMK8)
masih belum seimbang.
Begitu juga bandingan antara kawasan bandar & luar bandar
yg luas jurangnya.
Isu berkaitan ekonomi memerlukan iltizam yg kuat drpd
semua pihak utk merapatkan jurang.
Membetulkan kedudukan dimensi ekonomi amat mendesak
kerana menjadi asas memupuk kerjasama kumpulan etnik.
Robert Kuok
Ananda Krishnan
Lim Goh Tong
Lee Shin Cheng
Teh Hong Piow
Quek Leng Chan
Syed Mokhtar AlBukhary
Yeoh Tiong Lay
Tiong Hiew King
William Cheng
Azman Hashim
Ong Beng Seng
Yaw Teck Seng
Vincent Tan
Yaw Chee Ming
Vinod Sekhar
Jeffrey Cheah
Chong Chook Yew
Lim Kok Thay
Lim Wee Chai

Kua Sian Kooi
Tiah Thee Kian
Mustapha Kamal Abu Bakar
Anthony Fernandes
Seri Eleena Raja Azlan Shah
Lee Oi Hian
Lee Hau Hian
Mokhzani Mahathir
G Gnanalingam
Abdul Hamed Sepawi
Kamarudin Meranun
Lau Cho Kun
Ong Leong Huat
Lin Yun Ling
Liew Kee Sin
Lee Swee Eng
Ahmayuddin bin Ahmad
Hamdan Mohamad
Khoo Kay Peng
Kasi K L Palaniappan

Kesimpulan
Perkembangan sejarah moden memainkan peranan
penting dlm perkembangan masyarakat plural di
Malaysia.
Penjajahan Inggeris memberi impak besar dlm
membentuk ciri-ciri plural masyarakat di negara ini
berikutan penghijrahan etnik Cina & India secara
besar-besaran.
Meskipun terdiri drpd pelbagai etnik, masyarakat
negara ini mampu utk mewujudkan persefahaman &
keharmonian.