You are on page 1of 2

1.

0 SEMANTIK
Dalam aspek semantik yang telah dianalisis dalam wacana yang telah dipilih, didapati penulisan
wacana ini mempunyai aspek semantik yang baik dalam setiap ayatnya dan bahagian-bahagian
dalam wacana ini. Contohnya dalam dalam perenggan 8 dalam artikel ini,
Bagi gelombang ketiga, laporan awal itu memaklumkan, menjelang tahun 2021, semua
elemen Pakej Kerjaya Guru Baru diharap dapat dilaksanakan. Profesion itu akan berubah
apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada
pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran
berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan.
Petikan ini menujukkan penggunaan semantik yang tersusun dan membawa pengertian
dan saling menyokong antara ayat dengan ayat seterusnya. Ayat ini mempunyai kesepaduan
makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Ayat Bagi gelombang ketiga, laporan awal itu
memaklumkan, menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru Baru diharap dapat
dilaksanakan. dan ayat Profesion itu akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai
laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada pelan induk pembangunan
profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi,
bukannya tempoh perkhidmatan mempunyai pertautan ayat dan saling berkaitan. Perhubungan
semantik yang terdapat pada ayat tersebut ialah hubungan sebab dan kesan.
Contoh lain yang yang menunjukkan penggunaan semantik yang baik dalam artikel ini
dapat dilihat dari petikan dua perenggan iaitu perenggan 5 dan 6 yang dipetik dari artikel.
Selain itu, tambah laporan awal tersebut, bagi gelombang kedua (2016-2020) pula,
Pakej Kerjaya Guru Baru dibina atas kejayaan gelombang pertama dan akan menyediakan
perlaksanaan laluan kerjaya yang mantap dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung
kepada minat guru.
Kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi manakala
guru yang konsisten pada prestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula.

Petikan dua perenggan di atas menunjukkan kesepaduan dan dua perenggan yang
saling bertaut melalui hubungan sebab dan kesan.
Selain dua contoh analisis aspek semantik yang diberikan, terdapat beberapa lagi
hubungan semantik yang biasanya digunakan untuk menghasilkan penulisan wacana yang
baik. Antaranya ialah hubungan sebab dan akibat, hubungan sebab dan hasil, hubungan sebab
dan tujuan, hubungan syarat dan hasil, hubungan latar dan kesimpulan, hubungan
perbandingan, hubungan sampingan dan hubungan memperkuat isi.

2.0 FONOLOGI
Dari aspek fonologi, penulisan artikel ini menunjukkan penggunaan elemen-elemen
fonologi agar setiap maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca. Fonologi
berasal dari perkataan Yunani iaitu phone yang bermaksud bunyi atau suara. Selain itu,
fonologi merupakan salah satu bidang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa menurut
fungsinya Dalam wacana tulisan alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah(.), koma(,),
tanda seru(!), tanda soal(?), titik bertindih(:) dan sebagainya.
''Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme
teladan rakan setugas, iaitu guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi,
berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan nilai
kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.
Petikan di atas merupakan petikan yang diambil dari artikel iaitu perenggan 10.
Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi,
tinggi rendah tekanan suara dan nada suara, iaitu penggunaan noktah(.) atau koma(,) serta
pengikat kata ( ).