You are on page 1of 23

Biograf Tokoh Usahawan

D
ato
C
h
ef L
i
Mendapatkan
Suntikan Motivasi
24 Jam
3 Tip Panas
Soal Jawab
bersama Prof. Niaga
6 T
ip K
ekayaan
P
a
k
K
i
a
i
M
u
h
i
d
i
n
dikongsikan oleh
Bisnes Beli Dunia
Jual Akhirat
Tempat Untuk Menjualbeli Barangan
Krafangan Perhiasan
A
ssalamualaikum dan salam sejahtera, kepada para pembaca setia Komik Niaga. Pertama
sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana masih setia bersama Komik Niaga.
Jutaan terima kasih juga kepada barisan Tim Komik Niaga kerana tidak henti-henti, dan terus me-
nyokong usaha kami, bagi memandaikan bangsa.
Sedar tidak sedar, sudah cukup 1 tahun usia Komik Niaga. Kami dengan sepenuh hati, memanjat
kesyukuran kepada Allah s.wt kerana telah memudahkan urusan kami, ketika mengurus Komik
Niaga selama ini.
Edisi 5 kali ini, kami bawakan kepada seorang tokoh usahawan yang agak terkenal di Malaysia.
Kisah beliau di buku-buku terbitan beliau, pernah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia.
Beliau dikatakan seorang usahawan yang berani & lantang dalam mengupas isu masa depan per-
niagaan kaum Melayu di Malaysia.
Dahulunya, beliau pernah gagal ketika menjalankan bisnes burger. Namun, berkat kesabaran & ke-
tabahan menghadapi cabaran, termasuklah sanggup merantau ke Indonesia untuk mencari ilham
dari mentor, kini beliau digelar Jutawan Senyap.
Individu yang kami maksudkan ialah Dato Dr Rusly bin Abdullah, atau dikenali sebagai Chef
Li. Di Edisi 5 ini, kami akan bawakan kisah sebenar beliau bagaimana beliau memulakan bisnes
burger dahulu, sehinggalah digelar jutawan senyap.
Oleh itu, harapan kami adalah supaya para pembaca dapat mempelajari sesuatu di sebalik kisah
kehidupan beliau ini. Semoga kisah kehidupan beliau juga dapat menyemarakkan & menaikkan
semangat para pembaca untuk mengejar kejayaan dalam berbisnes. Banyak lagi perkongsian kami
hidangkan seperti sudut motivasi, sudut kewangan, dan kami harap ia memberi 1001 manafaat
kepada para pembaca semua
Salam kejayaan & selamat membaca!
Edisi 5 Komik Niaga
Aqif Azizan & Hasbul Aqill
www.KomikNiaga.com
Penerbit
Inovattic Solutions (Part Of Flarebiz Network)
Pihak Pengurusan Komik Niaga
Matbiz
Hasbul Ariff
Kartunis Ubi
Abang Is
Hasbul Aqill
Aqif Azizan
Krew Komik Niaga
Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Nurul Luvleey
Zamzami
Edy
S
o
a
l

J
a
w
a
b

b
e
r
s
a
m
a
P
r
o
f
.
N
i
a
g
a
1)
Kenapa Dato Chef
Li memilih bidang
masakan sebagai bidang
utama perniagaan?
2)
Apakah faktor utama yang menyebabkan berjaya bangkit semula selepas
kegagalan pada bisnes pertama yang diceburi?
3)
3 nasihat utama kepada para pembaca yang baru nak memulakan
perniagaan?
Sebab pertama adalah bisnes makanan adalah
satu bisnes yang senang dijual, kerana harga
boleh diubah mengikut kaedah dan keperluan.
Sebab kedua, adalah bisnes makanan boleh di-
jual selama 24 jam tanpa henti. Sebenarnya su-
dah banyak restoran yang beroperasi selama 24
jam, terutama sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Setiap saat ada sahaja masyarakat yang keluar untuk makan, tak mengira waktu.
Sebab ketiga, tidak timbul masalah untuk membina lokasi bagi bertujuan memulakan bis-
nes makanan. Asalkan tempat mmepunyai ramai orang, itulah tempat sesuai untuk mem-
bina restoran. Bahkan di lombong, boleh dibina restoran berkonsepkan restoran terapung.
Sebab terakhir, satu-satunya bisnes orang Melayu yang melibatkan kaum lain adalah bis-
nes makanan. Kaum lain seperti kaum Cina dan India tiada masalah untuk datang ber-
sarapan, makan malam di restoran kaum Melayu. Sedangkan, sekiranya kita memulakan
bisnes jahit, workshop, mereka boleh dikatakan kurang selesa untuk berkunjung di kedai-
kedai milik kaum Melayu.
Faktor utama adalah saya segera mencari mentor. Antara sebab bisnes kilang
burger saya gagal adalah disebabkan saya tidak mempunyai mentor. Saya
bergegas ke Indonesia semata-mata untuk mencari guru/mentor iaitu Pak Kiyai
Muhidin. Selepas mendapat nasihat Pak Kiyai, barulah saya sedar, bisnes burger
tidak serasi dengan jiwa saya.
Sebaliknya, bisnes berkongsepkan latihan dan kursus yang mempunyai kesera-
sian dalam jiwa saya. Sebab itulah saya menubuhkan kolej iaitu Kolej Kulinari
Anjung Utara dan sampai sekarang, saya tiada masalah untuk mengendalikan
pengurusan kolej ini disebabkan serasi dengan jiwa saya.
Nasihat pertama kepada para pembaca budiman sekalian adalah segeralah
mencari mentor. Secara tidak langsung, perjalanan dan pengurusan bisnes
anda menjadi teratur dan kemas disebabkan anda mempunyai panduan , dan
jalan yang diturunkan oleh mentor.
Nasihat kedua adalah, terus bertindak tanpa terlalu banyak membuat perse-
diaan. Akibat terlalu banyak membuat persediaaan, segala tindakan terpaksa
ditangguh akibat takut sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.
Nasihat ketiga adalah carilah sahabat yang relevan. Bagi saya, hanya 4 orang sahabat sejati sa-
haja iaitu mereka yang selalu berdampingan dengan guru/mentor. Sahabat juga memainkan
peranan untuk menasihati, mendorong untuk berbisnes mengikut aturan dan acuan yang
betul.
1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang
2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian wang secara beterusan
3. Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
4. Jangan berhutang dan jangan memberi hutang 5. Berdoa Bertakwa dan bertawakal
6. Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan
Setiap perkara yang dilaku-
kan dalam berbisnes mestilah
mendatangkan wang. Sebab
utama masyarakat kita masih
Tiada gunanya sekiranya kita berjaya dalam perniagaan, berjaya memperolehi keuntungan lu-
mayan dalam perniagaan, tetapi gagal untuk menyimpan. Jadi, untuk menjadi kaya raya, ber-
mula dengan menyimpan wang.
Menyimpan juga perlulah dalam kadar yang berterusan, tidak mengira jumlah pendapatan yang
kita perolehi setiap bulan. Sekiranya keuntungan adalah RM10,000 untuk bulan ini, maka meny-
impanlah sebahagiannya. Sekiranya keuntungannya adalah RM1,000 untuk bulan ini, maka meny-
impanlah sebahagiannya.
Dalam masa kita menerima wang, kita juga perlu memberi wang.
Menggunakan sebahagian wang untuk kegiatan kebajikan , tanda
kita menghargai rezeki yang Allah berikan. Contohnya, membayar
zakar, bersedekah kepada fakir miskin, bersedekah kepada orang
tua, beramal jariah dan lain-lain lagi.
Elakkan daripada berhutang dan memberi hutang
kepada orang lain. Berhutang ibaratkan kita
menyemarakkan lagi benih apa yang memakan
secara perlahan simpanan kita. Jangan mem-
beri hutang kepada orang lain, untuk mengelak-
kan daripada persengketaan dan penganiayaan
yang berpanjangan sekiranya si peminjam enggan
menyelesaikan hutang. Pemberian wang haruslah
dalam bentuk bersedekah, infaq mengikut kadar
yang kita mampu.
Berserah diri sepenuh
kepada Allah s.wt sete-
lah kita berusaha ber-
sungguh-sungguh. Sen-
tiasa dekati Allah s.w.t
dengan doa dan sela-
wat. Senantiasa berdoa
kepada Allah supaya
segala usaha, titik peluh
kita selama berbisnes ini
membawa berkat.
Sebahagian wang yang kita perolehi eloklah dilaburkan semula dalam perniagaan, supaya
sumber simpanan wang itu dapat dipelbagaikan. Cara ini sebagai persediaan sekiranya berlaku
sebarang masalah pada perniagaan utama kita. Dalam bidang perniagaan apa pun, pelaburan
perlu dilakukan bagi menjamin perniagaan dalam jangka masa yang panjang, sekaligus dapat
menyimpan wang secara berterusan.
belum kaya adalah kerana mem-
perkayakan orang lain. Setiap hari, kita diibaratkan
mengerah keringat semata-mata memperkayakan orang lain.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, caranya hanyalah satu, iaitu
berniaga. Dengan berniaga, ia berlaku sebaliknya. Orang lain pula berhempas pulas memper-
kayakan kita sendiri. Dengan itu, kita mampu untuk menyimpang wang dengan lebih banyak lagi.
Hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas,
sekejap lagi kita berada di bawah. Anonymous
Hidup ini ada turun naiknya. Tidak semua manusia mempunyai kuasa untuk terus kekal bertenaga.
Kerana tenaga mutlak adalah hak milik Tuhan. Kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha se-
habis baik, kemudian berserah untuk mendapatkan hasilnya.
Dalam dunia bisnes, ia tidak terkecuali. Kita akan alami situasi seperti roda, yakni situasi naik
dan turun. Ramai yang kecundang dan mengaku kalah, apabila mereka menghadapi situasi sukar
dalam bisnes. Persoalannya, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?
Semuanya ada dalam suntikan motivasi, dan ia boleh diamalkan dalam masa 24 jam.
Suntikan 1 Baca Buku Kejayaan Bisnes Orang Lain
Suntikan 2 Jumpa Rakan-rakan Bisnes
Suntikan 3 Berdoa
Christian Owens, seorang remaja jutawan yang berusia 16 tahun menjadi Steve
Jobs sebagai idolanya. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan idolanya itu me-
nerusi pelbagai bahan, antaranya adalah buku.
Sehingga kini, beliau berjaya mengikut jejak langkah CEO Apple itu dan menjadi
jutawan muda. Oleh itu, kita perlu cari dan baca buku-buku bisnes yang sudah
berjaya. Lebih baik jika ia ditulis oleh idola kita sendiri.
Berjumpa dengan rakan-rakan bisnes yang lain dapat membantu untuk meningkat-
kan momentum bisnes. Ia juga dapat memberikan idea-idea baru untuk penambah-
baikan bisnes, menerusi perkongsian daripada rakan-rakan kita.
Jadi, hubungi rakan-rakan bisnes hari ini dan tetapkan tarikh untuk berjumpa.
Bagi yang beragama Islam, doa itu adalah kuasa motivasi terunggul. Lu-
angkan masa kita untuk menunaikan ibadat, terutamanya di malam hari.
Banyakkan berdoa kepada Tuhan, agar perjalanan bisnes kita sentiasa
dipermudahkan.
Kuasa motivasi sebenarnya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang me-
milih untuk terus menyalahkan keadaan, atau mengubah keadaan. Jadilah
invididu yang sentiasa positif dan optimistik.
Oleh: Nik Wafdi
Bisnes Beli
Jual DUNIA
AKHIRAT
D
i suatu pagi, di kedai kopi yang
tak begitu ramai pelanggannya,
duduk dua orang lelaki berpakaian se-
gak di satu sudut kedai, bermuzakarah
berdua sambil menikmati dua cawan
kopi-o pekat yang masih berasap.
Aku beranggapan orang yang berkata bahawa
dia mahu meninggalkan dunia, ialah orang yang
gagal kerana mereka sudah putus asa dari ikhtiar
untuk memperoleh kejayaan dunia maka sebab itu
mereka berselindung di sebalik kenyataan mereka
kononnya dunia ini tidak ada nilainya. Jelas Najib
memberi pandangan peribadinya terhadap golon-
gan yang menumpukan usaha terhadap akhirat se-
hingga dianggapkan sebagai meninggalkan dunia.
Mungkin juga betul, tapi bukankan Nabi sallal-
lahualaihiwasallam pernah menunjukkan bangkai
binatang di tepi jalan kepada para sahabat Baginda
dan bertanya jika ada sesiapa yang mahu mengam-
bilnya dan Baginda kiaskan bangkai itu dengan
dunia? Dolah beri pandangan.
Aku bukan nak menolak hadis Nabi sallal-
lahualaihiwasallam tapi aku sekadar tak setuju
dengan mereka yang menolak dunia sewenang-
wenangnya kerana mengejar akhirat semata-mata.
Mustahil umat Islam dapat bangun semula jika
hanya beramal ibadat sedangkan orang kafr me-
monopoli semua sudut kehidupan dunia baik dari
sudut ekonomi hingga politik. Najib menyambung
hujjahnya.
Betul apa yang kau kata. Umat Islam perlu meli-
hat ibadat dalam sudut yang lebih luas. Kerja pun
ibadat juga. Membangunkan ekonomi pun jihad
juga. Malah politik pun sunnah Rasulullah sallal-
lahualaihiwasallam. Bukankah Baginda pemimpin
yang hebat suatu masa dahulu? Dolah seolah setuju
dengan Najib.
Aku taknak sentuh bab politik, terlalu sensitif.
Kata Najib cuba mengelak dari menyentuh bab
politik di kedai kopi. Baginya kalau mahu berpolitik
pergi saja ke Parlimen.
Tapi kau sendiri pun masuk politik, kenapa perlu
sensitif? Dolah mempersoal kenyataan Najib.
Dolah tahu Najib seorang ahli politik yang aktif.
Aku masuk politik kerana bisnes. Nak hidup.
Najib berterus terang, tiada apa yang perlu dia sem-
bunyikan.
Maksud kau, politik wang? tanya Dolah ringkas
sambil senyum sinis. Dolah bergurau.
Mulalah tu nak tuduh aku bukan-bukan Najib
nampak kurang selesa dengan soalan Dolah tadi.
Betul apakau buat bisnes kerana wangkau
berpolitik kerana bisneskesimpulannya ini ialah
politik kerana wang. Betul tak? Dolah merumus-
kan kenyataan Najib. Matematik moden tahun satu.
Siapa saja boleh faham.
Aduhbetul juga tu. Habis tu nak buat macam
mana? Dah sememangnya zaman sekarang haki-
katnya macam tu. Nak bisnes kena join politik. Dah
tu semuanya ditentukan oleh ahli politik. Najib
akui kepentingan politik dalam perniagaan.
Maafan aku bertanya tapi apa benar hidup kau un-
tuk bisnes dan kau buat bisnes untuk hidup? Dolah
cuba merumuskan lagi sekali.
Dah tu? Nama pun businessman. Aku bisnes untuk
hidup dan hidup aku untuk bisnes. Najib menje-
laskan rukun hidupnya yang ringkas. Bisnes adalah
nyawanya.
Ini bermakna ungkapan kau dalam doa ifitah sele-
pas takbiratulihram adalah palsu. Sekali lagi Dolah
memerangkap Najib dalam kenyataannya sendiri.
Hah? Kenapa pulak? Najib kurang mengerti. Apa
kaitan bisnes dengan doa ifitah?
Iyelah, dalam doa tu kau kata innassolati-wanusu-
ki-wamahyaya-wamamati-lillahirabbilalamin yang
bermakna sesungguhnya solatku-dan ibadatku-dan
hidupku-dan matiku-hanya kerana Allah Tuhan
sekalian alam terang Dolah.
Betul apa? Najib masih samar. Bacaannya tepat.
Dalam bahasa Arab serta pengertiannya dalam ba-
hasa Melayu.
Baru tadi kau kata hidup kau untuk bisnes dan
kau bisnes untuk hidup. Bermakna kau seolah-olah
menyatakan bahawa sesungguhnya solatku-dan
ibadahku-dan hidupku-dan matiku-hanya untuk bis-
nes dan bukan kerana Allahdan kau hanya perlu-
kan bisnes untuk hidup, kau tak perlukan Allah. Tak
gitu? Dolah menerangkan secara terperinci.
Astaghfrullahaladzhim... Najib ternganga sambil
beristighfar. Baru dia perasan betapa jauh dia telah
tersesat hanya kerana satu kenyataan yang ringkas.
Kau nampak kan apa yang aku maksudkan? Dolah
cuba memastikan yang Najib memahami apa yang
mahu dia sampaikan.
Nampak dah. Habis tu macam mana? Bukankah
Nabi sallallahualaihiwasallam juga yang bagitahu
sembilan dari sepuluh sumber rezeki itu dari bernia-
ga? Najib masih mencari hujjah yang dapat memb-
ela dirinya.
Ramai orang kata itu Nabi sallallahualaihiwasallam
yang kata tapi belum tentu dengan ramainya orang
berkata maka hadis tu hadis sahih. Wallahualam
Dolah bukan jahil orangnya, keluarganya dari ketu-
runan ahli agama.
Habis tu, apa yang perlu aku buat? Najib nampak
risau.
Buatlah apa yang kau biasa buat, berniagalah, tapi
jangan buat macam biasa. Dolah beri cadangan.
Buat apa yang aku biasa buat tapi jangan buat
macam biasa? Pening aku dengar ayat kau ni. Najib
keliru.
Maksud aku, berniagalah macam biasa tapi biasan-
ya kau tak nampak berniaga itu suatu ibadah, kau
hanya nampak tanda ringgit sahaja. Jadi janganlah
buat apa yang kau biasa buat iaitu berkiblatkan
wang ringgit, buatlah kerana Allah. Pesan Dolah
kepada temannya.
Maksud kau, apa yang aku buat selama ini dah
betul Cuma nak diperbetulkan hati aku ni aje, niat
aku, macam tu? tanya Najib mencari kepastian.
Betul lah tu. Bunyi macam senang bukan? Cuba
praktikkan, baru tahu senang ke susah. Dolah
membenarkan. Ajaran Islam itu mudah tapi jangan
mempermudahkan ajaran Islam.
Aku faham maksud kau. Bila kita berkiblatkan
wang ringgit semuanya macam yang biasa ahli per-
niagaan berjaya cakap everything is in dollar and
cents. Sama seperti kita menyembah wang ringgit,
semuanya nampak dari sudut kewangan dan keun-
tungan. Kalau aku nak berniaga kerana Allah, kiblat
aku tak boleh menghadap ke arah wang ringgit lagi
dah, aku perlu niatkan semua urusan aku kerana
Allah. Aku kena percaya rezeki, untung rugi, ber-
jaya gagal setiap tindakan aku dalam menjalankan
perniagaan adalah mengikut kehendak serta ke-
tentuan Allah, bukan kehendak pasaran, kehendak
pelanggan mahupun kehendak diri sendiri. Najib
dah dapat. Dia cepat faham.
Subhanallah. Nampaknya kau jelas tentang apa
yang aku cuba sampaikan. Kau ahli dalam berniaga,
dah tentu kau arif tentang alam perniagaan. Syuku-
rlah kau dikurniakan mata hati yang dapat melihat
jauh dalam sudut syariat Islam yang sebenar. Dolah
bersyukur kawannya tidak sejahil yang disangka-
kan.
Benar kata kau. Dunia ni hina macam Nabi sal-
lallahualaihissalam cakap. Aku yang sudah lama
bergelumang dalam dunia bisnes ni sudah lalu
bermacam-macam perkara keji yang dah jadi ma-
kanan harian manusia yang bangga menggelarkan
diri mereka ahli perniagaan berjaya. Rasuah diang-
gap hadiah, tipu helah ditukar nama menjadi teknik
berniaga, tindas menindas di panggil persaingan
dalam perniagaan, ambil risiko sampai tahap macam
berjudi, main bomoh, hentam orang sana-sini, se-
hinggakan sifat keji seperti tamak haloba disanjung
sebagai sikap mulia yang perlu ada bagi meraih ke-
jayaan serta kemajuan. Terus terang cakap, mungkin
hanya seorang dalam seribu yang berniaga kerana
Allah, selainnya semua kerana hawa nafsu, wang
ringgit, harta, kuasa, nama, title dan sebagainya.
Yang satu tu pun kalau tak kuat iman boleh hanyut
macam yang lain. Wallahualam. Najib membong-
karkan apa yang dilihatnya selama ini.
Entahlah. Mungkin sembilan persepuluh yang
dimaksudkan tentang berniaga itu ialah rezeki di du-
nia. Satu persepuluh lagi tak ada siapa atas dunia ini
mahu pandang. Dolah nampak kesal dengan sifat
umat manusia yang masih dijajah dan diperham-
bakan oleh hawa nafsu walau Nabi sallallahualaihi-
wasallam telah membebaskan mereka dengan
sempurnanya ajaran Islam seribu empat ratus tahun
dahulu.
Apa dia yang satu persepuluh tu? Najib ingin tahu.
Bahagian akhirat barangkali. Dolah beri pandan-
gan.
Mungkin juga. Ramai kita sibuk cari
dunia sampai lupa Tuhan, nak da-
pat buat ibadat satu persepuluh dari
jumlah usia kita kat dunia ni pun be-
lum tentu. Sambung Najib bersetuju
dengan apa yang Dolah fkirkan.
Kita jual akhirat untuk beli dunia. Bijak ke berniaga
macam tu? Dolah simpulkan perbualan mereka.
Hmmmtu la pasalsemua mengaku ahli per-
niagaan. Sudahnya barang kekal digadai buat beli
barang sementara. Apa nak jadi la kita ni. Najib
setuju benar.
Di satu sudut lain kedai kopi, seorang pelanggan
yang dari tadi memperhatikan sambil memasang
telinga atas apa yang diperbualkan menyapa orang
tua yang menghantarkan kopi kepadanya.
Wak, tumpang Tanya sikit. Dua orang yang kat meja
sana tu siapa ye? Dengar bersembangnya macam ahli
perniagaan berjaya aje. Jutawan ke? tanya pelanggan
itu cuba mendapatkan kepastian.
Ohdua orang tu? Hari-hari dua orang tu meny-
embang kat situ. Jutawan? Taklah. Sawan mungkin.
Hehehe orang tua itu berseloroh sambil meletak-
kan kopi yang dipesan.
Hah? pelanggan itu kehairanan.
Mereka berdua tu dulu memang usahawan berjaya
tapi lepas dua-dua jatuh berniaga, ini le jadinya.
Sekeru tak berapa nak ketat. Wak hari-hari jamu
diorang kopi sorang secawan. Dia orang berdua
bersembanglah sampai ke petang. Tak kacau orang.
Jelas orang tua pelayan kedai kopi itu sambil berlalu.
Tiada apa yang nak dihairankan.
tahu ini peluang keemasan.
Tempat Untuk Menjualbeli Barangan Kraftangan Perhiasan
Menjual barangan-barangan krafangan di internet adalah suatu perkara yang
tidak mustahil. Malahan , mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh pihak pe-
masaran Etsy.com , para penjual dan pembeli di laman jualan mereka bertambah
sebanyak 15% setiap tahun dan Etsy.com telah meluaskan jaringan perniagaan
mereka kepada lebih 150 negara.
Sekiranya anda amat gemari barangan krafangan ataupun pandai menghasilkan
barangan krafangan, kak Luvleey dedahkan 10 senarai laman jualan , yang boleh
mendatangkan pendapatan lumayan kepada pembuat krafangan serta tempat
membeli belah para penggemar krafangan.
Bonanza
Folksy Foodzy MadeItMyself
DaWanda
ArtFire.com
http://www.bonanza.com
http://www.folksy.com http://www.foodzy.com http://www.madeitmyself.com
http://en.dawanda.com
http://www.arfre.com
E-komik ini diberikan
PERCUMA!
Hak cipta terpelihara oleh KomikNiaga.com,
dilarang sama-sekali menerbit semula dalam
lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan
kebenaran bertulis dari pihak KomikNiaga.
Namun begitu anda dibenarkan, bahkan
digalakkan menyebar e-majalah ini untuk
tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan
sifatnya tanpa sebarang ubahan.
Inovattic Solution
(Part of Flarebiz)
www.KomikNiaga.com

You might also like