You are on page 1of 2

DOA-DOA UNTUK PEPERIKSAAN

Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu
sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:


Maksudnya: Dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi
mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah
kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

2. Ketika menerima kertas soalan:

.
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan
lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

3. Ketika sukar menjawab:

.
Maksudnya: Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu
aku bermohon pertolongan.

4. Atau:

.
Maksudnya: Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan
padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau
kehendaki.

5. Jika terlupa jawapan:

.
Maksudnya: Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku


DOA Untuk Menghadapi Peperiksaan

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa..
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah
permudahkanlah kami di dalam urusan kami dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu.
Tenangkanlah hati kami untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa kami untuk mengharungi ujian-Mu
dan berkatilah kami dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..