You are on page 1of 3

Untuk renungan kita bersama.....!!

(saya ambil dari satu forum masyarakat


Malaysia)!!!

Memang sukar utk org lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang
pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua....

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya dilahirkan sebagai seorang anak lelaki
dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin
dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya
menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering memberikan bahagian nasinya utk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk
saya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar, ibu yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi
memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu
dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang
memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya
memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang
menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu
kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan
membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan saya, abang
dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat
ibu sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya
lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu
belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya
pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik
panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering
kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus
ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
      Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera
menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang
jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan
saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan,
ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja
mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak
kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin
susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang
baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu ibu. Anehnya, ibu menolak
bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki
yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang
memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak
perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan
abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah
dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi pasar
setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan
abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata: "Jangan susah-susah, ibu
ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di


luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat
yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak
lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar
negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu
habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah,
ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang
penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu
yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu
menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit
yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu
telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap
wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula
pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam
keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak,
ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya
untuk kali terakhir kali....
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan
berkata: "IBU, SAYA SAYANGKAN IBU." Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu
rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN
IBU...

Renungkanlah.....!!

You might also like