You are on page 1of 11

1.

0 PERANAN GURU BESAR













Peranan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin, Melaka telah dikaji.
Peranan guru besar di sekolah tersebut merupakan sebagai seorang ketua di sekolah.
Tidak dapat dinafikan tugas seorang guru besar adalah berat dan bukannya mudah
untuk dipikul. Antara tugas guru besar adalah menjadi pemimpin sekolah, memastikan
peningkatan prestasi sekolah, memastikan komunikasi antara semua warga sekolah,
dan melakukan lain-lain tugas yang membabitkan sekolah.
Antara langkah yang sering kali diamalkan oleh guru besar dalam menjadi seorang
pemimpin yang menguruskan sekolah adalah dengan membuat keputusan secara
kolektif. Guru besar akan memastikan setiap keputusan dibuat mengikut keputusan
majoriti. Guru besar juga akan mengadakan taklimat jika ada perkara penting yang ingin
disampaikan. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan ikatan antara staf-staf
sekolah.
EN.JEYARAMAN A/L SINNASAMY
Bagi pelaksanaan kurikulum pula, guru besar akan memastikan murid-murid mesti
mengusai 4M, iaitu membaca, menulis menakul dan mengira sebelum mereka tamat
persekolahan rendah. Selain itu, beliau juga akan sentiasa memantau peningkatan
peperiksaan peringkatan awam mahupun peringkat sekolah. Bagi pelaksanaan
kokurikulum pula, guru besar akan memastikan setiap murid dan guru akan melibatkan
diri dalam aktiviti yang dijalankan pada setiap hari Rabu.

















2.0 PERANAN GURU PENOLONG KANAN
2.1 GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN










Peranan guru-guru penolong kanan pentadbiran juga diambil dari Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jasin.Bagi Penolong KananPentadbiran, peranan beliau
sebagaimana yang diketahui umum adalah umpama seorang penolong guru besar.
Pemegang jawatan ini merupakan individu yang akan membantu guru besar dalam
melaksanakan tanggungjawabnya terutamanya dalam aspek kurikulum sekolah.
Secara lebih terperinci tugas PK 1 adalah menguruskan hal ehwal sekolah jika
ketiadaan guru besar, menguruskan hal guru ganti jika seorang guru tidak hadir,
menyediakan jadual waktu guru dan kelas, memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar, mengetuai mesyuarat panitia dan lain-lain
lagi. Dalam menguruskan sekolah, PK 1 tersebut mengamalkan cara yang berbudi
bicara.
PN.KRISHNAVENI A/P GOPALASAMY
Menurut PK 1 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin, beliau ingin menjadi
seorang pihak pentadbir yang dihormati bukan ditakuti. Beliau akan meminta bantuan
daripada guru-guru khususnya mengikut kesesuaian masa dan keselesaan guru
tersebut. Beliau juga tidak mengamalkan cara paksaan. Jika para guru merasa selesa
dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, maka mereka boleh
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Namun, PK 1 tetap tegas dalam
melaksanakan amanah yang telah diberi. Dalam ketegasan tersebut masih terdapat
perasaan tolak ansur yang beliau amalkan dalam memikul tugas sebagai seorang Guru
Penolong Kanan Pentadbiran ini.















2.2 GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK HEM)











Bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula, peranan beliau ialah merancang
dan menyelaras program dan aktiviti yang berkaitan dengan sahsiah, displin, kebajikan
dan keselamatan murid. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab dalam memastikan
murid-murid sentiasa berdisiplin serta persekitaran sekolah menjadi kawasan yang
sesuai untuk penyebaran ilmu pengetahuan.
PK HEM juga merupakan seorang yang tegas dalam menjalankan tugas beliau.
Beliau akan mengambil tindakan yang tegas terhadap murid-murid yang melanggar
disiplin sekolah. Selain tu beliau juga akan memastikan agar guru-guru terlibat dalam
disiplin murid-murid. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga
mendidik murid-murid menjadi insan yang berdisiplin.
PK HEM akan sentiasa memantau hal berkaitan murid-murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jasin ini dari semasa ke semasa. Kebajikan murid-murid merupakan
pn.vijaya a/p thaathan
aspek paling penting yang perlu dipantau oleh beliau. Apabila disoal mengenai nilai-nilai
JERI yang diterapkan di kalangan murid, PK HEM mengakui bahawa sahsiah segelintir
murid masih berada pada tahap yang kurang baik dan tidak sepenuhnya mencapai
matlamat JERI.


















2.3 GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PK KOKO)











Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah bertumpu kepada aktiviti-
aktiviti kokurikulum khasnya. Selaku guru yang dipertanggungjawab dalam hal
berkaitan kokurikulum, PK KO haruslah memastikan aktiviti kokurikulum sekolah
berjalan dengan baik dan lancar. Tugas beliau juga adalah untuk merangka hal-hal
berkaitan dengan kokurikulum sekolah.
Beliau juga menerangkan bahawa bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta Unit Beruniform. Bagi
sekolah ini juga, aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu, iaitu
selama 2 jam, bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Selain itu sekolah
juga amat mengalakkan murid-murid serta guru-guru memakai pakaian Unit Beruniform
masing-masing pada hari Rabu. Hal ini dapat meningkatkan lagi nilai displin dikalangan
warga sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin ini. Menurut beliau juga,
peglibatan warga sekolah terutamanya guru dan murid-murid amat memuaskan.
pn.manimala a/p palasamy
2.4 GURU PANITIA BAHASA MELAYU












Peranan Guru Panitia telah diselidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Jasin.Guru Panitia Bahasa Melayu telah dipilih untuk sesi temubual. Menurut Puan
Parvathy, terdapat 16 orang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di sekolah tersebut
dan jumlah tersebut dalam kategori mencukupi untuk sekolah tersebut.
Peranan beliau adalah dalam menguruskan mesyuarat dan taklimat mengenai
mata pelajaran Matematik kepada para guru Bahasa Melayu. Selain itu terdapat
pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut sepanjang tahun. Sebagai
contoh, Kem Bahasa Melayu, Kelas Celik Minda, Kelas Bimbingan dan Gerak Gempur
bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

pn.parvathy a/p maniam
Kelas bimbingan dan teknik menjawab soalan juga akan diberikan kepada
pelajar-pelajar yang lemah dan usaha ini akan membantu untuk menunjukkan
peningkatan dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah tersebut, yang mana akan
menjelma dalam masa yang amat singkat.


















2.5 Guru Mata Pelajaran












Bagi guru pula sudah tentunya peranan beliau adalah mengajar dan memastikan
murid faham dengan perkara yang telah diajar dan mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Dalam satu sesi temubual bersama guru mata pelajaran
Bahasa Melayu, Pn.Parvathy, beliau menyatakan bahawa adalah sukar untuk mengajar
subjek yang bukannya major atau elektif bagi seseorang guru itu semasa masih
menuntut di IPG. Akan tetapi, telah termaktub bahawa tugas guru adalah bersiap sedia
menghadapi sebarang cabaran dan perlu mengajar setiap mata pelajaran yang
diberikan dengan menggunakan pendekatan guru itu sendiri agar murid dapat
memahami apa yang diajar. Guru juga perlu mengelakkan daripada menggunakan
pengajaran sehala dan lebih menumpukan kepada pengajaran secara dua hala yang
melibatkan murid dalam proses P&P. Antara langkah yang boleh digunakan ialah
membentuk kumpulan-kumpulan kecil antara pelajar bagi memudahkan lagi proses
pn.noor hasimah binti ali
pengajaran. Di samping itu, guru perlu mencampurkan murid dalam satu kumpulan
supaya tidak tertumpu kepada murid pintar sahaja. Keberkesanan dalam pengajaran
guru pula dapat dilihat dalam keputusan ujian dan peperiksaan.

You might also like