Soalan: Galurkan tahap-tahap perluasan kuasa British ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara dari tahun 1897

-1909

Jawapan cadangan:

Inggeris telah mempergiatkan usaha-usaha campur tangan di NegeriNegeri Melayu (NNMU) kerana bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat asing terhadap NNMU. Beberapa perjanjian telah ditandatangani antara British dengan Siam bagi mengukuhkan pengar uhnya di NNMU. Di antara perjanjian yang ditandatangani ialah Perjanjian Sulit Inggeris -Siam 1897, Perjanjian Burney dan sebagainya. Perjanjian Burney yang ditandatangani pada tahun 1826 telah menjadi perintis kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Utara. Pada masa yang sama, perjanjian tersebut telah berjaya menyekat kekuasaan dan pengaruh Siam daripada meluas ke negeri -negeri Melayu yang lain khususnya negeri Perak dan Selangor. Secara umumnya, kejayaan Inggeris meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Negeri-Negeri Melayu Utara adalah melalui beberapa perjanjian yang ditandatangani selepas tahun 1826. Antaranya ialah Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897, Perjanjian Sempadan 1899, Pengistirahan Inggeris-Siam 1902, dan Perjanjian Bangko k 1909. Sebelum perjanjian ini ditandatangani, Inggeris terlebih dahulu menandatangani Pengistiharan Inggeris -Perancis pada 15 Januari 1896. Melalui pengistiharan ini, kedua-dua kuasa iaitu Inggeris dan Perancis masiang -masing telah bersetuju mengekalkan kemerdekaan Menam Chao Phraya. Oleh itu, secara tidak langsung Inggeris berjaya menyekat perluasan pengaruh Perancis ke Siam serta dapat mengekalkan Siam sebagai negara penampan untuk mengelakkan pertembungan kuasa antara Inggeris di India dan Myanmar ser ta Perancis di Indochina. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam yang ditandatangani pada 6 April 1897 merupakan satu usaha yang lebih berkesan bagi Inggeris untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara yang ketika itu berada di bawah naungan Siam. Perjanjian sulit ini ditandatangani ekoran terdapatnya perkhabaran yang menyatakan bahawa kuasa Perancis sedang merancang untuk membina Terusan di Segenting Kra bagi memudahkan laluan perjalanan dan

perdagangan dari Indochina ke Eropah. Walau bagaimanapun, Ing geris berpendapat pembinaan terusan ini akan menjadi penghalang dan pemisah hubungan baik Inggeris dengan Siam. Ia akan mengancam perdagangan serta kedudukan Singapura sebagai pelabuhan bebas. Jika hal ini berlaku, kepentingan ekonomi dan politik Inggeris di Asia Tenggara khususnya di pelabuhan Singapura akan tergugat. Lebih penting lagi, perjanjian sulit ini juga ditandatangani sebagai satu tindakan untuk mengelakkan perluasan pengaruh Perancis di Siam dan Negeri-Negeri Melayu Utara. Bagi mengelakkan semua perkara ini berlaku, maka Inggeris terlebih dahulu bertindak berunding dan menandatangani Perjanjian Sulit Inggeris -Siam pada tahun 1897. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah Inggeris mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas Negeri -Negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Di samping itu, Siam juga bersetuju tidk akan menyerahkan mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11°utara kepada mana-mana kuasa lain tanpa terlebih dahulu berunding dengan pihak Inggeris. Siam juga berjanji tidak akan memberi sebarang konsesi perdagangan kepada mana -mana kuasa asing tanpa persetujuan Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan membantu Siam sekiranya negara itu diserang oleh mana-mana kuasa. Perjanjian sulit ini merupakan satu usaha yang membuktikan wujudnya permulaan satu dasar yang aktif terhadap perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris ke atas Negeri -Negeri Melayu Utara. Hal yang demikian, nenandakan bahawa selain Siam, Inggeris juga turut berpengaruh bagi menentukan dasar politik dan ekonomi di Negeri -Negeri Melayu Utara. Pada tahun 1899, Inggeris dan Siam telah menandatangani satu lagi perjanjian secara sulit. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Sempadan Inggeris Siam. Tujuan utama perjanjian ini ialah Inggeris mahu mengukuhkan syarat syarat Perjanjian Sulit 1897. Isi utama Perjanjian Sempadan 1899 adalah untuk menetapkan sempadan bagi Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Kedah. Persempadanan semula negeri-negeri tersebut tidak diberitahu kepada sultansultan negeri berkanaan. Perjanjian ini penting untuk menentukan kawasan British boleh campur tangan pada masa hadapan. Melalui perjanjian ini juga, Inggeris dan Siam telah mengakui Reman adalah wilayah Siam. Sementara Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu adalah jajahan takluk Siam. Perjanjian ini telah menyelesaikan masalah sempadan antara Perak (Inggeris) dan Remen (Siam). Perjanjian Sulit 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 ditandatangani oleh British dan Siam secara sulit tanpa dik etahui oleh sultan di Negeri-Negeri

Melayu Utara. Ini menyebabkan sultan di setiap negeri memerintah dengan bebas. Buktinya, Sultan Kelantan telah memajakkan satu kawasan tanah kepada Robert William Duff untuk dimajukan tanpa pengetahuan dan kebenaran Saim. Tindakan dibantah oleh Siam. Duff mengugat akan meminta bantuan kuasa-kuasa Barat lain sekiranya Inggeris enggan menyelesaikan masalah tersebut. Tindakan Duff membimbangkan Inggeris. Frank Swettenham selaku Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya Siam melantik seorang pegawai British di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu. Sekiranya Siam menolak cadangan itu, Inggeris men gugat mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Kelantan dan Terengganu. Desakan ini menyebabkan Siam bersetuju menandatangani perjanjian pada tahun 1902. Pengisytiharan Inggeris-Siam yang ditandatangani pada 6 Oktober 1902 pula merupakan lanjutan proses perluasan kuasa Inggeris ke atas NegeriNegeri Melayu Utara. Pengisytiharan ini ditandatangani ekoran wujudnya kebimbangan pihak Inggeris terhadap kemungkinan campur tangan kuasa kuasa asing lain ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara. Pada tahun 1901, Ingger is mendapat tahu kuasa Jerman menunjukkan minat untuk membantu Patani dan Kelantan membebaskan diri daripada kekuasaan Siam. Inggeris juga tidak yakin dengan ketegasan Siam memandangkan Jerman sedang giat berusaha mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia pula in gin mendapatkan pangkalan arang batu di Telok Siam dan juga Ujung Salang. Sementara Amerika Syarikat pula cuba mendapatkan konsesi tanah perlombongan di Terengganu. Walaupun Perjanjian Sulit 1897 telah ditandatangani antara Siam dan Inggeris , namun pihak Inggeris masih berasa bimbang, kemungkinan Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada tekanan dan pencerobohan kuasa asing. Keadaan ini berlaku kerana walaupun negeri -negeri Melayu berkenaan diakui di bawah kawalan Siam, akan tetapi sultan di ne geri-negeri tersebut tidak mengiktiraf penguasaan Siam ke atas negeri mereka. Tambahan pula, pemerintah di negeri-negeri tersebut tidak mengetahui tentang Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897. Di samping itu, pengisytiharan ini juga ditandatangan i ekoran isu tuntutan R.W. Duff iaitu seorang saudagar Inggeris di Kelantan. Pada tahun 1900, Sultan Kelantan telah memajakkan tanah seluas 7770 km kepada R.W. Duff tanpa izin pemerintah Siam. Sebagai balasan, Sultan Kelantan telah menerima sejumlah wang tunai dan unit saham dalam syarikat Pembangunan Duff. Namun tindakan Duff mendapat tentangan daripada Siam. Oleh itu, Duff meminta bantuan Inggeris bagi menentang bantahan Siam dan mengugut untuk mendapatkan bantuan Perancis dan Jerman sekiranya Inggeris en ggan

menbantu hak pajakkannya di Kelantan. Demi kepentingan ekonomi, Inggeris terpaksa menyokong permintaan Duff dan mendesak Siam supaya mengesahkan permintaan itu. Pengisytiharan ini juga ditandatangani berikutan tindakan kuasa Siam mengukuhan kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara sehingga membawa kepada tercetusnya rusuhan dari Patani dan Kelantan yang anti -Siam. Pada tahun 1902, Raja Abdul Kadir dari Patani telah dipenjarakan oleh Siam menyebabkan Sultan Mahmud IV dari Kelantan bimbangkan kedu dukan baginda dan terus meminta bantuan Inggeris untuk menentang ancaman Siam. Baginda akan mendapatkan bantuan daripada kuasa Eropah lain sekiranya Inggeris enggan membantu. Oleh itu, Inggeris memberi jaminan akan membantu Sultan Mahmud IV dan menasihati baginda agar tidak mendapatkan bantuan dari kuasa Eropah lain. Sementara itu, Frank Swettenham iaitu Gabenor Negeri -Negeri Selat telah berjanji mempengaruhi kerajaan Britain untuk mengubah dasarnya terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara. Menurut Swettenham, Siam tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan masalah Negeri -Negeri Melayu Utara dan kemungkinan besar mendapatkan bantuan kuasa Eropah lain. Oleh itu, Inggeris perlu melindungi negeri tersebut agar tidak jatuh ke tangan kuasa Eropah lain. Lanjutan itu, Frank Swettanham memberikan kata dua kepada Siam iaitu sekiranya Siam eggan berunding dengannya, Inggeris akan mengiktiraf negeri Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas. Ugutan tersebut telah membawa kepada persetujuan Siam dan akhir nya perjanjian ditandatangani pada 6 Oktober 1902 dikenali sebagai pengisytiharan Inggeris-Siam. Syarat-syarat Pengisytiharan Inggeris-Siam 1902 ialah Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri tersebut mesti mengikut nasihat penasihat British dalam semua perkara kecuali meng enai adat istiadat dan agama Islam. Siam juga akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu. Siam berhak menerima 10 peratus daripada pendapatan Negri -Negeri Melayu Utara yang melebihi SP$100 000. Kelantan dan Terengganu tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam. Selepas Pengisytiharan Inggeris Siam 1902, pengaruh Inggeris semakin kukuh di Kelantan dan Terengganu. Bagi memantapkan lagi penguasaan Inggeris di Negeri -Negeri Melayu Utara secara mutlak, satu lagi perjanjian ditandatangani antara Inggeris dan Siam pada 9 Julai 1909 yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok. Perjanjian ini

telah membawa kepada penguasaan sepenuhnya kuasa Inggeris di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu melalui pembentukkan Sistem Penasihat Inggeris. Antara sebab perjanjian ini ditandatangani ialah terdapatnya Pakatan Inggeris-Perancis 1904 yang secara tidak langsung menamatkan ancaman kuasa Perancis di Siam dan dasar kemarahan kuasa Perancis di negeri -negeri Melayu. Pakatan ini juga sekali gus meletakkan harapan Inggeris bahawa campur tangan mereka di Negeri-Negeri Melayu Utara tidak akan menjejaskan kepentingan mereka di Siam. Selain itu, Inggeris juga bimbang kemungkinan berlakunya campur tangan kuasa Eropah lain seperti Jerman, Rusia, dan Amerika Syarikatyang sememangnya menunjukkan minat ke atas Asia Tenggara. Inggeris tidak mahu persaingan ini berterusan kerana Inggeris menganggap Negeri -Negeri Melayu Utara sebagai miliknya kerana mereka telah lama bertapak di Tanah Melayu. Tambahan pula, Inggeris percaya negeri -negeri berkenaan mempunyai bekalan bahan mentah untuk kepentingan perdagangan dan pelaburan mereka. Pada tahun 1906, Siam bercadang membina jalan kereta api yang menghubungkan Bangkok dengan Kedah atas bantuan modal dan buruh Jerman di Kedah. Di samping itu, pihak Siam juga sedang berusaha untuk mendapatkan pembatalan hak-hak wilayah asingan yang telah diberikan kepada Inggeris di Siam dalam Perjanjian Bowring 1855. Justeru, Inggeris berpendapat bah awa penyerahan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada pihaknya akan memberi peluang kepada Inggeris melepaskan hak -hak wilayah asingannya di Siam dan lebih mudah. Siam juga menghadapi masalah kewangan di Negeri -Negeri Melayu Utara khususnya Kedah yangterlibat dengan satu masalah kewangan yang teruk akibat istiadat perkahwinan diraja yang membazir. Siam terpaksa memSP$2 juta untuk mengatasi sikap boros pemerintahnya. Tindakan tersebut menjadikan Siam menghadapi krisis kewangan yang teruk. Justeru, Sia m berhasrat menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada Inggeris dengan syarat Inggeris bersetuju memansuhkan hak -hak wilayah asingannyadi Siam. Rundingan telah diadakan di Bangkok antara wakil -wakil kerajaan Inggeris dan Siam. Akhirnya perset ujuan dicapai pada 9 Julai 1909 antara Inggeris dan Siam yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok. Antara syarat syaratnya ialah Siam bersetuju menyerahkan Negeri -Negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada pihak Inggeris. Semu a hutang negeri-negeri berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Inggeris.

Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu memberikan pinjaman wang kepada Siam berjumlah SP$4 juta untuk membina jalan kereta api yang menghubungkan Bangkok dengan sempadan Tanah M elayu. Inggeris juga tidak akan campur tangan dalam urusan wilayah-wilayah lain di bawah kekuasaan Siam dan menyerahkan hak-hak asingannya di Siam. Secara keseluruhannya, Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara pihak Inggeris d an Siam dari tahun 1897 hingga 1909 membolehkan Inggeris memantapkan kuasa mereka di Tanah Melayu khususnya di Negeri-Negeri Melayu Utara. Dengan itu, terbentuklah Sistem Penasihat Inggeris apabila keempat -empat buah negeri itu bersetuju menerima penasihat Inggeris. Penguasaan ini juga turut melengkapkan perluasan kuasa Inggeris ke atas Tanah Melayu. Secara tidak langsung, perjanjian yang ditandatangani juga turut memberi jaminan bahawa Inggeris dapat memonopoli perdagangan di Tanah Melayu. Bagi Siam pula, Perjanjian Bangkor telah dapat menyelamatkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful