You are on page 1of 3

LAPORAN AJK LDK BIG FASA 4

Pada 29 MEI ( Khamis ) seperti yang ditetapkan alhamdulillah Program


Sayangai Kawasan Sekolah anda yang mewajibkan kami PPG semester 5 untuk
membuat BIG fasa 4 berjaya dilaksanakan di SK Taman Kenari Kulim. Kami memilih
untuk memurnikan Taman Herba dan Taman Sains.
Slot LDK dilaksakan pada jam 2.00 petang selepas selesai solat Zohor. Slot ini
diketuai oleh En Fauzi dan dibantu oleh En Sabri, Pn Nor Azilawati dan Pn Azlina.
Murid telah diberikan taklimat terlebih dahulu tentang nama nama herba yang
terdapat di dalam taman herba yang baru dimurnikan itu. Selain daripada itu murid
murid telah diberi satu tugasan untuk dilaksanakan secara individu. Di mana murid
diberikan satu nama herba dan mereka hendaklah mencari maklumat dan
menyatakan fungsi herba tersebut. Selepas selesai mereka yang terpilih akan
membuat pembentangan.
Slot ini menekankan supaya murid membuat kajian lapangan dengan
menggunakan teknik bersoal jawab. Murid dibekalkan dengan sehelai kertas untuk
membuat catatan. Setelah selesai, semua murid di bawa ke taman herba untuk
membuat pembentangan kepada rakan rakan. Tiga orang murid telah terpilih
untuk membuat pembentangan terhadap pokok herba yang mereka dapat iaitu
misai kucing, daun kesom dan pokok pegaga .
Kekuatan yang ada semasa slot ini adalah murid dapat mengaplikasikan
taman herba yang telah mereka murnikan tadi, serta mengetahui ciri- ciri tumbuhan
tersebut dari segi jenis akar dan urat daun. Selain daripada itu, mereka mengetahui
khasiat ulam- ulaman dan herba yang terdapat di Malaysia.
Secara keseluruhannya, semua murid memberi kerjasama yang baik dan
rakan rakan yang lain yang turut membantu . Jutaan terima kasih daripada kami
selaku AJK LDK kerana menjayakan program ini dengan jayanya.
Akhir sekali terima kasih ..





















Disediakan oleh:

Pn Nor Azilawati bt Zabidi
Pn Azlina bt Zabidi
En Fauzi b Hj Harun
En Sabri b Zainol

You might also like