You are on page 1of 44

BUKU PANDUAN

KOKURIKULUM

2009/2010











Pusat Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris






























ISI KANDUNGAN

Aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 1
Sekapur Sirih Pengarah 2
Carta Organisasi 3
Latar Belakang, Visi, Misi dan Matlamat 4
Daftar Kursus 5-6
Prosedur Mengadakan Aktiviti Kokurikulum 7
Prosedur Pengecualian Kuliah 8
Carta Alir Minggu Tambah Gugur Kursus 9-10
Sinopsis Kursus
UKT1301 Pengurusan Kokurikulum (wajib) 11
UKS1051 Olahraga (wajib) 11
Badan Beruniform
UKK1021/2021/3021 Pertahanan Awam 11
UKK1031/2031/3031/4031/5031/6031 PALAPES 12
UKK1041/2041 Kelana Siswa 12
UKK1051/2051/3051/4051/5051/6051 SUKSIS 12
UKK1061/2061/3061 Bulan Sabit Merah Malaysia 12
UKK1071/2071 Pandu Puteri Siswi 13
UKK1081/2081 Briged Bomba dan Penyelamat 13
UKK1091/2091 Silat Serimau Hitam 14
UKK1111/2111 Puteri Islam 14
UKK1201/2201 Silat Seni Gayong 14
UKK1211/2211 Taekwon-do 15
UKK1241/2241 Silat Cekak 15
Sukan
UKS1011 Bola Baling 15
UKS1021 Bola Jaring 15
UKS1031 Bola Sepak 16
UKS1041 Hoki 16
UKS1061 Ragbi 16
UKS1071 Bola Lisut 16
UKS1081 Bola Tampar 17
UKS1091 Ping Pong 17
UKS1111 Tenis 17
UKS1121 Badminton 17
UKS1131 Memanah 18

UKS1141 Golf 18
UKS1151 Senamrobik 18
UKS1171 Kembara Alam 18
UKS1191 Futsal 19
UKS1251 Bola Keranjang 19
UKS1101 Sepak Takraw 19
UKS1261 Kecergasan & Kesejahteraan Hidup 19
Seni dan Kebudayaan
UKP1021 Seni Tari I 20
UKP1031 Seni Tari II 20
UKP1041 Seni Rupa 20
UKP1051 Teater dan Drama 21
UKP1101 Koir 21
UKP1111 Muzik Tradisional I 21
UKP1121 Muzik Tradisional II 21
UKP1131 Muzik Moden / Kont. 22
UKP1011 ASASMU 22
UKP1061 Tulisan Jawi 22
UKP1071 Kewartawanan 23
UKP1081 Debat Bahasa Melayu 23
UKP1091 Debat Bahasa Inggeris 23
UKP1161 Multimedia 24
UKP1181 Penerbitan Elektronik 24
UKP1191 Reka Cipta 24
UKP1141 Tajwid 24
UKP1151 Tarannum 25
UKP1201 Pembimbing Rakan Sebaya 25
UKP1221 Koperasi 25
UKP1231 Fotografi Digital 26
Format Kertas Kerja 27-31
Borang borang 31
Peminjaman Peralatan 32
Permohonan Tempat dan Bilik Kuliah 32
Pengangkutan 32
Pengecualian Kuliah 32
Format Laporan 33-35
Lampiran 36-39
Peta Lokasi 40

Kata- kata Aluan
Timbalan Naib Canselor ( A&A )


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Para Pelajar yang dikasihi sekalian,

Kursus Kokurikulum Berkredit merupakan satu kursus wajib bagi setiap
pelajar. Diharap dengan terhasilnya Buku Panduan Pusat Kokurikulum
2009/2010 ini dapat membantu saudara-saudari membuat pilihan tepat
kursus yang diminati untuk memudahkan pendaftaran sepanjang
pengajian anda di UPSI. Di antara tujuan utama kursus kokurikulum ialah
untuk memberi pengkayaan dan ilmu tambahan sebagai nilai tambah
kepada seseorang mahasiswa di universiti, disamping membina Kemahiran
Insaniah ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berfikiran matang.
Melalui penglibatan dalam kursus-kursus kokurikulum yang
ditawarkan, diharap saudara-saudari dapat meningkatkan minat dan bakat
yang ada ke tahap yang lebih tinggi. UPSI amat menggalakkan pelajar-
pelajarnya sentiasa aktif dan bersifat terbuka, bersemangat sukarelawan
dan berpasukan. Pihak Universiti juga mengalu-alukan cadangan-cadangan
anda demi mempertingkatkan perkhidmatan dan penawaran kursus
kokurikulum oleh Pusat Kokurikulum UPSI.
Saya berharap agar semua pelajar akan memanfaatkan segala peluang
dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum dengan sebaik-
baiknya untuk memantapkan sahsiah diri masing-masing.

Sekian dan Selamat Maju Jaya.



PROF. DR. ZAKARIA BIN KASA
Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
1

Sekapur Sirih
Pengarah Pusat Kokurikulum


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Buku Panduan Pusat
Kokurikulum 2009/2010 berjaya diterbitkan. Setinggi-tinggi syabas di atas
usaha dan kegigihan warga kerja di pusat ini sehingga berjaya menerbitkan
satu buku panduan yang berguna untuk rujukan pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Buku panduan ini adalah untuk memudahkan para pelajar membuat
pilihan terhadap kursus-kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan
oleh Universiti. Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti
terancang dan berstruktur di dalam bidang akademik yang disertai oleh
semua pelajar sebagai sebahagian daripada kursus universiti bagi
melengkapkan Program Pengajian Sarjana Muda bagi memenuhi syarat
bergraduat.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum merupakan agen penerapan
Kemahiran Insaniah. Pelajar akan didedahkan dalam aspek kepimpinan,
pengurusan organisasi, pembentukan sahsiah diri, serta kemahiran
berkomunikasi dan membuat keputusan. Selaras dengan matlamat
Universiti, kegiatan kokurikulum mampu mengimbangi antara
kecemerlangan bidang akademik dengan bukan akademik.
Akhir kata, saya menyeru para mahasiswa untuk merebut peluang
yang disediakan di universiti ini bagi melengkapkan diri sebagai pemimpin
yang bukan sahaja hebat dalam akademik malah kaya dengan kemahiran
insaniah yang diperlukan oleh majikan pada masa ini.

Sekian, wassalam.


PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN
Pengarah
Pusat Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2
CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM

TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
PROF DR. ZAKARIA BIN KASA
PENGARAH
MOHD SYAHDAN BIN
MOHAMAD SALEH
MOHAMAD RAHIB BIN MD SAMAN
MOHD HANIF BIN MOHAMAD
PROF MADYA. HJ . IBERAHIM BIN HASSAN
DR. GOH HOCK SENG DR. SABRI BIN MOHD SALLEH

PROF MADYA. MOHD RAMLI
BIN BUYONG KAHAR
MUHAMMAD HAFFIZ BIN
SHAFFIEE
SITI YUSRINA BINTI
TERMIZI
MOHD FADLI BIN
MAHAYUDI
PENYELARAS SENI DAN
KEBUDAYAAN
PENYELARAS SUKAN PENOLONG PENDAFTAR N 41
KHAIRUL AZHAR BIN ALI
OSMAN
PEMBANTU BELIA SUKAN
KANAN S 22
PENYELARAS BADAN
BERUNIFOM
PEMBANTU BELIA SUKAN S 17

PEMBANTU TADBIR N 17 PEMBANTU TADBIR N 17
FADHLI SAFUAN BIN AHMAD
FADHIL
KEKOSONGAN J AWATAN
PEMBANTU TADBIR
KANAN N 22
PENOLONG PEGAWAI
TADBIR N 27
PEMBANTU BELIA SUKAN S 17

PEMBANTU AM PEJ ABAT N 1
3
Pusat Kokurikulum berusaha mengimbangi antara kecemerlangan
bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan
siswazah yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani. Aktiviti- aktiviti kokurikulum selain memberi pengetahuan luar
bidang pengkhususan akademik, juga dapat melatih para pelajar dalam
aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap para pelajar supaya
sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental.

Pihak universiti menetapkan bahawa kursus kokurikulum berkredit
merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian sarjana
muda pendidikan. Sepanjang pengendaliannya, beberapa pembaharuan
dan penambahbaikan telah dipraktikkan sebagai usaha untuk
memantapkan lagi perlaksanaannya supaya ia dapat benar-benar
memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat
para pelajar sejajar dengan profesionalisme keguruan.


Visi

Untuk menjadi pusat pengembangan sahsiah pelajar dalam menuju
kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan.


Misi

Untuk menerajui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kokurikulum bagi
mengembangkan profesionalisme keguruan selaras dengan wawasan
universiti dan hasrat negara.






4
MATLAMAT

Membantu universiti untuk melahirkan siswazah berketrampilan,
seimbang dan harmonis dalam aspek-aspek rohani, keintelektualan,
emosi, sosial, fizikal seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

DAFTAR KURSUS

1.1 Kursus Kokurikulum Berkredit adalah salah satu daripada
Kursus Universiti.

1.2 Pelajar wajib mendaftar kursus-kursus kokurikulum berkredit
untuk memenuhi struktur pengajian mengikut syarat-syarat
pengijazahan.

1.3 Struktur Kursus Kokurikulum Berkredit UPSI :

1.3.1 Jumlah minimum kredit yang diwajibkan bagi Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan adalah enam (6 kredit).

Syarat - syarat Nama Kursus
Jumlah Jam
Kredit

Minimum 6 jam
kredit
diwajibkan
pelajar
mengambil
kursus seperti :

Pengurusan
Kokurikulum (Wajib)
1
Olahraga (Wajib) 1
Badan Beruniform 2 atau 3
Sukan 1
Seni Kebudayaan 1

Jumlah

6 atau 7



5
1.4 Pelajar boleh mengambil lebih daripada 1 jam kredit dalam
semester yang sama selagi tidak menganggu jadual waktu
kuliah bagi kursus yang lain.

1.5 Pelajar akan menyelesaikan kursus-kursus kokurikulum
berkredit ini di antara semester 1 sehingga semester 6.

1.6 Pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum berkredit
PALAPES atau SUKSIS wajib meneruskan pengajian dalam
kursus tersebut selama enam (6) semester dari semester pertama
(1) hingga semester enam (6). Pelajar yang mengambil salah satu
kursus ini tidak perlu mendaftar kursus kokurikulum berkredit
yang lain. Sekiranya pelajar yang mengambil kursus PALAPES
atau SUKSIS ingin menggugurkan kursus tersebut di atas
sebab selain daripada faktor kesihatan, pelajar perlu mengulangi
jumlah jam kredit bagi mencukupi minimum 6 jam syarat
bergraduat. Bagi kursus Badan Berunifom yang lain, pelajar
perlu melengkapkan tempoh kursus mengikut urutan yang
telah ditetapkan.

2. Oleh kerana kursus-kursus kokurikulum ini merupakan kursus
berkredit, maka ianya tertakluk kepada Peraturan Akademik Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada Kaedah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008.










6
Rajah 1: Prosedur Mengadakan Aktiviti Kokurikulum




Menghantar Kertas Kerja ke
Pusat Kokurikulum
(Kertas Kerja mesti dihantar
selewat-lewatnya 2 minggu
sebelum aktiviti diadakan)

Kelulusan Pengarah
Membuat
Pendahuluan Diri
dengan mengisi
Borang
Pendahuluan Diri
oleh Tenaga
Pengajar
Menghantar Laporan aktiviti
(Seminggu selepas aktiviti
dijalankan)
Membuat
Pembetulan
pada Kertas
Kerja
Peruntukan
Kewangan
Membuat
Pelarasan
Pendahuluan oleh
Tenaga Pengajar
Peruntukan
RM 500.00 dan
ke atas
Peruntukan kurang
dari RM 500.00

Mendahulukan
wang dan
membuat tuntutan
kepada Pusat
Kokurikulum
Disemak oleh
Penolong Pendaftar
Mengikut
Format
Tidak
Mengikut
Format
Menyiapkan Kertas Kerja

Tamat
Ya
Tidak
7
Rajah 2: Prosedur Pengecualian Kuliah



Mengisi Borang
Pengecualian Kuliah
(Lampirkan dokumen
sokongan)
Mendapatkan
perakuan Tenaga
Pengajar
Permohonan tidak
berjaya dan
dianggap tidak
hadir
Menghantar Borang ke
Pusat Kokurikulum
Kelulusan
Penyelaras
Makluman kepada Tenaga
Pengajar dan Pelajar boleh
menyemak di Kaunter Pusat
Kokurikulum
Gagal
Tamat
Permohonan
pengecualian
8
Rajah 3: Carta Alir Minggu Tambah Gugur Kursus



Isi Borang Tambah/Gugur
Kursus
Jumpa Penasihat Akademik untuk
memohon nasihat berkenaan
Tambah dan Gugur Kursus.
Gugur Kursus dengan tujuan
untuk menukar kumpulan dalam
kursus yang telah didaftarkan
semasa pra-pendaftaran (bagi
pelajar lama) dan pendaftaran
kursus (bagi pelajar baharu) adalah
tidak dibenarkan sama sekali
Mendapat pengesahan pensyarah
bagi setiap kumpulan kursus yang
ingin ditambah/digugurkan
Pensyarah
Menyemak kapasiti pelajar mengikut
kursus dan kumpulan yang dipohon
di dalam IMS dan berurusan dengan
fakulti jika terdapat penambahan
kapasiti pelajar
Setuju?
Ya
MULA
Pensyarah
Cop dan tandatangan Borang
Tambah/Gugur Kursus pelajar
B
A
Tidak
9


Pensyarah
Menolak (Reject)
Permohonan
Pelajar dalam IMS
Jumlah jam
kredit > 18?
Ya
B
A
Pelajar
Fakulti
Mengarahkan pelajar
mendapatkan pengesahan
Dekan/Timbalan Dekan
(Akademik)
Pelajar
Maklumkan fakulti untuk
mengemaskini kredit
maksimum yang
dibenarkan
Pelajar
Buat tambah/gugur kursus
secara online di URL
http://mysis.upsi.edu.my/
TAMAT

Tidak
10
SENARAI SINOPSIS KURSUS

UKT1301 Pengurusan Kokurikulum (wajib) 1 jam kredit

Kursus ini adalah untuk menyediakan mahasiswa secara teori dan amali
dalam pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah. Mahasiswa akan
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengelola dan mengurus
kokurikulum di peringkat sekolah.

UKS1051 Olahraga (wajib) 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam
acara olahraga secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat,
memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan olahraga dengan jayanya.

BADAN BERUNIFORM

UKK1021/2021/3021 Pertahanan Awam 1 jam kredit

Kursus ini adalah merupakan kursus awalan / asas Pertahanan Awam.
Melalui kursus ini, para pelajar akan diperkenalkan kepada Organisasi
Pertahanan Awam, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan
negara. Di peringkat awalnya, pelajar-pelajar akan dilatih asas berkawat
sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin. Kursus ini
juga akan melatih dan membekalkan pelajar dengan Asas Pertolongan
Cemas, Asas Menyelamat dan Kimia Kebakaran sebagai pengetahuan dan
pengalaman yang membolehkan mereka menguasai asas ilmu Pertahanan
Awam.






11
UKK1031/2031/3031/4031/5031/6031 PALAPES 1 jam kredit

Latihan PALAPES adalah untuk membentuk peradapan, kualiti
kepimpinan dan pengetahuan asas ketenteraan serta menghasilkan
Pegawai Muda yang berketrampilan dan berwawasan.

UKK1041/2041 Kelana Siswa 1 jam kredit

Sebagai bakal guru atau kerjaya lain, para pelajar akan berinteraksi dalam
masyarakat. Justeru mereka memerlukan kemahiran bersosial untuk terlibat
dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Pengakap merupakan suatu
gerakan yang mendedahkan pelajar kepada ciri-ciri kepemimpinan dalam
organisasi sukarela. Kursus akan memberi latihan kepada para pelajar
mengenai kemahiran-kemahiran ilmu berpengakap. Pelbagai aspek latihan
diberikan yang merangkumi kepimpinan dan kemahiran seperti
pengurusan organisasi, ikatan, kawad, ikhtiar hidup, perkhemahan dan
sebagainya.

UKK1051/ 23051/ 3051/ 4051/ 5051/ 6051 SUKSIS 1 jam kredit

Kursus ini merupakan kursus asas kepolisan kepada pelajar. Melalui kursus
ini para pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi Polis DiRaja
Malaysia, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan negara.
Diperingkat awalnya, pelajar-pelajar akan dilatih berkawat sebagai salah
satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin. Kursus ini juga akan
melatih pelajar dengan pelbagai undang-undang kepolisan dan
pengalaman membolehkan mereka menguasai asas berkawat dan
pengetahuan asas Polis DiRaja Malaysia.

UKK1061/2061/3061 Bulan Sabit Merah Malaysia 1 jam kredit

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar kepada berkaitan sejarah
penubuhan Palang Merah Antarabangsa dan sejarah penubuhan Bulan
Sabit Merah Malaysia serta undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Disamping itu, pengenalan Pertolongan Cemas Asas diberikan sebagai
pengenalan memberi rawatan bagi situasi kecemasan yang ringan.
12
Penekanan diberikan kepada aspek pengetahuan asas Bulan Sabit Merah
Malaysia dan praktikal memberi rawatan kecemasan kepada pesakit
mengikut situasi.

UKK1071/2071 Pandu Puteri Siswi 1 jam kredit

Kursus ini adalah merupakan kursus awalan / asas pergerakan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Melalui kursus ini, para pelajar akan diperkenalkan
kepada sejarah, perkembangan dan struktur organisasi, serta
kepentingannya dalam pembangunan Negara. Di peringkat awalnya,
pelajar-pelajar akan dilatih asas berkawad dan istiadat Pandu Puteri Siswi
sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin. Kursus ini
juga akan melatih dan membekalkan pelajar dengan kemahiran
perkhemahan dan khidmat masyarakat sebagai pengetahuan dan
pengalaman yang membolehkan mereka menguasai asas ilmu Pandu
Puteri. Harapan kursus ini ialah untuk mendidik, melatih dan
mengembangkan potensi semua ahli/mahasiswa supaya menjadi warga
negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Di samping
itu, ianya juga menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan
amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu
sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

UKK1081/2081 Briged Bomba dan Penyelamat 1 jam kredit

Kursus ini merupakan kursus asas kebombaan. Melalui kursus ini, para
pelajar diperkenalkan kepada organisasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, tentang sejarah, tujuan dan kepentingannya dalam pembangunan
negara. Ia dapat meningkatkan disiplin dan setiakawan bagi memupuk
semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada hartabenda dan
masyarakat. Kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah
pencegahan dapat dipupuk dan dihayati serta mengamalkan ilmu
pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup walaupun setelah
keluar dari universiti.



13
UKK1091/2091 Silat Serimau Hitam 1 jam kredit

Rancangan Pendidikan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam menerapkan
aspek-aspek kerohanian di samping menitikberatkan aspek - aspek seni
mempertahankan diri setiap ahlinya. Kandungan pelajarannya
mengandungi bidang teori dan praktikal agar setiap mahasiswa dapat
membawa ilmu persilatan ini ke sekolah kelak sebagai persiapan diri dan
bekalan untuk menghadapi kehidupan yang mencabar.

UKK1111/2111 Puteri Islam 1 jam kredit

Kursus ini bertujuan untuk mendidik dan membimbing puteri-puteri ke
arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Kursus yang
ditawarkan ini diharapkan dapat melahirkan puteri-puteri sebagai barisan
pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu
menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W
dan pemerintah serta cintakan Negara; menguasai berbagai bidang ilmu,
dan berakhlak mulia serta mampu berbakti kepada masyarakat tanpa
mengira keturunan dan masyarakat.

UKK1201/2201 Silat Seni Gayong 1 jam kredit

Pengenalan tentang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (Tumpuan:
Sejarah PSSGM); Sistem Pentadbiran PSSGM; Cara dan adab
membuka/menutup gelanggang serta adat istiadat dalam PSSGM; Cara-
cara memanaskan badan dan asas silat; Sistem Pelajaran Senjata (seperti
pisau, keris, tongkat, lembing, parang, tekpi, anak tombak dan lain- lain).
Selain dari itu, pengisian kebatinan termasuklah mandi minyak dan mandi
seni juga diperkenalkan. Para pelajar akan dilatih dan dididik dari aspek
kesopanan, keselamatan, keyakinan diri, kepimpinan serta larangan-
larangan dalam mempelajari disiplin bela diri ini.


14
UKK1211/2211 Taekwon-do 1 jam kredit

Kursus ini melibatkan aspek fizikal (cara membuat tumbukan, tendangan
dan sebagainya ) dan juga aspek mental (moral, disiplin dan sebagainya).
Pertandingan pada pelbagai peringkat diadakan dari masa ke masa dengan
kerjasama pertubuhan Taekwon-Do Antarabangsa Malaysia (ITFM) dan
ujian diadakan untuk menentukan tahap perkembangan para pelajar.

UKK1241/2241 Silat Cekak 1 jam kredit

Silat Cekak Hanafi dirancang berdasarkan falsafah untuk memperluaskan
dan memperdalamkan skop pengalaman dalam bidang seni bela diri
sebagai salah satu cabang budaya asli negara. Pendedahan yang akan
diterima kelak akan memperingatkan kesedaran terhadap nilai-nilai agama,
moral dan disiplin yang didokong oleh Seni Silat Cekak Hanafi iaitu
dengan menggabungkan keunggulan jasmani yang sihat, terlatih, fikiran
yang waras serta jiwa yang tenang untuk mempertahankan diri.

SUKAN

UKS1011 Bola Baling 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
asas bola baling secara teori dan pratikal, undang-undang permainan serta
pertandingan, kepegawaian dan pengurusan seterusnya melaksanakan
pertandingan dengan jayanya.

UKS1021 Bola Jaring 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam
sukan bola jaring secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat,
memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan dengan jayanya.


15
UKS1031 Bola Sepak 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
asas dalam permainan bolasepak secara teori dan praktikal. Memahami
dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasi kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan bola sepak dan menyertai kursus kejurulatihan dan
kepengadilan.

UKS1041 Hoki 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
asas dalam permainan hoki secara teori dan praktikal bagi menimbulkan
minat. Kursus ini juga membantu pelajar memahami dan mengikuti
undang-undang permainan serta pertandingan, mengaplikasikan
kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan
permainan hoki dengan jayanya.

UKS1061 Ragbi 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam
sukan ragbi secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat, memahami
dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan dengan jayanya.

UKS1071 Bola Lisut 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
asas dalam permainan secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat,
memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasi kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan sofbol dengan jayanya.



16
UKS1081 Bola Tampar 1 jam kredit

Kursus ini berfokuskan pada analisis lakuan motor pelajar terhadap
kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola tampar, konsep ansur
maju dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan kaedah mengajar
dan mengelolaan latihan kemahiran. Kursus ini memerlukan pelajar
mengaplikasi teori, prinsip, undang-undang permainan dan strategi dalam
permainan bola tampar.

UKS1091 Ping Pong 1 jam kredit

Kursus ini menekankan kemahiran asas berkaitan permainan ping pong.
Penguasaan tentang peraturan-peraturan dalam pertandingan seperti yang
ditetapkan oleh International Table Tennis Federation (ITTF) adalah
dititikberatkan. Pengetahuan tentang cara-cara mengendalikan sesuatu
pertandingan juga akan didedahkan. Pelajar juga didedahkan dengan
teknik memanaskan badan sebelum sesuatu perlawanan bermula.

UKS1111 Tenis 1 jam kredit

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan praktis beberapa
aspek yang berkaitan dengan permainan tenis. Penekanan diberikan
kepada aspek kemahiran bermain dan aspek kejurulatihan (kaedah
mengajar dan melatih). Di samping itu, aspek pengadilan dan kepegawaian
serta aspek pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan juga akan
diberi tumpuan.

UKS1121 Badminton 1 jam kredit

Kursus ini membolehkan pelajar mengetahui dan mempelajari kemahiran
taktik serta teknik pukulan asas dalam permainan badminton serta kawalan
gelanggang. Mendedahkan para pelajar kepada undang-undang dan
peraturan permainan sesuatu pertandingan dan kejohanan.



17
UKS1131 Memanah 1 jam kredit

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan praktis beberapa
aspek yang berkaitan dengan memanah. Penekanan diberikan kepada
aspek kemahiran memanah dan kejurulatihan (kaedah mengajar dan
melatih). Di samping itu,aspek pengadilan dan kepegawaian serta aspek
pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan juga akan diberikan.

UKS1141 Golf 1 jam kredit

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan praktis beberapa
aspek yang berkaitan dengan permainan tenis. Penekanan diberikan
kepada aspek kemahiran bermain dan aspek kejurulatihan (kaedah
mengajar dan melatih). Di samping itu, aspek pengadilan dan kepegawaian
serta aspek pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan juga akan
diberi tumpuan.

UKS1151 Senamrobik 1 jam kredit

Kursus ini memberikan peluang serta melahirkan mahasiswa sebagai
instruktur senamrobik yang bakal menjadi pendidik dan perancang dan
pelaksana aktiviti dalam bidang ini. Pendedahan seterusnya menjadikan
mahasiswa mencapai tahap profesionalisme di dalam teknik pengajaran,
komunikasi, konsep terkini, koreografi dan gaya persembahan yang
mantap dan menarik, serta dapat mengaplikasikan teknik senamrobik di
khalayak ramai.

UKS1171 Kembara Alam 1 jam kredit

Kursus ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami,
menguasai dan mengaplikasi kemahiran asas kembara alam dan rekreasi.
Di samping itu, penumpuan khusus ditekankan terhadap kemahiran kraf
perkhemahan, asas pengembaraan dan kemahiran komunikasi. Pelajar juga
akan didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan, keselamatan dan


18
penganjuran perkhemahan. Sebagai nilai tambah pelajar akan
menganjurkan kursus persijilan asas melalui koloborasi dengan badan
kerajaan atau NGO yang diiktiraf.

UKS1191 Futsal 1 jam kredit

Kursus ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menguasai
kemahiran permainan futsal. Ia juga melibatkan teknik serta taktik dalam
permainan. Pelajar juga akan didedahkan dengan undang-undang
permainan yang digunakan dalam peringkat antarabangsa. Kursus ini juga
akan mendedahkan kepada pelajar pengurusan pasukan dan bagaimana
untuk mengendalikan sesuatu kejohanan.

UKS1101 Sepak Takraw 1 jam kredit

Mendedahkan para pelajar kepada undang-undang dan peraturan
permainan untuk sesuatu pertandingan dan kejohanan serta langkah-
langkah dan pembentukan sesuatu pasukan. Penekanan kepada aspek teori
mengenai falsafah, motivasi dan pengurusan sesuatu pasukan serta kaedah-
kaedah pengendalian latihan yang sistematik.

UKS1251 Bola Keranjang 1 jam kredit

Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam
sukan keranjang secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat,
memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan,
mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan
sesuatu kejohanan dengan jayanya.

UKS1261 Kecergasan & Kesejahteraan Hidup 1 jam kredit

Menjelaskan konsep dan komponen kecergasan fizikal, kesejahteraan
hidup, kaedah asas latihan aerobik dan anaerobik, pemakanan dan gaya
hidup sihat bagi kesejahteraan sepanjang hayat.


19
SENI DAN KEBUDAYAAN

UKP1021 Seni Tari I 1 jam kredit

Para pelajar akan diperkenalkan kepada gerak seni tari dalam pergaulan
Melayu khasnya dan masyarakat majmuk Malaysia. Penekanan adalah
diberikan pada peringkat asas dari aspek olah tubuh, gerak tari dan
komposisi secara umum. Antara tari-tarian utama yang didedahkan
kepada pelajar ialah Inang Asli, Joget dan Zapin disamping beberapa jenis
tarian semasa. Pelajar-pelajar juga akan diberi peluang untuk mengadakan
persembahan seni tari di dalam dan di luar kampus.

UKP1031 Seni Tari II 1 jam kredit

Kursus kokurikulum Seni Tari II lebih menjurus kepada asas tarian
kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
dan agama. Tarian-tarian etnik dari kaum Melayu, Cina, India, Iban,
Kadasan-Dusun, Punjabi dan sebagainya akan diperkenalkan kepada
pelajar di samping sejarah dan asal usul tarian-tarian tersebut. Kursus ini
juga menggalakkan penerokaan gerak tari kreatif yang baru disambing
menambah pengalaman dan pengetahuan pelajar.

UKP1041 Seni Rupa 1 jam kredit

Memupuk daya kreativiti pelajar dalam bidang seni rupa. Melakukan
pelbagai aktiviti kesenian seperti Seni Rupa Tradisional dan Seni Rupa
Kontemporari (Seni Berzaman) Membina satu kefahaman yang jelas di
kalangan para pelajar tentang konsep falsafah dan identiti kesenian. Di
antara aktiviti-aktivitinya ialah seperti menganyam rotan (bakul dll.), batik,
melukis, tembikar dan menenun.






20
UKP1051 Teater dan Drama 1 jam kredit

Kursus ini merupakan pengenalan kepada bidang seni drama dan teater.
Pendedahan juga terhadap aspek-aspek set dan props, kostum, solek,
penataan cahaya, kesan bunyi dan teknik penggunaan alat-alat bantu bunyi
yang lain.

UKP1101 Koir 1 jam kredit

Kursus ini memberi pendedahan dalam nyanyian, pengetahuan,
persembahan, pengalaman dan pengurusan mengenai ensembel koir
berharmoni (gabungan 2 lapisan suara dan melodi kaunter) samada dengan
iringan muzik ataupun acapella (nyanyian tanpa iringan muzik). Kursus ini
merupakan kursus amali, oleh yang demikian di akhir kursus ini pelajar
dikehendaki membuat persembahan dua buah lagu untuk dipertontonkan
di hadapan umum.

UKP1111 Muzik Tradisional I 1 jam kredit

Pelajar akan didedahkan dengan komponen muzik tradisional dari segi
pengetahuan, teknik permainan, persembahan dan pengurusan kumpulan
tradisional terpilih. Antara kumpulan-kumpulan tradisional tersebut adalah
seperti Gamelan, Caklempong, Keroncong dan Ghazal. Kursus ini lebih
bersifat praktikal. Justeru itu, di akhir kursus ini pelajar dikehendaki
membuat persembahan salah satu ensemble tersebut untuk tontonan
umum.

UKP1121 Muzik Tradisional II 1 jam kredit

Pelajar akan didedahkan dengan komponen muzik tradisional dari segi
pengetahuan, teknik permainan, persembahan dan pengurusan kumpulan
tradisional terpilih. Antara kumpulan-kumpulan tradisional tersebut adalah
seperti wayang kulit, kompang, dan dikir barat. Kursus ini lebih bersifat
praktikal. Jesteru itu di akhir kursus ini pelajar dikehendaki membuat
persembahan salah satu ensembel tersebut untuk tontonan umum.

21
UKP1131 Muzik Moden / Kont. 1 jam kredit

Pelajar akan didedahkan dengan komponen muzik moden dari segi
pengetahuan, teknik permainan, persembahan dan pengurusan kumpulan
tradisional terpilih. Antara kumpulan-kumpulan muzik moden adalah
seperti brass band, kugiran dan kombo. Kursus ini lebih bersifat praktikal.
Justeru itu, diakhir kursus ini pelajar dikehendaki membuat persembahan
salah satu ensembel tersebut untuk tontonan umum.

UKP1011 ASASMU 1 jam kredit

Menekankan konsep penulisan kreatif dan pengucapan puisi serta
persediaan untuk pementasan persembahan kreatif. Pendedahan juga
diberikan dalam menguasai teknik-teknik persembahan pentas, kostum,
aspek-aspek prop, kesan bunyi dan teknik pementasan. Pelajar dapat
memahami konsep asas penulisan puisi, cerpen dan penulisan berita. Selain
itu, ahli juga diharapkan dapat menghasilkan puisi, melahirkan idea dan
dipersembahkannya dalam persembahan pentas. Mengadakan
persembahan merangkumi semua aspek perjuangan ASASMU (puisi,
drama, teater, budaya, bahasa dan sastera secara amnya).

UKP1061 Tulisan Jawi 1 jam kredit

Pelajar akan didedahkan dengan latarbelakang tulisan jawi yang meliputi
sejarah dan asal usul tulisan jawi. Penekanan juga diberikan kepada pelajar
dari segi penguasaan sistem Ejaan Jawi yang mutakhir serta menguasai
kemahiran asas menulis tulisan khat jawi. Selain daripada itu, para pelajar
juga diberi pendedahan berkenaan asas-asas utama di dalam tulisan jawi
dan khat Arab di samping mempraktikkannya menerusi karya-karya dan
hasil-hasil tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, para pelajar juga
didedahkan dengan fungsi dan kegunaan tulisan jawi di dalam kehidupan
pelajar melalui ceramah, bengkel dan pertandingan yang dianjurkan.
Kursus ini juga lebih bersifat teori dan praktikal di mana pelajar juga akan
didedahkan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah.
Justeru, di akhir kursus ini para pelajar dikehendaki membuat dan
22
menghasilkan satu karya seni yang diterapkan di dalamnya gabungan
antara seni khat (kaligrafi) dan tulisan jawi.

UKP1071 Kewartawanan 1 jam kredit

Kursus ini ditubuhkan untuk pelajar yang berminat dalam bidang
penulisan, khasnya penulisan berita. Sepanjang penglibatan pelajar dalam
kursus ini, mereka akan didedahkan dengan pelbagai aspek tentang
kewartawanan seperti falsafah, etika dan bidang tugas seseorang wartawan.
Mereka juga dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis berita, khususnya
untuk dimuatkan dalam BERITA UPSI dan akhbar tempatan sebagai salah
satu usaha memperkenalkan Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada
masyarakat luar.

UKP1081 Debat Bahasa Melayu 1 jam kredit

Kursus ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap aktiviti
perbahasan serta mahir selok-belok perbahasan. Dalam kursus ini, pelajar
akan didedahkan dengan ciri dan prosedur dua jenis perbahasan
konvensional dan perbahasan ala parlimen. Antara kandungan yang akan
didedahkan kepada pelajar ialah prosedur pengendalian majlis perbahasan,
teknik berhujah dalam perbahasan, teknik mematahkan hujah, aspek gaya
dalam persembahan dan penggunaan bahasa dalam perbahasan. Sepanjang
kursus ini, pelajar akan dibimbing secara praktik dan penilaian akan dibuat
berdasarkan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang diatur.

UKP1091 Debat Bahasa Inggeris 1 jam kredit

Kursus ini bertujuan memupuk minat di kalangan pelajar terhadap debat
bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik perbahasan.
Melalui kursus ini pembahas yang berpotensi akan dapat dikenalpasti
untuk mewakili universiti dalam pertandingan debat. Sepanjang kursus ini,
pelajar akan diberi bimbingan sistematik dalam kemahiran perbahasan dan
penilaian akan dibuat berdasarkan penglibatan pelajar dan juga
pengetahuan dalam peraturan dan panduan debat.

23
UKP1161 Multimedia 1 jam kredit

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada proses-proses merekabentuk
dan membangunkan produk/aplikasi multimedia. Pelajar juga akan
diperkenalkan dengan perkakasan dan perisian serta pelbagai jenis aplikasi
multimedia yang boleh digunakan untuk membangunkan aplikasi
multimedia sama ada dalam bentuk perisian kursus, web dan
persembahan.

UKP1181 Penerbitan Elektronik 1 jam kredit

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar teori dan kemahiran dalam
menghasilkan penerbitan secara elektronik (Desktop Publishing @ DTP). Di
antara topik yang diperkenalkan ialah pengenalan kepada penerbitan
elektronik, konsep-konsep asas berkenaan penggubahan teks, grafik,
paparan, susunatur dan rekaletak, penyediaan surat berita, iklan serta
penyediaan penerbitan elektronik secara laman web. Pelajar akan
menghasilkan beberapa kerja penerbitan menggunakan pakej perisian
Adobe Photoshop.

UKP1191 Reka Cipta 1 jam kredit

Kursus ini menekankan kepada pemikiran kreatif di samping mempunyai
pengetahuan dalam bidang teknik dan teknologi pembuatan. Beberapa
langkah mencipta akan diajar kepada pelajar bermula dari dalam fikiran
hinggalah ianya dizahirkan sama ada dalam bentuk lukisan atau produk
siap. Sikap dan semangat untuk mencipta perlu dipupuk dalam kelas ini
agar ia boleh berkembang dan menjadi sesuatu yang penting dalam
kehidupan.

UKP1141 Tajwid 1 jam kredit

Pelajar-pelajar akan diperkenalkan mengenai pengertian Tajwid. Menunjuk
ajar dalam kaedah pengawalan huruf-huruf dan ayat-ayat Al-Quran, serta
mengetahui cara-cara bacaan panjang dan pendek, dengung dan tidak
berdengung dan akan diterangkan juga bagaimana dan kenapa sesuatu
24
huruf/perkataan itu harus dibaca mengikut apa yang dikehendaki oleh
hukum Tajwid.

UKP1151 Tarannum 1 jam kredit

Pelajar-pelajar akan didedahkan cara bacaan dan dilatih untuk membentuk
kepelbagaian bunyi dari segi nada, rentak dan irama yang tertentu. Ini
kerana sesuatu bunyi (bacaan) tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut, maka
ianya tidak dinamakan tarannum. Pelajar juga akan diterangkan bagaimana
melatih suara untuk menguasai kemahiran bacaan berlagu. Ini kerana
terdapat sejumlah bilangan lagu bagi bacaan al-Quran.

UKP1201 Pembimbing Rakan Sebaya 1 jam kredit

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan
menolong diri dan individu lain menggunakan kaedah menolong yang
formal. Kursus ini akan memberikan penekanan kepada teori dan
kemahiran asas kaunseling dan komunikasi perorangan dalam usaha
memberi bantuan. Aspek asas kaunseling, mengenali diri dan persekitaran,
panduan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan ciri-ciri
penolong yang baik akan diterapkan dalam diri pelajar.

UKP1221 Koperasi 1 jam kredit

Kursus ini menekankan kefahaman pelajar tentang aspek-aspek penting
dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah. Pada peringkat awal
pelajar akan didedahkan dengan sejarah dan prinsip-prinsip asas
berkoperasi. Kemudian, pelajar akan dilatih dengan pelbagai kemahiran
pentadbiran dan pengurusan koperasi daripada aspek tadbir urus hingga
kepada aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan koperasi.






25
UKP1231 Fotografi Digital 1 jam kredit

Kursus ini memfokus kepada pengenalan bidang fotografi. Panduan
pembelajaran fotografi membantu para pelajar menguasai aspek teknikal,
kreativiti dan tahap artistik dalam proses merakam visual. Melalui fotografi
pelajar didedahkan konsep dan asas dalam seni komunikasi visual.
Pengalaman melalui pengamatan terhadap alam, flora dan fauna dijadikan
tugasan untuk kursus ini. Semasa hari Kokurikulum UPSI kursus ini akan
mempamerkan karya fotografi secara disiplin galeri pameran sebagai
penilaian akhir.




























26
FORMAT KERTAS KERJA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM



TARIKH :

01 JANUARI 2010


TEMPAT :

DEWAN SITC
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN:

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
PENGURUSAN KOKURIKULUM
UKT 1301


DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM


27

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan
sumbangan kewangan daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan
berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan
kewangan dari Pengarah Pusat Kokurikulum.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa
terhadap perkara-perkara berikut:

2.1 Latar belakang program yang akan dijalankan.
2.2 Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar.
2.3 Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai.
3.2 Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya
serta tidak melerat-lerat.
3.3 Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya
bekerjasama dengan pihak luar.

4.0 JUSTIFIKASI

Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan
program.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : .......................................
Hari : .......................................
Tempat : .......................................
(Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus)
28
6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI
( jika orangnya berbeza )

7.0 SENARAI PENCERAMAH

Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang
dicadang

8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

8.1 Nyatakan siapa peserta program(sama ada pelajar/kakitangan/
masyarakat luar atau antarabangsa dan jumlahmya)
8.2 Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih)
8.3 Sertakan maklumat lengkap peserta

9.0 TENTATIF PROGRAM

Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga
akhir program termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan
juga masa, tempat, nama penceramah dan tajuk penceramah.

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI
TUGAS

10.1 Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor
matrik dan jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya.
10.2 Bagi melincinkan aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik
ahli jawatankuasa kecil masing-masing.
10.3 Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal untuk
digunakan bagi setiap urusan surat menyurat.




29
11.0 ANGGARAN KEWANGAN

Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan
perbelanjaan program dan diperincikan mengikut butir-butir
perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan:

11.1 Pendapatan
11.2 Perbelanjaan
11.3 Sumbangan

12.0 KEPERLUAN PERALATAN

Senarai keperluan-jika ada

13.0 PENUTUP

Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan
kelulusan

14.0 TANDATANGAN

Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia
kertas kerja, disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh
Penyelaras, dan diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum.


PERHATIAN: Bagi program/aktiviti yang melibatkan kerjasama
daripada persatuan/kelab, kertas kerja untuk kelulusan aktiviti dan
peruntukan kewangan harus disediakan oleh pelajar kursus
kokurikulum dan bukan daripada ahli jawatankuasa persatuan/kelab
lain atau instruktur kokurikulum.





30
Contoh:

Disediakan
oleh:

Setiausaha,
Nama Program.
Nama Kursus Kokurikulum
Berkredit
........................................
( ) tel no.

Disemak
oleh:

Tenaga Pengajar
Nama Kursus Kokurikulum
Berkredit
........................................
( )

Diperakukan
oleh:

Penyelaras
Pusat Kokurikulum
........................................
( )

Diluluskan
oleh:

Pengarah,
Pusat Kokurikulum.
Universiti Pendidikan Sultan
Idris
........................................................
( )

BORANG BORANG.

Semua borang borang berkaitan boleh didapati di Kaunter Pusat
Kokurikulum dan di dalam e-borang laman web Pusat Kokurikulum iaitu
http://pkq.upsi.edu.my/







31
PEMINJAMAN PERALATAN

Peralatan untuk aktiviti kokurikulum boleh dipinjam di Pusat Kokurikulum
dengan mengisi borang K0-05.

PERMOHONAN TEMPAT DAN BILIK KULIAH

Bagi permohonan melibatkan borang dari Jabatan Pengurusan,
Pembangunan & Harta Benda JPPHB dan Pusat Teknologi Pendidikan dan
Multimedia PTPM, borang tersebut hanya boleh diisi oleh kakitangan UPSI
atau pegawai Pusat Kokurikulum. Pelajar diminta membuat permohonan
melalui Pusat Kokurikulum

PENGANGKUTAN

Bagi permohonan bas, Borang Permohonan Bas dari Unit Pengangkutan
hanya boleh diisi oleh kakitangan UPSI dan pegawai Pusat Kokurikulum
sahaja. Pelajar diminta membuat permohonan melalui Pusat Kokurikulum.

PENGECUALIAN KULIAH

Borang pengecualian kuliah hanya boleh didapati dari Pusat Kokurikulum,
pengecualian kuliah hanya dibenarkan atas faktor-faktor berikut,

1) Hal-hal kecemasan,
2) Mewakili Universiti,
3) Dan menghadiri kursus fakulti yang melibatkan jam kredit,

akan dipertimbangkan. Pastikan pelajar melampirkan dokumen sokongan
semasa menghantar Borang Pengecualian Kuliah ke Pusat Kokurikulum.






32
FORMAT LAPORAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM



TARIKH :

01 JANUARI 2010


TEMPAT :

DEWAN SITC
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


ANJURAN:

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
PENGURUSAN KOKURIKULUM
UKT 1301


DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM

33

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Menceritakan mengapa kursus kokurikulum penting dalam
mendidik bakal guru bagi merealisasikan kehendak
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melahirkan guru yang
proaktif dan berdaya saing dalam menguruskan program
kokurikulum di sekolah?.
1.2 Mengapa perlu diadakan aktiviti tersebut, adakah ianya
membantu pelajar?
1.3 Menceritakan secara ringkas keseluruhan aktiviti tersebut
dijalankan.

2.0 OBJEKTIF

Menceritakan adakah mencapai objektif yang disasarkan:

2.1 Nyatakan objektif/tujuan yang dicapai.
2.2 Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya
serta tidak melerat-lerat.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI
TUGAS

3.1 Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta
nombor matrik dan jawatan yang disandang serta peranan dan
tugasnya.

4.0 TENTATIF PROGRAM

Sediakan tentatif yang dilaksanakan dari awal hingga akhir program
termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat,
nama penceramah dan tajuk penceramah.



34
5.0 PENYERTAAN

5.1 Nyatakan siapa yang telah menghadiri program tersebut (sama ada
pelajar/kakitangan/masyarakat luar atau antarabangsa dan
jumlahnya)
5.2 Sertakan maklumat lengkap peserta, No. Matrik dan No. Kad
Pengenalan.

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

6.1 Nyatakan secara terperinci mengenai perbelanjaan sepanjang
program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan.
Nyatakan jumlah pendapatan yang diterima.
6.2 Salinan resit pembayaran perlu dikepilkan di dalam laporan
aktiviti.
6.3 Bagi resit asal pembayaran perlu diasingkan bagi memudahkan
proses pembayaran tuntutan.

7.0 PENUTUP

Menceritakan keseluruhan aktiviti dan program dan pencapaian
objektif yang dirancang.

8.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh setiausaha (no. tel untuk dihubungi) , disemak oleh
pengarah program dan disahkan oleh tenaga pengajar Kursus
Kokurikulum Berkredit.








35
LAMPIRAN.

Senarai kod Kursuskursus Kokurikulum Berkredit:

A). Pengurusan Kokurikulum (UKT1301).

B). Olahraga (UKS1051).

C). Badan Beruniform.

1. UKK1021 Pertahanan Awam I
2. UKK2021 Pertahanan Awam II
3. UKK3021 Pertahanan Awam III
4. UKK1031 PALAPES I
5. UKK2031 PALAPES II
6. UKK3031 PALAPES III
7. UKK4031 PALAPES IV
8. UKK5031 PALAPES V
9. UKK6031 PALAPES VI
10. UKK1041 Kelana Siswa I
11. UKK2041 Kelana Siswa II
12. UKK1051 SUKSIS I
13. UKK2051 SUKSIS II
14. UKK3051 SUKSIS III
15. UKK4051 SUKSIS IV
16. UKK5051 SUKSIS V
17. UKK6051 SUKSIS VI
18. UKK1061 Bulan Sabit Merah Malaysia I
19. UKK2061 Bulan Sabit Merah Malaysia II
20. UKK3061 Bulan Sabit Merah Malaysia III
21. UKK1071 Pandu Puteri Siswi I
22. UKK2071 Pandu Puteri Siswi II
23. UKK1081 Briged Bomba dan Penyelamat I
24. UKK2081 Briged Bomba dan Penyelamat II
25. UKK1091 Silat Serimau Hitam I
26. UKK2091 Silat Serimau Hitam II
36
27. UKK1111 Puteri Islam I
28. UKK2111 Puteri Islam II
29. UKK1201 Silat Seni Gayong I
30. UKK2201 Silat Seni Gayong II
31. UKK1211 Taekwon-do I
32. UKK2211 Taekwon-do II
33. UKK1241 Silat Cekak I
34. UKK2241 Silat Cekak II

D). Sukan.

1. UKS1011 Bola Baling
2. UKS1021 Bola Jaring
3. UKS1031 Bola Sepak
4. UKS1041 Hoki
5. UKS1061 Ragbi
6. UKS1071 Bola Lisut
7. UKS1081 Bola Tampar
8. UKS1091 Ping Pong
9. UKS1111 Tenis
10. UKS1121 Badminton
11. UKS1131 Memanah
12. UKS1141 Golf
13. UKS1151 Senamrobik
14. UKS1171 KembaraAlam
15. UKS1191 Futsal
16. UKS1101 Sepak Takraw
17. UKS1251 Bola Keranjang
18. UKS1261 Kecergasan & Kesejahteraan
Hidup






37
E). Seni dan Kebudayaan

1. UKP1021 Seni Tari I
2. UKP1031 Seni Tari II
3. UKP1041 Seni Rupa
4. UKP1051 Teater dan Drama
5. UKP1101 Koir
6. UKP1111 Muzik Tradisional I
7. UKP1121 Muzik Tradisional II
8. UKP1131 Muzik Moden / Kont.
9. UKP1011 ASASMU
10. UKP1061 Tulisan Jawi
11. UKP1071 Kewartawanan
12. UKP1081 Debat Bahasa Melayu
13. UKP1091 Debat Bahasa Inggeris
14. UKP1161 Multimedia
15. UKP1181 Penerbitan Elektronik
16. UKP1191 Reka Cipta
17. UKP1141 Tajwid
18. UKP1151 Taranum
19. UKP1201 Pembimbing Rakan Sebaya
20. UKP1221 Koperasi
21. UKP1231 Fotografi Digital













38
Pengarah

Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan

Tel : 05-450 6152 / 6693

Penyelaras
Sukan

Dr. Goh Hock Seng

Tel : 05- 450 6105 / 5373

Penyelaras
Seni dan Kebudayaan

Prof. Madya Mohd Ramli bin Buyong Kahar

Tel : 05-450 6241

Penyelaras
Badan Beruniform

Dr. Sabri bin Mohd Salleh

Tel : 05-450 6109


Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi :-

Pusat Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel No.: 05-425 6154/6260
Website : pkq.upsi.edu.my
39





























Pusat Kokurikulum
PALAPES/SUKSIS
Lokasi Pusat Kokurikulum, PALAPES dan SUKSIS

You might also like