You are on page 1of 4

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

Bil Nilai Penerangan/Definisi

1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan


Tuhan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun
negara.

2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan


kepercayaan dan keyakinan orang lain

3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan

4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan


melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam


pergaulan seharian

6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri


bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa


bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat


ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara

9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta


berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak


berat sebelah

11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata


dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar.

12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat


pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.

13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan
keluarga berkekalan terhadap keluarga.

14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan


anggota keluarga berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang bahagia

15 Mengekalkan tradisi Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan


kekeluargaan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam
keluarga

16 Tanggungjawab terhadap Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu


keluarga terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga

17 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan


menghargai Alam Sekitar memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis


manusia dengan alam antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

19 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai


tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
Alam Sekitar sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan
diri

22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara

23 Sanggup berkorban untuk Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai


Negara tanda berbakti untuk negara

24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak


kanak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang
sempurna

25 Menghormati Hak Wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu


yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
keluarga,masyarakat dan negara

26 Melindungi hak pekerja Menghormati,menghargai dan mengiktiraf


perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja
dalam pembangunan negara

27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang


golongan kurang berupaya berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf
mereka sebagai insan ciptaan tuhan

28 Melindungi hak pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29 Mematuhi peraturan dan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang


undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di
mana seseorang itu berada.

30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran


dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan
dan ketenteraman

31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan


mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam perlembagaan Malaysia
32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai
pembangunan Negara aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima


pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
aman mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama
bekerjasama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.

36 Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara


antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

PERINGATAN
Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci untuk setiap nilai. Pelajar mesti
menghafal sekurang-kurangnya dua kata kunci. Apabila pelajar diminta untuk
menerangkan/menghuraikan/menjelaskan nilai, pelajar cuma perlu menjelaskan kata-kata
kunci sahaja. Jangan tulis kesemua definisi nilai berkenaan. Semoga kata-kata kunci di
atas yang berwarna biru membantu anda untuk mencapai keputusan cemerlang dalam
SPM.

Disediakan oleh: Pn.Victoria Arulupan

You might also like