You are on page 1of 2

3.

0 KESAN NASKAH HIKAYAT ABDULLAH MUSNYI KEPADA SEJARAH


PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.
Penulisan karya oleh Abdullah Mushi pada zamannya dilihat meninggalkan kesan yang
mendalam kepada perkembangan Bahasa Melayu yang ada pada masa kini iaitu Zaman
Bahasa Melayu Moden. telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula
pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan
Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu
moden.
Berdasarkan karya yang ditulis oleh Abdullah ini kita dapat melihat beberapa kesan
kepada perkembangan Bahasa Melayu. Salah satu kesan yang dapat dilihat ialah
perkembangan dalam sistem tulisan. Dapat dilihat sistem tulisan yang dahulunya daripada
tulisan jawi yang menggunakan sistem baris telah berubah kepada tidak meletakkan baris pada
setiap huruf serta menambahkan beberapa huruf dalam penulisan jawi yang diguna pakai
sehingga kini seperti yang terdapat dalam . Selain itu, melalui Hikayat Abdullah, tulisan jawi
telah mengalami revolusi sehingga timbulnya Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
(PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di samping itu, dalam bidang morfologi dilihat teks Hikayat Abdullah memberi kesan
dalam pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Salah satu kesan yang paling nyata ialah
hikayat ini memberi pengaruh baru kepada zaman moden dengan tidak menggunakan bahasa-
bahasa istana, kata pangkal ayat dan ayat majmuk yang meleret-leret sehingga susah hendak
difahami kerana banyak memberi maksud secara tersirat. Selain itu, dalam bidang morfologi,
teks hikayat Abdullah telah memberi inspirasi kepada pembentukan kata bahasa Melayu
Moden.
Daripada hikayat Abdullah telah menyebabkan bahasa Melayu Moden dalam bidang morfologi
dapat diklasifikasikan kepada empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk
dan kata ganda. Hal ini demikian kerana, teks hikayat Abdullah telah ada menggunakan
keempat-empat bentuk ini dalam memilih perkataan lebih-lebih lagi dari aspek imbuhan kerana
hikayat ini telah menggunakan banyak perkataan baru yang dibentuk daripada imbuhan.
Dari sudut sintaksis juga karya Hikayat abdullah memberi kesan kepada perkembangan
Bahasa Melayu walaupun masih lagi terdapat ciri bahasa Melayu Klasik dalam penggunaan
ayat dalam penulisannya. Hikayat Abdullah telah memberi isnpirasi kepada penceritaan dalam
bentuk pandangan yang membuatkan ayat yang dibina tidak begitu panjang dan dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, Abdullah telah menggunakan ayat
susunan biasa dalam penulisannya dan tidak seperti bahasa Zaman Melayu klasik yang
banyakmenggunakan ayat songsang yang disongsangkan beberapa kali. Selain itu,
perkembangan bahasa Melayu ini juga dilihat dari segi penggunanan ayat pasif dalam hikayat
ini.
Seterusnya, hikayat Abdullah memberi sumbangan yang besar terhadap bidang kosa
kata dan pembentukan kata baru dalam bahasa Melayu. Selaras dengan sifat bahasa iaitu
bersifat dinamik yang boleh berubah mengikut perkembangan atau pertembungan sesuatu
budaya. Kita dapat lihat dalam penulisan Abdullah, beliau telah meminjam perkataan daripada
bahasa lain unuk diserapkan dalam bahasa melayu supaya menjadi perkataan dalam bahasa
Melayu. Daripada hikayat inilah, bahasa Melayu telah mengalami proses penyerapan perkataan
bahasa lain dan menjadikan ianya sebagai satu perkataan baru dalam bahasa Melayu.
Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah
jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema
yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya
bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh
dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

You might also like