You are on page 1of 6

06 & 07 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

September 7, 2011 4:49 pm


Posted in Uncategorized
1. Penilaian Melalui Portfolio.
Definisi
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam
satu jangka masa yang dipersetujui.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya : Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang
mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik
- Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
- Berbentuk sumatif
Contohnya : Hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di
dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk
menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya : Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk
membuat penilaian secara holistik.
Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan
peta perkembangan.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot,
rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui
pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan
komitmen sewaktu membina portfolio.
Cara membina Portfolio :
Peringkat Strategi

Menentukan tujuan
portfolio

- Menghuraikan tujuan portfolio.
- Menghuraikan instrumen portfolio.
- Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif
kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu
bidang pembelajaran.

Menentukan isi
portfolio

- Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.
- Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
- Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan
menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu
bidang pembelajaran.
- Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
- Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau
kumpulan.
- Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut
tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu
bidang.



Menentukan kaedah
membuat anggaran
dan laporan tentang
lokasi pencapaian

- Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi
pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
- Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan
pelajar di peta
perkembangan
pembelajaran pelajar.
laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

Penilaian Portfolio
- Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
- Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
- Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih
menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Sebagai contoh mari lihat pada peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima
tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
Kriteria penilaian
I. Struktur dan organisani
II. Strategi pengurusan
III. Variasi isi yang sesuai
IV. Struktur ayat dan gaya bahasa
V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap
ciri.
VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap
nota anekdot dan refleksi pelajar.
VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian
Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan
bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor.
Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.
Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan
bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Definisi
Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak di antara guru dan pelajar (
individu / kumpulan ) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis .
Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat
yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang dietapkan oleh guru
agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
Penilaian Objektif Tugasan
Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaan.
Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih mana-mana yang difikirkan
sesuai.
Pelajar merangka beberapa objektif dan kemudiannya mana-mana yang paling sesuai dan
dipersetujui oleh guru.
Hasil Pembelajaran
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasan samada portfolio,
laporan kajian, rencana dan sebagainya.
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.
Penilaian
Pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan
proses perlaksanaan atau
Sistem pengredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh
guru atau
Gred terakhir boleh dibincangkan dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut berdasarkan
syarat-syarat dan kriteria tertentu.
Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya , guru hanya memantau penilaian itu
dan memberi kata putus terhadap gred akhir.
Format / Bentuk
Keperluan tugasan / kontrak boleh dibuat dalam tertentu mengikut keperluan kursus / tugasan
dan pihak yang terlibat.
Kontrak pembelajaran boleh dibuat secara formal atau tidak formal tetapi tidak terancang dan
jelas.
Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan
dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang
prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh
dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu akan dapat
melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.

Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi
penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-
soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa
yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

5. Penilaian Melalui Projek
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia
biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks
kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali.
Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu
jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada
tahap hasil disediakan.

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat
tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.
(Wiggins, 1989).
Ciri-ciri Penilaian Projek
Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
Jangka masa yang panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam
kumpulan.
Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi
pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

You might also like