You are on page 1of 49

KONSEP ASAS INTEGRASI

DAN PERPADUAN
NASIONAL

1
Pengenalan
 INTEGRASI NASIONAL adalah proses
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan
dan sosial dalam satu unit.
 INTEGRASI SOSIAL adalah suatu proses
menyatupadukan pelbagai kumpulan
kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama dengan menghilangkan
perbezaan dan identiti masing-masing.

2
Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di
Semenanjung dengan Negeri Sabah dan
Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

3
Perpaduan Negara
Satu keadaan di mana rakyat dari
pelbagai kumpulan etnik, agama dan
wilayah, hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang bersatu dengan
memberi komitmen yang penuh kepada
identiti kebangsaaan berlandaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

4
Konsep Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai
satu masa depan yang sama dan
diperkongsikan.
Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah
atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan
harmoni dan berkongsi dengan cara yang
sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang
kesetiaannya, politik dan kebaktiannya
tertumpu kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

5
…sambungan
 Social integration, in sociology and other
social sciences, is the movement of minority
groups such as ethnic minorities, refugees and
underprivileged sections of a society into the
mainstream of the society. Members of the
minority groups thus gain full access to the
opportunities, rights and services available to
the members of the mainstream.
 In sociology, social integration usually goes
hand in hand with social solidarity.

6
…sambungan
 Integrasi Sosial adalah pergerakan sama ada dalam
kumpulan etnik minoriti, pelarian dan golongan2 tertentu
kepada satu kumpulan yang utama (mainstream). Mereka
yang temigrasi tadi akan mendapat peluang, keadilan dan
bantuan sebagaimana golongan utama.
 Dalam sosiologi, integrasi sosial akan menuju kepada
Perpaduan Sosial (Social Solidarity).

7
…sambungan
 Oleh itu, Integrasi Sosial adalah merupakan
usaha pembentukan satu identiti di kalangan
warganegara.
 Keadaan ini berlaku apabila sesebuah negara
berkenaan mempunyai masyarakat yang
pelbagai lapis/ras (heterogenous).
 Konsep heterogenous ini dikenali dengan
panggilan masyarakat majmuk dan pertama kali
diperkenalkan oleh J.S. Furnivall 1948.

8
Masyarakat / Komuniti
 “A group of humans broadly distinguished
from other groups by mutual interests,
participation in characteristic relationships,
shared institutions, and a common culture”

Satu kelompok manusia yang berbeza dari
kelompok lain dari segi kepentingan bersama,
penyertaan dalam perhubungan yang
mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam
dalam institusi yang dikongsi bersama, dan
mengamalkan budaya yang sama.
(http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/societ
y)

9
Masyarakat / Komuniti
 Satu komuniti tertentu yang tinggal di
sebuah negari atau wilayah, dan
mempunyai adat resam, undang-undang,
serta organisasi yang dikongsi bersama.

“a particular community of people living
in a country or region, and having shared
customs, laws, and organizations”
(http://www.askoxford.com/concise_oed/society)

10
Ciri-ciri
Masyarakat/Komuniti
 Tinggal di negeri/wilayah tertentu
 Berkongsi Budaya
 Berhubungan dan berkerjasama
antara satu sama lain
 Menganggotai institusi dan organisasi
bersama
 Mendokong undang-undang bersama

11
Komuniti / Masyarakat
(Gemeninschaft/Gesellsch
aft)
 Dipelopori oleh ahli Sosiologi Jerman,
Ferdinand Tonnies.
 Gemeinschaft merangkumi interaksi sosial
dalam komuniti yang melibatkan hubungan
primary yang rapat dan bersemuka (face-to-
face) di mana tradisi dan matlamat yang sama
juga wujud.
 Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang
mempunyai hubungan2 sosial yang lebih
specific, impersonal dan instrumental.
Hubungan sosial yang terlibat adalah secondry
dan hanya melibatkan sebahagian darijumlah
individu dalam sesuatu kumpulan itu.

12
…sambungan
 Max Weber mengaitkan ke dua-dua konsep ini
dengan proses integrasi pelaku ke dalam
sesuatu komuniti / masyarakat.
 Asas bagi proses integrasi yang akan
mengakibatkan Gemeinschaft / Komuniti ialah
perasaan kekitaan yang dialami oleh
pesertanya.
 Asas bagi proses yang akan mengakibatkan
Gesellschaft / masyarakat ialah melibatkan
perkiraan atau hubungan kepentingan.

13
Masyarakat Majmuk
 Masyarakat majmuk ialah
masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kelompok ras/etnik yang
berlainan yang berada di bawah
satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri
utama dalam masyarakat ini
adalah konflik, percanggahan dan
paksaan.
14
Masyarakat Majmuk
 Masyarakat majmuk disamakan
dengan konsep PLURALISME
(kemajmukan). Tradisi yang dipegang
dalam konsep ini adalah menganggap
pluralisme sebagai suatu keadaan di
mana pembahagian kuasa wujud di
antara kelompok2 yang disatukan
dengan perasaan taat setia, nilai
bersama dan imbangan kuasa.

15
Masyarakat Majmuk
 J.S. Furnivall
 Masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa
dan adat resam yang tersendiri.
 Van den Berghe
 Ketiadaan konsensus nilai.
 Kepelbagaian Kebudayaan.
 Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan.
 Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial.
 Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi
sebagai dasar integrasi.
 Dominasi politik oleh satu golongan tertentu.
 Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,
utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

16
…sambungan
 Pendekatan Fungsional
 Masyarakat wujud atas dasar konsensus dan nilai
bersama.
 Kritikan mengenai konsep masyarakat
majmuk oleh ahli fungsional:
i. Teori masyarakat majmuk mengabaikan
perpaduan asas yang wujud dalam masyarakat.
ii. Dari segi kaedah teori masyarakat majmuk
menganalisa sistem sosial berdasarkan bidang
kebudayaan. Ini adalah satu pendekatan yang
tidak sesuai dan mengelirukan.

17
iii. Teori masyarakat majmuk
mengabaikan kenyataan sosial kerana
tidak menghiraukan berbagai ikatan yang
wujud di antara anggota dari kelompok-
kelompok yang berlainan, baik sebagai
individu maupun sebagai kelompok.
Selain dari itu, teori masyarakat majmuk
memberi keutamaan kepada perpaduan
yang ada dalam tiap-tiap kelompok
masyarakat sehingga mengabaikan
perpecahan.
18
iv. Masyarakat majmuk bukannya satu
masyarakat istimewa. Ianya tidak banyak
bezanya daripada masyarakat yang
mempunyai susun lapis yang kompleks
atau masyarakat yang menghadapi
masalah2 minoriti. Justeru itu suatu teori
atau pendekatan istimewa tidak
diperlukan untuk menghuraikan
masyarakat majmuk.

19
Kelompok Social (Social
Group)
 Kelompok sosial merupakan satu kelompok
individu yang mempunyai identiti yang sama,
perasaan kekitaan, matlamat yang sama, serta
hubungan sosial yang tertentu.
 T.B. Bottomore (Sociology: a guide to problem
and literature) mendefinisikan kelompok sosial
sebagai satu kelompok sosial yang mempunyai
dua individu:
i- wujudnya hubungan tertentu di antara individu2
tersebut.
ii- tiap-tiap kumpulan itu sedar akan kumpulan itu serta
simbolnya.
 Contoh kelompok sosial adalah keluarga, parti
politik, kesatua sekerja dan negara.

20
Konsep Ras
 The term race distinguishes one population of
humans (or non-humans) from another. The most
widely used human racial categories are based
on visible traits (especially skin color and facial
features), genes, and self-identification. (
http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/race)

 Istilah ras membezakan satu penduduk manusia (atau
bukan-manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim
digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah
sifat visible (terutamanya warna kulit dan bentuk muka),
baka, dan pengenalan diri

21
 Perbincangan berkaitan konsep
Integrasi dan Perpaduan Nasional
seharusnya membincangkan
aspek:
 Proses Sosialisasi
 Proses Pembudayaan

22
Socialization / Sosialisasi
 Sosialisasi adalah sebuah proses
penanaman atau transfer kebiasaan atau
nilai dan aturan dari satu generasi ke
generasi lainnya dalam sebuah kelompok
atau masyarakat. Sejumlah sosiolog
menyebut sosialisasi sebagai teori
mengenai peranan (role theory). Karena
dalam proses sosialisasi diajarkan peran-
peran yang harus dijalankan oleh individu.

23
Jenis-jenis Sosialisasi
sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu Sosialisasi Primer (dalam keluarga)
dan sosialisasi sekunder (dalam masyarakat).
Menurut Goffman kedua proses tersebut
berlangsung dalam institusi total, iaitu tempat
tinggal dan tempat bekerja. Dalam kedua
institusi tersebut, terdapat sejumlah individu
dalam situasi yang sama, terpisah dari
masyarakat luas dalam jangka waktu kurun
tertentu, bersama-sama menjalani hidup yang
terkonkong, dan diatur secara formal.

24
Sosialisasi Primer
 Peter L. Berger dan Luckmann
mendefinisikan sosialisasi primer
sebagai sosialisasi pertama yang dijalani
individu semasa kecil dengan belajar
menjadi anggota masyarakat (keluarga).
Sosialisasi primer berlangsung saat anak
berusia 1-5 tahun atau saat anak belum
masuk ke sekolah. Anak mulai mengenal
anggota keluarga dan lingkungan
keluarga. Secara bertahap dia mulai
mampu membedakan dirinya dengan
orang lain di sekitar keluarganya.
25
Sosialisasi Sekunder
 Sosialisasi sekunder adalah suatu proses
sosialisasi lanjutan setelah sosialisasi primer
yang memperkenalkan individu ke dalam
kelompok tertentu dalam masyarakat. Salah
satu bentuknya adalah resosialisasi dan
desosialisasi. Dalam proses resosialisasi,
seseorang diberi suatu identiti diri yang baru.
Sedangkan dalam proses desosialisasi,
seseorang mengalami 'pencabutan/
kehilangan' identiti diri yang lama.

26
Agen-agen Sosialisasi
 Keluarga
 Kawan-kawan
 Media massa
 Sekolah
 Lain-lain: jiran-jiran, agama,
kesukanan, tempat kerja dll.

27
Budaya
 Keseluruhan yang kompleks yang
terkandung di dalamnya pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, undang-undang,
akhlak, adat resam, dan lain-lain keupayaan
serta kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.

“that complex whole which includes
knowledge, belief, art, law, morals, custom
and any other capabilities and habits
acquired by humans as members of society
(Edward Tylor,1871)

28
…sambungan
 Sistem kepercayaan, nilai, adat resam,
tingkahlaku, dan artifak yang dikongsi bersama
oleh anggota masyarakat, dan digunakan untuk
urusan sesama mereka dan juga untuk
menghadapi hidup di dunia. Perkara-perkara
diperturunkan dari satu generasi kepada generasi
yang lain melalui pembelajaran

“The system of shared beliefs, values, customs,
behaviors, and artifacts that the members of
society use to cope with their world and with one
another, and that are transmitted from
generation to generation through learning.”
(http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropology/courses/122/mod
ule1/culture.html

29
Ciri-ciri utama budaya
 Diperturunkan dari generasi ke generasi
 Dikongsi bersama (shared)
 Dipelajari (learned)
 Menggambarkan nilai dan identiti kelompok
 Menyediakan kerangka rujukan bagi satu-satu
masyarakat
 Bersifat dinamis serta kreatif

30
Sub-budaya
 Sub budaya ialah nilai-nilai dan sikap
sesuatu kumpulan yang
membezakannya dengan kumpulan
budaya lain (budaya utama).

Subculture
The values and related behaviors of a
group that distinguish its members from
the larger culture; a world within a world.
(James M. Henslin, 48)
31
Countercultures
 Countercultures ialah nilai-nilai, kepercayaan
dan tingkahlaku yang bertentangan dengan
budaya utama (luas).

Countercultures
A group whose values, beliefs, and related
behaviors place its members in oppositions to
the broader culture. (James M. Henslin, 49)

32
Stratifikasi Sosial (Social
Stratification)
 The division of large numbers of people into layers
according to their relative power, property and
their prestige; apply to both nations and to people
within a nation, society or other group. (James M.
henslin, 231)

Situasi dimana masyarakat dibahagikan
berdasarkan kepada perbandingan sama ada
kuasa, kekayaan dan prestige. Ia berlaku dalam
satu-satu bangsa, masyarakat dan satu-satu
kumpulan (group)

33
Kelas Sosial (Social Class)
 Konsep ini sukar nak diterangkan. Namun
jika dikaitkan dengan kehidupan harian ia
mungkin bermakna segolongan individu
yang mempunyai kedudukan yang sama
dari segi kuasa politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca2 pengeluaran. Ia
berkait rapat dengan kekayaan, kuasa dan
status sesuatu kumpulan kelas.

34
Institusi Sosial (Social
Institutions)
 Social Institutions is the organized,
usual or standard ways by which
society meet its basic needs.
 Contoh: keluarga, agama,
pendidikan, ekonomi, perubatan,
politik, perundangan, sains
ketenteraan, media dll.

35
Nilai (Value)
 Nilai merupakan satu prinsip
utama yang menyediakan anggota
masyarakat dengan satu ukuran /
standard untuk membuat
pengadilan dan pemilihan
mengenai tindakan dan matlamat
yang tertentu.

36
…sambungan
 Menurut Clyde Kluckhodn, nilai adalah
suatu standard yang agak berkekalan dari
segi masa, atau dalam pengertian yang
luas suatu standard yang mengaturkan
satu sistem perlakuan. Nilai juga
merupakan satu keutamaan (preference)
iaitu sesuatu yang lebih disukai baik
mengenai hubungan sosial maupun
mengenai matlamat2 serta ikhtiar untuk
mencapainya.
37
Norma Sosial (Social
Norm)
 Norma Sosial merupakan kelakuan yang standard
yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan
dan anggota kumpulan itu dijangka akan
mematuhinya.
 Penerimaan terhadap norma sosial adalah
penting untuk mewujudkan perpaduan sesuatu
kelompok atau masyarakat.
 Contoh norma sosial dalam masyarakat seperti
larangan terhadap pembunuhan, pencurian dan
perompakan.
 Tingkahlaku yang bertentangan dengan norma
sosial/ tidak mematuhi norma sosial
dianggap/dikenali sebagai devience .
38
…sambungan
 Norma sosial wujud akibat dari interaksi
sosial. Ia mencerminkan jangkaan bersama
mengenai tingkah laku dakam sesuatu
kelompok.
 Norma sosial dipelajari melalui proses
sosialisasi dan internalisasi.
 Ia tidak tetap dan berubah-ubah dari masa
ke semasa.
 Ia dipengaruhi oleh kawalan sosial (social
control) dalam bentuk folkways dan mores
yang telah dipopularkan oleh W.G. Summer.

39
Devien
 The violation of rules or norms.

 Jadi, dalam masyarakat yang
menganggap kejujuran sebagai
satu standard kelakuan/norma,
maka penipuan adalah devience.

40
Konflik Sosial (Conflict
Social)
 Konflik sosial adalah pertentangan secara
langsung dan sedar di antara individu atau
kumpulan untuk mencapai matlamat
bersama.
 Untuk mencapai matlamat bersama ini, pihak
lawan yang terlibat dalam sesuatu konflik itu
perlu ditewaskan terlebih dahulu.
 Dalam situasi konflik, oleh kerana timbulnya
permusuhan yang kuat, kerap kali penewasan
lawan dianggap lebih penting dari pencapaian
matlamat.

41
Keseimbangan Sosial
(Social Equalibrium)
 Dalam bidang sains sosial konsep ini membawa
pengertian harmoni dan penyesuaian di antara
bahagian-bahagian sesuatu sistem sosial yang
dianggap sebagai satu keseluruhan yang
bersifat integrasi.
 Pelopor konsep ini adalah Herbert Spencer.
Kemudian konsep ini digunakan dengan lebih
teratur oleh Vilfredo Pareto dalam bukunya The
Mind and Society.

42
Kesepaduan Sosial (Social
Cohesion)
 Kesepaduan sosial adalah keadaan di mana anggota
kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat dari
interaksi dan ikatan sosial yang tertentu.
 Apabila wujud tingkat kesepaduan yang tinggi, anggota
kelompok yang berkenaan mempunyai perasaan kekitaan
(espirit de corp) di antara satu dengan lain.
 Kesepaduan sosial juga melibatkan kesepakatan
berhubung dengan matlamat, nilai, norma dan peranan
sesuatu kelompok itu.
 Konsep ini banyak dibincangkan oleh Auguste Comte dan
Durkheim.
 Antara buku Durkheim yang mendapat perhatian adalah
the division of labour in society, suicide dan elementary
forms of religious life.

43
Kerjasama (Cooperation)
 Kerjasama ialah interaksi sosial
yang melibatkan individu atau
kelompok dalam membuat
tindakan bersama bagi mencapai
matlamat yang sama.

44
Diskriminasi
 Diskriminasi bermakna layanan
yang berbeza-beza terhadap
individu atau kumpulan atas dasar-
dasar tertentu, seperti ras,
kebudayaan, jantina, agama, atau
kelas sosial.

45
Etnosentrisme
(Ethnocentrism)

 Percaya bahawa sifat dalaman satu-satu
kelompok etnik atau budaya seseorang itu
adalah superior dari kelompok atau budaya
orang lain (the belief in the inherent
superiority of one's own ethnic group or
culture)
 Kecenderungan melihat kelompok atau budaya
asing dari kacamata budaya sendiri
(a tendency to view alien groups or cultures
from the perspective of one's own)
(http://www.infoplease.com/dictionary/ethnocentrism)
46
Prasangka (Prejudice)
 Prasangka adalah satu sikap yang kurang baik
(atau yang baik) terhadap individu atau
kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu
spt ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas.
 Prasangka biasanya berbentuk prejudgement
(sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum
ditinjau fakta2 yang berkenaan).
 Namun begitu, sikap atau penilaian itu tidak
berubah walaupun individu tersebut terdedah
dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti2
yang baru.

47
Akomodasi
(Accommodation)
 Akomodasi adalah satu proses
apabila kelompok2 yang berkonflik
bersetuju untuk menghentikan
atau mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara
aman damai baik untuk sementara
atau selamanya.

48
Asimilasi (Assimilation)
 Proses pencantuman dan
penyatuan di antara kelompok
atau individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu
kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama.

49