You are on page 1of 7

Laksa Kuala Kedah

bahan-bahannya:

sepeket dua bihun laksa… kemudian rendamkan dgn air selama 2-3 jam.. lagi lama lagi bagus..
rebuskan dgn api sederhana sehingga laksa menjadi lembut dan tapiskan didlm penapis..
kemudian curahkan air sejuk.. dan tutup sehingga sedia utk dihidang…

utk kuah –> (main agak².. tidak ada sukatan tertentu.. pepandai lah yer):
segenggam dua cili kering (dipotong dan direbus atau direndam dgn air panas)
10-15 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang besar
seketul kecil belacan
semua bahan di atas dikisar halus
sekilo atau lebih ikan.. contoh yg baik..ikan kembung, ikan tenggiri, ikan tongkol, ikan kacang,
ikan selar, (ikan selayang pun boleh.. tapi tak direkemenkan di sini sbb isinya tak semanis ikan
kembong… kalau nak sedap.. campur lebih dari sejenis ikan.. contoh.. ikan kembung dgn ikan
tongkol)
1-2 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesom (asingkan daun dari batangnya)
6-10 keping asam keping (gelugor)
garam dan bahan perasa
caranya
ikan dibersihkan dan direbus (masukkan sedikit garam halus dlm rebusan)
kemudian asingkan isi dan tulang.. (tulang yg besar dan keras tak payah diambil).. jgn dibuang
air rebusan ikan…
kisarkan isi ikan (berasingan dari tulang) dlm blender (campur sedikit air)
begitu jugak dgn tulangnya.. kisar dlm blender.. kemudian tapiskan tulang tersebut..
jgn lupa tambahkan air semasa proses menapis…
campurkan cili yg dikisar bersama bawang ke dalam periuk yg sederhana besar.. dan masukkan
sekali kisaran isi ikan dan air tulangnya.. jgn lupa air rebusan ikan… campurkan air sehingga
mencukupi kuahnya.. jgn terlampau cair dan terlampau pekat.. masukkan daun kesom dan bunga
kantan yg dibelah empat dan asam keping.. biarkan diatas api sehingga mendidih… masukkan
garam dan perasa… kemudian pandai²lah ejas sendiri rasanya tu.. biar cukup rasa asam,
garamnya.. baru sedap beb..

bahan ulamnya (Kuala Kedah spesel ni.. tempat lain mungkin berbeza):
seikat dua daun selom - dihiris halus
sebiji dua timun (jgn yg tua.. byk bijinya..tak sedap) - dipotong nipis membulat.. kemudian
disusun dan dipotong memanjang pulak…
dua tiga ulas bawang besar - dibelah dua dan dipotong nipis
hirisan limau nipis - utk perahan (jika suka lebih masam)
cili api - dipotong kecil²
option : gantikan daun salad atau pucuk putat sekiranya tak dpt daun selom.. tapi tak umpphh
mcm daun selom.. lemak berkrim disukai ramai.. hehehe..
bahan pelengkap rasa Laksa Kuala Kedah - SAMBAL NYIOQ (KELAPA)
sebiji kelapa parut
sedikit cili kering yg direndam atau direbus terlebih dahulu
sedikit air masak (lebih baik air masak sbb sambal ini dah tak dimasak)
sedikit garam dan perasa
cara:
masukkan cili kering dan air ke dlm blender dan kisar cili hingga lumat…
kemudian masukkan kelapa dan ditambah sedikit air.. jgn byk sgt..
tak lupa garam dan perasa.. kemudian kisar bahan ini sambil digaul dgn penggaul yg biasanya
disediakan bersama blender.. kisar sehingga betul² sebati kelapa dan cili..
kemudian masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti sejuk.. masukkan bersama laksa di

dlm pinggan apabila sedia utk dimakan…

cara nak makan.. heheheheee (part paling best sekali nih):
masukkan bihun laksa dlm pinggan…
taburkan ulam²an dan sambal kelapa..
perahkan limau nipis jika suka..
dan sendukkan kuah ke atasnya (yg tengah berasap tu)…
masa ni.. dia punya bau.. fuhhhh….
betapa terangkatnya…. makan tu..
jgn toleh² kiri dan kanan…
hehehe.. selamat menjamu selera diucapkan…
issskkk… karang² ni.. terasa meleleh la pulak air liur..
tak buleh jadi ni..

LAKSA KEDAH

(Resepi ni aku tengok arwah mak buat dan sejak kawen aku buat sendiri ikut suka tangan aku.

Bahan-bahan

Laksa kering

Ikan (yg ni aku guna ikan sardin + ikan kembung)- ikan sardin tu bukan ikan yg dlm tin tu yer..
ikan basah.

cili kering
bawang

Asam gelugur/keping

bunga kantan

daun kesum (daun cendehom kalau kat utara ni)

garam

(amaun dia ikut suka hati)

Cara-cara

Rendam laksa dulu dalam air.

Kemudian rebus ikan, letakkan asam keping di dalamnya.

Ini rupa ikan yang telah direbus. Ikan ini kemudiannya diasingkan antara isi dan tulang. Jangan
dibuang tulang ikan tersebut.

Selepas siap dikopek, isi ikan boleh dihancur2kan.. tapi aku lebih suka blend sebab nanti kuah
akan jadi lebih pekat.

Tulang ikan itu pulak diblender, tapis ambil airnya. Mak aku ajar, tulang ikan tu blender banyak
kali sampai air tulang tu jadi jernih..

Masukkan air tulang ikan dan isi ikan ke dalam periuk.

Sediakan cili kering (yg telah direndam), lebih kurang 12 tangkai (atau lebih), bawang merah (5
ulas ), bawang besar (2 labu) dan belacan (suka hati)- kalau anda allergy, tak bubuh pun takper.
Bahan2 atas ni diblender sekali dan kemudian masukkan ke dalam kuah tadi.

Kemudian, sediakan pula daun kesom, bunga kantan dan asam keping

Masukkan ke dalam kuah tadi.
Rebus kuah tadi hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Sekiranya kurang masam,
boleh ditambah lagi asam keping.. sekiranya mahu pedas lebih, boleh tambah lagi cili kisar.

Sediakan ulam-ulaman

Aku guna apa yg ada jer

1. daun selom

2. timun

3. bawang

4. cili padi

5. telur

Selain ulam diatas, boleh juga ditambah

Daun janggus, limau nipis.. adajugak org letak nenas

Selain dari tu ada juga org buat sambal kelapa..

Aku rebus 2 jenis laksa.. Satu laksa halus dan satu laksa urat besar. Laksa halus ni lebih kurang
besar bihun, glamer kat belah siam. Laksa besar ni yg mcm laksa biasa tu.
Laksa urat halus

Laksa urat besar..

Okay… dah siap semuanya.. senduk laksa, masukkan ulam-ulaman dan tuang kuah ke atas laksa.

Biasanya aku akan picit limau nipis dan juga campur kicap. Feveret aku kalau makan laksa mesti
nak letak kicap..
Inilah hasil laksa buatan tangan aku.. Aku memang suka buat kuah pekat, baru kick…

Selamat mencuba…