You are on page 1of 6

Siti Irana Binti Ali

D20052023836,
Ijazah Pendidikan Sains Sukan,
Blok 1-1-4 Kolej Harun Aminurrashid,
35900 Tanjong Malim,
Perak.


Profesor Dr. Shaharudin bin Abdul Aziz
Timbalan Naib Canselor (Hep&A)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan. 15 Mac 2011

Tuan,

Memohon Untuk Dibenarkan Tinggal di Kolej KHAR Sehingga Bergraduasi dan Menjadi
Pelajar Semula Untuk Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian September Tahun
Ini

Saya seperti nama di atas Siti Irana Binti Ali, no matriks D20052023836 memohon untuk tinggal
di kolej iaitu Kolej Harun Aminurrashid ketika cuti semester ini dan juga untuk semester depan
sehingga saya bergraduasi pada bulan Julai tahun ini dan sehingga saya menjadi pelajar Ijazah
Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian yang akan mula dijalankan dan ditawarkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris September tahun ini.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan saya ialah pelajar yang mengalami kemalangan pada tahun
2009 iaitu pada Semester 2 Sesi 2008/2009, ketika itu saya berada dalam semester 7. Pada 17
April 2009 saya telah mengalami kemalangan. Jadi kesan dari kemalangan tersebut saya koma
dan di tahan di hospital sehingga 30.5.2009, saya dikeluarkan dari wad hospital pada tarikh
tersebut. Saya menangguhkan pengajian saya iaitu hamper setahun dari tarikh saya kemalangan
sehingga saya menyambung pengajian saya semula pada Semester 2 Sesi 2009/2010 iaitu tarikh
saya melaporkan diri semula di UPSI ialah pada 26 Disember 2009 Di Kolej Harun
Aminurrashid mendaftarkan diri untuk penempatan di kolej. Pada ketika itu saya masuk semula
untuk semester 8 tetapi saya mengulang untuk semester 7 kerana ketika saya kemalangan saya
berada di semester 7.
3. Oleh itu dari awal semester 2 Sesi 2009/2010 lagi semasa saya mula menyambung
pengajian saya lagi, saya telah berulang- alik ke hospital Seremban untuk rawatan doktor dan
juga terapi. Hanya bermula di hujung bulan April tahun ini saya telah dipindahkan untuk terapi
ke hospital Slim River. Serta saya juga dirujukkan di Hospital Kuala Lumpur untuk Terapi
Klinikal Psikologi, tetapi rawatan doktor sepenuhnya masih lagi di hospital Seremban.dan untuk
kedua- dua sesi ini iaitu rawatan doktor dan terapi masih lagi di jalankan ketika cuti
semester.Oleh sebab itu pada masa itu saya memohon untuk tinggal di kolej untuk cuti semester
pada semester tersebut . Dari mula saya menyambung semula pengajian saya bulan Disember
2009 rawatan doktor dan terapi saya perolehi dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Oleh
kerana jarak antara Seremban dan Tanjong Malim memakan masa 2 jam, jadi doktor telah
pindahkan saya ke Hospital Slim River untuk terapi kerana doktor faham keadaan saya sebagai
pelajar dan keupayaan saya. Kerana ketika itu keadaan kesihatan saya masih berada pada tahap
teruk lagi, masih mengalami kesakitan yang teramat sangat dan pergerakan saya juga sangat
lemah jika dibandingkan dengan sekarang. Oleh kerana ketika saya masih mendapat terapi di
Hospital Tuanku Jaafar Seremban saya juga diberikan juga terapi di Unit Psikologi Kaunseling
namun bila saya dipindahkan terapi di Hospital Slim jadi saya hanya dapat bertemu klinikal
psikologi hanya bila saya ada temujanji rawatan doktor iaitu jarak sesi tersebut adalah jauh iaitu
antara 2-3 bulan. Sebenarnya secara emosi saya memang sangat memerlukan terapi psikologi
kerana terapi dari Klinikal Psikologi memang juga saya perlukan kerana pendekatan yang
digunakan semasa sesi terapi bersama Klinikal Psikologi sedikit sebanyak membantu saya
memulihkan kembal semangat saya. Tetapi bila saya dipindahkan terapi di Hospital Slim
memang saya sudah tidak ada tempat untuk berkongsi tentang masalah yang saya hadapi dengan
Klinikal Psikologi dan saya meminta pendapat Klinikal Psikologi Seremban jika saya boleh
mendapatkan bantuan dari kaunselor. Itu terpulang pada saya kerana dia pun faham dengan
keadaan saya secara fizikal dan mental pada masa itu saya memang sangat lemah. Jadi buat
pertama kalinya saya mendapatkan khidmat kaunseling di UPSI pada awal bulan Januari 2010.
Di sini memang ada perbezaan walaupun kaunselor yang berikan saya sesi kaunseling sangat
baik dan betul- betul nak membantu saya dari segi emosi namun pendekatan antara Kaunseling
dan Psikologi adalah sangat berbeza. Walaupun saya berjumpa Psikologi Klinikal Hospital
Seremban jaraknya sangat jauh dan sangat jarang namun sesi Klinikal Psikologi memang
membantu saya menaikkan semangat saya, namun tidak dari segi sesi kaunseling. Saya rasa saya
mendapat sesi Kaunseling lebih banyak daripada sesi dengan Klinikal Psikologi tetapi Klinikal
Psikologi beri perubahan positif pada semangat dan pemikiran saya berbanding Kaunseling.
Namun sesi KLinikal Psikologi di Hospital tidak dapat saya teruskan dengan kerap kerana
jaraknya dengan Tanjong Malim adalah jauh. Kerana masalah jaraklah saya sudah tidak lagi
dapat sesi Klinikal Psikologi masuk semester baru kerana untuk semester depan saya akan
menjalani Latihan Mengajar.
4. Keadaan saya setahun yang lepas sangat teruk secara emosi dan fizikal saya sangat sakit
dan lemah. Seterusnya masuk semester baru iaitu pada Semester 1 Sesi 2010/2011 pada ketika
itu saya berada di semester 9 dan pada semester ini saya menjalani Latihan Mengajar yang
bermula pada pada 5.7.2010 dan berakhir pada 15.10.2010. Dari awal Latihan Mengajar
sehingga bulan 9 saya telah mengalami kesakitan yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke
kecemasan Pusat Kesihatan Tanjong Malim dan Hospital Slim River. Bilangan saya dibawa ke
kecemasan di kedua tempat amat kerap dan banyak kali sehingga semua fellow di KHAR sudah
pernah menghantar saya ke kecemasan dan juga sudah tahu dengan masalah kesihatan saya. Saya
adalah pelajar Jurusan Sains Sukan jadi untuk Latihan Mengajar saya mengajar Subjek
Pendidikan Jasmani. Jadi dengan keadaan saya yang mengalami masalah kesihatan iaitu akibat
kecederaan pada otak kanan saya menyebabkan badan sebelah kiri saya mengalami Hemiparesis
atau lemah. Selain itu, tulang belakang saya pada bahagian bawah dan juga tulang bahu kiri saya
beralih atau pun mengikut diagnos doktor ialah Subluxation untuk bahu kiri dan juga Lower
Back Pain untuk sakit pada tulang belakang. Oleh kerana itu semasa Latihan Mengajar saya
tetap kena menjalankan tugas seperti guru lain masuk ke kelas dan saya juga mengajar
Pendidikan Jasmani. Jadi bila ada di sekolah dengan keadaan saya yang tidak sihat dan banyak
bergerak masuk ke kelas mengajar juga berdiri dan banyak berjalan dan bergerak. Memang bagi
individu yang tidak menghadapi masalah seperti saya mungkin hanya merasa penat tetapi selepas
berehat penat tersebut akan hilang tetapi bagi saya apa yang saya alami adalah penat dan
kesakitan yang teramat sangat. Oleh kerana itu dari awal Latihan Mengajar iaitu pada bulan Julai
hingga bulan Oktober 2010 saya kerap sakit dan terpaksa meminta bantuan JMK KHAR
menguruskan saya di hantar ke hospital oleh Fellow KHAR. Hingga semua Fellow KHAR tahu
masalah kesihatan yang saya alami dan semua Fellow KHAR pernah mengantar saya ke
Kecemasan samada di Pusat Kesihatan Tanjong Malim atau Hospital Slim River.
5. Pada cuti sem lepas 29.12.2010 saya telah mengalami sakit paling teruk sehingga
ambulans Pusat Kesihatan UPSI datang dan bawa saya ke pusat kesihatan dan diberi suntikan
untuk ubat tahan sakit, namun ubat yang disuntik itu tidak dapat membantu saya merasa lega
dengan kesakitan yang saya alami. Doktor dan staff pusat kesihatan tahan di wad sehingga pukul
4.30 petang. Mereka tak dapat tahan dan merawat saya lebih lama kerana waktu bertugas mereka
sudah mahu habis, jadi pukul 4.3o petang saya dihantar balik semula ke KHAR dan staf nurse
telah berpesan pada saya jika malam nanti saya sakit lagi mereka minta saya telefon minta
bantuan awal. Memang masa saya sampai dibilik kesakitan yang saya alami memang masih ada
dan saya hanya bertahan dan cuba untuk hilangkan rasa sakit tersebut dengan tidak memikirkan
tentang sakit itu. Namun sakit itu memang ada dan walaupun saya cuba untuk membuangnya
dari ingatan namun tidak boleh sehinggalah saya telefon semula pusat kesihatan pada pukul 8.30
malam dan mereka datang pada pukul 9.00 malam dan terus membawa saya ke hospital Slim
River di Wad Kecemasan. Pada ketika itulah Doktor Senior iaitu Doktor Noel yang bertugas
pada malam itu dan dia berikan saya dan menyuntik kepada saya Pain Killer yang membuat
saya tidur hingga pagi dan sebelum keluar Doktor Noel juga beri saya Pain Killer berbentuk
tablet untuk saya bawa pulang dan boleh saya makan bila mengalami kesakitan yang teramat
sangat lagi.Ubat tersebut diberikan untuk stok sehingga saya berjumpa doktor yang merawat
saya di Hospital Seremban pada 23.3.2011 dan pada masa itu saya akan minta pada doktor pakar
yang merawat saya untuk menyambung stok ubat tersebut kepada saya. Memang ubat Pain
Killer tablet tu membantu saya rehat dan menghilangkan kesakitan namun ia akan buat saya
tidur dan lemah untuk seminggu baru kesan ubat itu akan betul- betul hilang. Jadi sepanjang
seminggu kesan ubat itu masih ada saya hanya berbaring dan banyak tidur bila saya bangun ia
akan buat saya hilang kestabilan dan keseimbangan seperti orang mabuk rasa huyung dan pening
bila mahu berjalan. Pada pendapat saya untuk pelajar yang mengalami masalah kesihatan tempat
terbaik dan selamat ialah tinggal di kolej kerana di kolej kebajikan, keselamatan dan kesihatan
pelajar terjaga dan selamat. Kerana sepanjang saya berulang ke hospital untuk terapi di Hospital
Slim ada seorang pelajar dia ada masalah kesihatan dan dia dirujukkan jumpa Pakar Jantung di
Hospital Slim oleh Doktor Pusat Kesihatan UPSI.

Untuk pengetahuan pihak tuan sepanjang bulan lepas dan bulan ini serta bulan hadapan juga
jadual saya ke hospital penuh, saya ada peperiksaan doktor pada 30.11.2010.Manakala pada
29.11.2010 pula ada rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan di Hospital Slim River pada
6.12.2010 untuk terapi Pemulihan carakerja dan 8.12.2010 untuk Fisioterapi. Untuk rawatan di
Hospital Slim River dan Hospital Kuala Lumpur sentiasa diberikan iaitu selang 2 minggu sekali.
6. Di dalam surat ini juga saya lampirkan salinan kad- kad temujanji hospital untuk terapi dan
juga rawatan doktor. Ini juga adalah bukti menunjukkan yang saya benar- benar berharap dapat
tinggal di kolej untuk cuti semester sem ini dan juga sehingga saya bergraduasi saya dibenarkan
untuk tinggal di KHAR.
7.. Dan saya memohon untuk dibenarkan tinggal di bilik dan rumah yang sama kerana
kelemahan anggota badan yang saya alami. Kesan kemalangan tahun lepas telah menyebabkan
fizikal saya lemah yang teramat sangat di bahagian kiri.Pergerakan hanya mampu saya lakukan
pada anggota badan sebelah kanan tetapi bahagian badan kiri saya tidak dapat digerakkan seperti
bahagian kanan. Saya mengalami ketidakupayaan untuk melakukan kerja- kerja seperti
mengangkat barang- barang berat dan bergerak banyak. Sedangkan bangun dari berbaring di
katil pun saya pernah jatuh. Ini pula nak berpindah- pindah. Memang saya tidak mampu untuk
melakukannya.
8. Di dalam surat ini juga saya lampirkan salinan laporan kesihatan saya. Laporan kesihatan
ini menyatakan keadaan saya serba sedikit apa yang saya alami. Saya benar- benar berharap
dapat tinggal di bilik dan rumah yang sama untuk semester depan iaitu Semester 2 Sesi
2010/2011.
9. Saya berharap permohonan saya ini akan diluluskan. Kerjasama dari pihak Tuan amat
saya hargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar


...............

( SITI IRANA BINTI ALI )
Pelajar Pendidikan Sains Sukan
D20052023836
.























Encik Nor Azman bin Haji Mohd Ramli
Pengetua Kolej Harun Aminurrashid,
Kolej Harun Aminurrashid (KHAR),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.