You are on page 1of 12

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Pada hari Rabu iaitu 4 April 2012, pelajar PISMP Semester 5 dari kumpulan G 5.3 dan
G 5.6 telah mengadakan lawatan ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di Jabatan
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia yang terletak di Putrajaya.
Rombongan seramai 36 orang diiringi oleh Encik Yusoff. Rombongan kami telah
bertolak seawal jam 8.30 pagi dan tiba di sana sekitar jam 9 00 pagi. Tujuan lawatan ini
diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai perkhidmatan terapi
yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Di samping itu, lawatan ini juga
merupakan satu pengalaman dan lawatan ilmiah yang bertujuan mendapatkan
informasi yang lebih mendalam mengenai jenis-jenis terapi beserta peralatan dan
kemudahan lengkap yang terdapat di sana. Peluang inilah yang harus digunakan
dengan sebaiknya oleh guru-guru pelatih agar informasi yang diperolehi dapat
dipratikkan kelak.
Ketibaan kami disambut oleh pegawai di sana dengan tangan yang lapang. Acara
lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Encik Habib mengenai kakitangan,
sejarah penubuhan dan terapi-terapi yang terdapat di sana. Kemudiannya,kami pun
berpecah kepada 2 kumpulan untuk melawat pelbagai jenis bilik terapi.
Bilik pertama yang kami lawati ialah bilik untuk terapi penglihatan. Kami menjumpai
pelbagai jenis kanta dan komputer yang telah diubah suai,khusus untuk individu yang
mengalami masalah penglihatan.
Seterusnya kami beredar ke bilik yang kedua iaitu bilik terapi main. Kami sangat teruja
melihat pelbagai permainan yang amat menarik. Kemudian, kami bergerak ke bilik
multisensori. Bilik tersebut amat menarik perhatian kerana terdapat lampu yang
berwarna-warni, muzik dan visual yang amat menenangkan.
Selain itu, kami juga telah mengunjungi bilik terapi pendengaran. Terdapat pelbagai alat
untuk membuat ujian pendengaran. Salah seorang daripada kami telah mencuba
sendiri alat tersebut.
Dan bilik yang terakhir ialah bilik terapi pertuturan. Disebabkan tiada klien pada masa
tersebut, kami mengambil peluang untuk melihat bahan bantu mengajar yang
digunakan. Setelah selesai lawatan, kami beredar ke ruang legar. Sesi ini diteruskan
dengan ucapan penghargaan daripada pihak pegawai di sana. Beliau turut
menerangkan mengenai ruang dan peluang kerjaya yang boleh kami ceburi jika ingin
melanjutkan pengajian pada masa akan datang.

Sebelum kami beransur pulang,ucapan penghargaan telah disampaikan oleh wakil
kelas iaitu Aziz Azwan bin Karim dan hadiah cenderamata dan buah tangan
disampaikan oleh pensyarah kami iaitu,Puan Jariyati binti Jahri.
Kesimpulannya, kami telah dapat melihat gambaran secara kasar mengenai terapi-
terapi yang dijalankan dan diamalkan di sekolah-sekolah pendidikan khas. Terdapat
idea yang kritis dan kreatif yang boleh diambil untuk dipraktikkan di sekolah. Kami
berharap agar akan ada lagi lawatan sebegini dijalankan pada masa akan datang.










Laporan Lawatan Terapi Bowling
Pada 29 Mac yang lalu, seramai 16 orang ahli kumpulan G5.3 PISMP Semester 3 IPG
IK diiringi oleh Puan Jariyati selaku pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan
ke Indah Parade, Petaling Jaya untuk melihat murid-murid PPKI dari Sekolah
Kebangsaan Seri Permaisuri menjalankan terapi bowling. Kami tiba di pusat bowling
tersebut pada jam 11.00 pagi.

Ketibaan kami disambut oleh guru pembimbing, Puan Ng. Selepas berkenalan dengan
guru-guru pembimbing yang ada di sana, kami pun memulakan pemerhatian kami
terhadap cara pelaksanaan terapi bowling. Kami tidak diizinkan untuk berada di
kawasan permainan bowling memandangkan kasut khas perlu dikenakan semasa
aktiviti dijalankan.

Terdapat beberapa kelebihan terapi bowling yang dapat dilihat. Antaranya adalah :
Mendedahkan murid PPKI dengan persekitaran luar dalam usaha untuk
merealisasikan proses P&P.
Mengembangkan minda pelajar dan memberi mereka peluang untuk
bersosial.
Menambahkan pengetahuan mereka di bawah kendalian guru mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik, dan Moral.
Memberi pendedahan tentang permainan bowling dan aspek pengurusan diri.
Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dikalangan pelajar.
Melatih keseimbangan murid-murid.
Murid-murid sangat menyukai aktiviti terapi ini. Mereka bermain dengan bersungguh-
sungguhdan memberikan sokongan kepada rakan mereka yang sedang bermain. Hal
ini secara tidak langsung membina kemahiran komunikasi murid-murid PPKI.

Berikut merupakan temubual dengan Ramesh, seorang murid PPKI yang sangat mesra
dan talkative! Temubual ini dirakam sebelum murid-murid PPKI berangkat pulang.


Aktiviti terapi bersurai pada jam 12.30 tengahari. Sebelum berangkat pulang, ahli G5.3
sempat mengadakan pertandingan bowling sesama mereka.

Saya mendapati bahawa murid-murid PPKI tidak dapat menjatuhkan pin bowling. Hal ini
mungkin akan mengurangkan minat mereka terhadap permainan ini memandangkan
mereka menghadapi kesukaran untuk berjaya. Oleh itu, saya mencadangkan agar lane
bowling ini dilengkapi dengan pagar.

Ini merupakan gambar yang diambil sewaktu saya menjalankan aktiviti PBS di SK.
Bangsar pada tahun 2011. Saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi bowling
mereka.Apabila lane ini dipagar, peratus kejayaan murid untuk menjatuhkan pin akan
meningkat. Murid-murid akan berasa lebih teruja dan bermotivasi untuk meneruskan
aktiviti terapi ini.

Sekian sahaja laporan daripada saya. Semoga kami akan dapat menyertai lebih banyak
lawatan yang dapat meningkatkan ilmu kami mengenai aktiviti terapi agar kami dapat
mengaplikasikannya semasa berada di sekolah kelak.
















Lawatan ke Yayasan Kiwanis Pusat Sindrom Down Negara

Pada 4 April yang lalu, seramai 118 orang ahli kumpulan G5.3 PISMP Semester 5 IPG
IK diiringi oleh Puan Jariyati selaku pensyarah pembimbing telah mengadakan lawatan
ke Yayasan Kiwanis Pusat Sindrom Down Negara yang terletak di Lot 13490, Jln
Jenjarum (Off Jalan SS 23/1 Taman SEA) 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Rombongan kami meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk ke
Yayasan Kiwanis tepat jam 8.00 pagi. Rombongan dijangka tiba pada jam 8.45 pagi.
Namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan rombongan kami tiba di
Yayasan Kiwanis pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh pegawai di sana
dengan tangan yang lapang.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih
kumpulan G5.3 ini mengenai pengurusan sesebuah agensi bukan kerajaan yang
mengambil berat terhadap kanak-kanak Sindrom Down dan menimba sedikit ilmu
berkaitan program serta cara pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan oleh pihak
Yayasan Kiwanis.

Sejak diasaskan pada tahun 1915, Kiwanis telah berkembang kira-kira
8,000 kelab di 96 buah negara, dengan lebih daripada 260,000 orang dewasa dan
320,000 ahli belia. Di Malaysia, terdapat 53 kelab Kiwanis di seluruh
negara,dengan lebih daripada 1,400 orang ahli. Apakah yang dimaksudkan
dengan nama "Kiwanis"? Apa moto Kiwanis?.

Maksud Kiwanis
Nama "Kiwanis" adalah daripada frasa Indian Amerika yang bermaksud
"to express ones self".

Moto Kiwanis
Moto Kiwanis adalah: "Serving the Children of the World"

Lawatan kami dimulakan dengan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kami
diterangkan bagaimana Yayasan Kiwanis ini berfungsi kepada ibu bapa dan kanak-
kanak down sindrom ini. Terdapat banyak kelas di Yayasan kiwanis yang menempatkan
kanak-kanak Down sindrom. Bukan itu sahaja, banyak bilik istimewa yang ada seperti
Katorea Childrens Library, bilik terapi kerja, kolam renang khas, taman permainan, bilik
sumber dan sebagainya disediakan. Kesemua infrastruktur yang disediakan ini
berfungsi bagi membantu perkembangan kanak-kanak tidak kira dari segi fizikal
mahupun mental. Kebiasaannya, pada awal pagi sebelum sesi pengajran dan
pembelajaran dimulakan, kanak-kanak ini akan dibawa bermain di taman permainan
bagi memastikan minat murid untuk masuk ke kelas dapt diwujudkan.

Bukan itu sahaja, terdapat sudut literasi bahasa di setiap kelas di mana guru akan
membawa murid untuk belajar bahasa. Selain itu, terdapat juga bilik darjah yang
disusun seperti bilik darjah disekolah normal. Menurut Puan Angie ini bertujuan untuk
melatih kanak-kanak sindrom down yang sudah boleh berdikari mengalami situasi dan
pengalaman belajar di dalam bilik darjah yang normal sebelum masuk ke alam
persekolahan yang normal kelak. Kanak-kanak ini juga diajar cara makan pada setiap
kali sesi rehat di mana setiap kanak-kanak ini akan diajar cara membuka tupperware,
pegang sudu dan garpu, cara mengigit dan mengunyah makanan serta cara tatatertib
yang betul ketika makan.

Kebanyakkan infrastruktur yang ada di yayasan Kiwanis ini adalah sumbangan
daripada individu-individu dan syarikat yang sedar akan nasib kanak-kanak ini dan
pemurah memberikan bantuan yang banyak tidak terhingga. Seperti bilik terapi cara
kerja, peralatan dan kemudahan yang ada sungguh banyak, lengkap dan selamat
digunakan. Bukan itu sahaja, kami semua terkejut apabila dibawa masuk ke dalam bilik
sumber Yayasan Kiwanis ini di mana terdapat banyak bahan bacaan, latan permainan
dan sebagainya yang ada di dalam bilik itu. Sekali pandang ibarat bilik sumber ini
seperti sebuah kedai besar yang menjual peralatan untuk belajar.

Lawatan kami tamat pada jam 11.00 pagi. Sebelum bertolak pulang ke Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, kami sempat mengadakan majlis penutup secara
kecil-kecilan bagi menyerahkan sedikit sumbangan dan cenderahati kepada pihak
pengurusan Yayasan Kiwanis yang sudi menerima kunjungan kami. Kami bertolak
pulang pada jam 11.30 pagi.


*Gambar-gambar di KIWANIS.*









LAPORAN TERAPI SENI
Pada 30 Mac 2010, kumpulan G 5.3 telah menjalani aktiviti terapi seni di Dewan Dato
Razali bersempena dengan Pameran Guris anjuran Jabatan Pendidikan Seni Visual.
Aktiviti bermula pada jam 9 hingga 10.30 pagi. Aktiviti ini diadakan untuk memenuhi
kehendak subjek PKB 3109 dimana kesemua guru pelatih dikehendaki untuk menjalani
amali terapi dan antaranya ialah terapi seni. Antara aktiviti yang dapat dijalankan
sepanjang Pameran Guris ini adalah mewarna batik, membuat tembikar dan juga
membuat bentuk daripada doh tepung yang telah disediakan.


Melalui pameran ini juga ,kami dapat melihat beberapa hasil seni yang dipamerkan
begitu menarik dan menunjukkan tahap kreativiti pelukis itu sendiri. Seperti yang kita
ketahui dalam setiap hasil lukisan tangan tidak aka nada yang sama walaupun daripada
pelukis yang sama. Antara hasil seni yang dipamerkan ialah:


*Antara karya yang begitu menarik dan mempunyai maksud yang tersendiri.*


* Hasil karya yang menunjukkan pergerakan dan keseimbangan.*


*Kraf Tradisional yang terdiri daripada alat perhiasan diri dan juga tembikar.*

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:


*Membuat tembikar daripada tanah liat.*


*Membentuk doh tepung.*


*Antara hasil seni yang telah siap.*


Kesimpulannya, berdasarkan kepada lawatan ke Pameran Guris dimana melibatkan
terapi seni kepada semua guru pelatih. Kami memperolehi pelbagai pengalaman yang
boleh diaplikasikan bersama - sama dengan murid - murid pendidikan khas. Ia juga
memberi idea untuk kami melaksanakan terapi seni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.