You are on page 1of 2

CHIA CHIN MEI N3 (SYARAHAN)

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Encik


Mohamad Termizi bin Rafie, rakan-rakan serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu,
saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi
syarahan pada pagi yang berbahagia ini. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum.

Hadirin sekalian,
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah.
Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum di sekolah iaitu aktiviti badan beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan
menyertai kegiatan kokurikulum kerana mendatangkan banyak faedah.

Pertama sekali, dengan menyertai kegiatan kokurikulum, pelajar dapat
memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya
seperti merokok, melepak, dan mencuri. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat
menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam kalangan
remaja. Pelajar juga dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan mempelajari
kemahiran yang tidak terdapat dalam buku teks.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi
seorang pemimpin. Terdapat pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
sesuatu jawatan, maka mereka akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti
persatuan. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti ini, pelajar akan lebih bijak
dalam menguruskan sesuatu aktiviti atau perkara tanpa bantuan guru-guru mereka.
Aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk keberanian dan keyakinan dalam diri
seorang pelajar itu.

Hadirin yang dihormati,
Selain daripada yang disebut, kegiatan kokurikulum juga akan mengukuhkan
lagi perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahli
yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul untuk berbincang atau bertukar-
tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mereka juga
dapat berkomunikasi dengan baik bersama ahli lain walaupun berlainan agama atau
kaum. Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kaum.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum pelajar juga
dapat membentuk disiplin diri. Disiplin juga memainkan peranan yang penting dalam
mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya,
dengan menyertai kokurikulum, pelajar akan dilatih untuk menepati masa,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan,
bersukan dan sebagainya.. Justeru, pelajar haruslah menyertai aktiviti kokurikulum
untuk memantapkan lagi disiplin mereka.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan
saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa terdapat banyak
faedah menyertai kegiatan kokurikulum.
Sekian,terima kasih.