You are on page 1of 12

Carta Gantt 1

Tarikh

Aktiviti
Minggu 1 (Febuari)
10 11 12 13 14 15 16
1. Kami telah menerima kerja
kursus ini.

2. Pensyarah yang mengajar kami
Falsafah Pendidikan telah
memberi penjelasan tentang
kerja kursus ini.

3. saya telah membaca dan
memahami semua arahan yag
telah diberikan di dalam kerja
kursus ini.

4. saya telah menyediakan
beberapa jadual sebagai
persediaan untuk membuat
carta gantt.

5. saya telah membuat
perancangan untuk menyiapkan
kerja kursus yang telah
diberikan.

6. saya telah membaca tajuk yang
pertama dalam buku Falsafah
dan Pendidikan Di Malaysia
iaitu, Perkembangan Sistem
Pendidikan Di Malaysia.

7. saya telah mencari bagaimana
untuk membuat carta gantt yang
baik dan lengkap.
















Carta Gantt 2


Tarikh

Aktiviti
Minggu 2 (Febuari)
17 18 19 20 21 22 23
1. saya telah mencari maklumat
tentang bagaimana membuat
review buku dan membuat
ulasan.

2. saya telah mengumpul
maklumat yang saya peroleh di
dalam satu fail dalam komputer
saya.

3. saya telah pergi ke
perpustakaan untuk mencari
maklumat dan mencari buku
yang berkaitan dengan falsafah
pendidikan.

4. saya telah berbincang dan
bertanya kepada rakan-rakan
bagaimana untuk membuat
review buku.

5. saya telah membuat jadual saya
sendiri untuk menyiapkan
semua kerja kursus saya
termasuk kerja kursus untuk
Falsafah pendidikan.

6. saya telah membaca bab yang
kedua dalam buku Falsafah
Pendidikan dan Pendidikan di
Malaysia iaitu, Konsep Falsafah
dan Falsafah Pendidikan.

7. saya telah mencari artikel yang
berkaitan dengan KSSR di
internet.














Carta Gantt 3


Tarikh

Aktiviti
Minggu 3 (Febuari)
24 25 26 27 28 01 02



Bina Insan Guru




1. Saya telah memeriksa
membaca kembali kerja yang
saya buat sebelum BIG.

2. Saya telah membuat
pembetulan terhadap beberapa
perkara termasuklah ejaan dan
susunan ayat.

3. Saya telah membaca tentang
KSSR.

















Carta Gantt 4


Tarikh

Aktiviti
Minggu 4 (Mac)
03 04 05 06 07 08 09
1. Saya telah pergi ke
perpustakaan IPG Kampus Kent
untuk yang kedua kali.

2. Saya telah berkolaborasi
dengan pelajar senior tentang
kerja kursus ini.

3. Saya telah berbincang dengan
rakan-rakan tentang kerja
kursus ini untuk yang kedua kali.

4. Saya telah bertukar-tukar
pendapat dengan rakan sebilik
saya iaitu Lowchen Fred Jr
Sipaan.

5. Saya telah pergi ke
perpustakaan IPG Kampus Kent
untuk yang ketiga kali.

6. Saya telah memulakan
penulisan tentang KSSR.

7. Saya memeriksa dan membuat
penambahbaikan terhadap
penulisan yang saya lakukan
dari segi struktur ayat dan
ejaan.
















Carta Gantt 5


Tarikh

Aktiviti
Minggu 5 (Mac)
10 11 12 13 14 15 16
1. Saya telah berbincang dengan
rakan-rakan untuk kali terakhir
tentan kerja kursus ini.

2. Saya telah membuat powerpoint
tentang review buku.

3. saya telah menyiapkan
powerpoint tentang review buku,
iaitu buku Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia.

4. saya telah membuat refleksi
tentang kerja kursus saya.

5. saya telah membuat
pemeriksaan terakhir termasuk
membuat pembetulan
keseluruhan kerja kursus untu
Falsafah Pendidikan.

6. saya telah mencetak semua
hasil kerja saya dan siap untuk
dihantar.

7. saya telah menghantar kerja
kurus ini dengan jayanya.








Laporan
Kursus : EDU 3101 Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia
Tajuk projek : Buku Review Dan Penulisan Akademik
Masa Laporan : 10 Febuari 16 Febuari 2014
Minggu Tugasan yang selesai Nota


Minggu 1 ( 10 16 Mac )
1.






















Pendahuluan
Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini adalah wajib dijalan oleh semua guru pelatih PISMP
Bahasa Kadazandusun Semester 1 Ambilan Januari 2014 bagi memenuhi sukatan kursus
EDU3101. KKP ini hanya merangkumi tugasan secara individu sahaja.
Tugasan yang diberikan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bahagian A dan
bahagian B. Tugasan dalam bahagian A ialah, kami perlu membuat satu reviu buku. Buku
yang kami ulas ialah buku Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Review buku yang kami
buat, kami persembahkan melalui powerpoint. Dalam bahagian B, kami perlu membuat satu
penulisan akademik tentang KSSR. Kami perlu menyiapkan penulisan akademik itu dalam
empat muka surat. Tugasan ini membawa wajaran markah 100%.
Kami telah diberi masa hampir sebulan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
selengkapnya. Tugasan ini juga harus dihantar dalam bentuk hardcopy. Tugasan ini
berobjektifkan seperti berikut :
1. Membuat reviu buku bertajuk Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
2. Menulis esei bertajuk Kurikulum standard skolah rendah ( KSSR ) adalh usaha
mentransformasi kurikulum sekolah ( penstrukturan dan penambahbaikan kurikulum
yang sedia ada).
















Pengenalan
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab
yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras
pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran
era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi
menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat
Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi
membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar
kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan
memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada
ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang
tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama
iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu
sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikanCabaran
globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi
melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
Namun pelaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur
dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada
arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan
masyarakat dan pembangunan nasional.





Penghargaan
Selamat sejahtera sebagai pembuka kata, kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada
Tuhan kerana dengan berkatnya kami telah dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini
dengan baik. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
encik Chan Hou Fock atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam membantu kami
menyiapkan tugasan ini. Selain memberikan ilmu, beliau juga tidak putus-putus membantu
dan memperbetulkan kesilapan kami agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
terutamanya kepada rakan-rakan sekelas dengan kami kerana telah banyak membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini. Segala sumbangan dari segi tunjuk ajar, bantuan mencetak
dan sebagainya amatlah saya hargai. Selain itu, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan
kepada ahli keluarga kami yang banyak membantu terutama dari segi kewangan, dorongan
dan nasihat.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, anda
semua telah banyak membantu semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sekiranya terdapat
kesilapan dan ketelanjuran yang telah saya lakukan sama ada dalam tugasan ini ataupun
semasa menyiapkan tugasan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.














Kesimpulan
Secara ringkasnya, buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia banyak membantu
para pengguna atau pembaca. Buku ini sangat sesuai untuk digunakan oleh pensyarah dan
pelajar yang berada di IPG, mahupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam profesion
pendidikan. Maklumat yang disampaikan dalam buku ini sangat relevan, tambahan lagi fakta
yang dinyatakan dalam buku ini boleh dipercayai kerana terdapat bukti-bukti yang kukuh.
Gambar ahli falsafah dan tokoh-tokoh pendidikan juga disediakan dalam buku ini. Rujukan
yang terdapat dalam buku ini memudahkan pengguna mencari maklumat tambahan. Buku ini
juga telah mengukuhkan lagi pengetahuan para pengguna dalam bidang pendidikan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam buku ini.
Antaranya ialah, gambar dan ilustrasi yang dimuatkan dalam buku ini sangat kurang.
Huraian yang terlalu panjang juga membuatkan pembaca mudah bosan dan mengantuk. Di
samping itu, tajuk yang terbaru iaitu Pendidikan Khas tidak dimuatkan dalam buku ini.
Berdasarkan transformasi pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
saya dapat simpulkan bahawa, langkah mentransformasi pendidikan melalui cara ini adalah
sangat baik. Walaubagaimanapun, cara ini sangat mencabar kerana guru-guru dan pelajar
terpaksa melalui perubahan yang sangat besar. Transformasi pendidikan ini adalah satu
cara untuk kita mencapai wawasan 2020, yang sudah lama diimpikan olah rakyat Malaysia.
















Refleksi
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pengalaman yang sangat
berguna dalam kehidupan saya. Pengalaman yang saya peroleh sangat bermakna lebih-
lebih lagi sebagai pendidik pada masa akan datang. Semestinya, pengalaman yang saya
alami sepanjang saya menyiapkan tugasan ini akan saya ingati sepanjang kehidupan saya.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pengalaman dalam
pencarian maklumat. Sebelum ini, saya tidak mempunnyai kemahiran yang baik untuk
mencari maklumat khususnya menggunakan internet. Setelah mencuba beberapa kali,
barulah saya dapat mencari maklumat tentang cara membuat penulisan ilmiah. Saya juga
telah mendapat banyak maklumat tentang profesion keguruan.
Selain itu, semasa saya sedang membuat penulisan ilmiah tentang cabaran-cabaran
dalam profesion keguruan, saya berasa sangat penat dan tertidur. Kerja saya terpaksa saya
sambung buat pada keesokan harinya. Manakala, semasa membuat buku skrap, saya tidak
mempunnyai alat untuk mewarna. Walaubagaimanapun, saya telah membeli semua
peralatan untuk membuat buku skrap pada keesokan harinya.
Di samping itu, saya telah menghadapi beberapa masalah dan kekangan sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa.
Terlampau banyak perkara yang saya lakukan selain menyiapkan tugasan ini. Perkara yang
saya lakukan ialah belajar muzik, bermain video game dan menonton perlawanan bola
sepak. Ini membuatkan saya lewat mula untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga mengalami masalah dalam mencari maklumat. Saya terpaksa bertanya
banyak kali kepada rakan sekelas saya untuk mencari maklumat. Saya bertuah memiliki
rakan-rakan yang sudi membantu saya. Mereka telah membantu saya untuk mencari
seberapa maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga pernah berlapar
selama beberapa jam kerana tidak sempat untuk membeli makanan di caf.
Seterusnya, saya telah mempelajari banyak perkara sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Saya telah menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan. Namun kami telah
membahagikan tugas untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya telah mempelajari bagaimana untuk menyiapkan tugasan secara berdikari. Nilai
berdikari ini sangat penting bagi seorang bakal pendidik. Bagi pendapat saya seorang
pendidik mestilah ada nilai berdikari iaitu tidak selalu bergantung kepada lain. Seseorang
yang mempunnyai nilai berdikari dalam diri selalunya Berjaya dalam kerjayanya.
Tugasan ini juga juga memupuk nilai kerjasama. Ini kerana sepanjang masa saya
menyiapkan tugasan ini, saya sentiasa bertanya dan berbincang dengan rakan yang
sekumpulan dengan saya. Kami saling membantu antara satu sama lain. Selain itu,
hubungan antara kami dengan pensyarah pembimbing kami semakin rapat. Kami sentiasa
bertanya kepada pensyarah apabila kami menghadapi apa-apa masalah. Lebih-lebih lagi,
guru pembimbing kami merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan sentiasa sedia
untuk membantu.






Selain itu, saya telah mempelajari banyak perkara tentang pengantar pendidikan.
Saya tahu bahawa subjek pengantar pendidikan ini sangat penting untuk saya pelajari
sebelum saya menceburi profesion pendidikan lebih dalam. Tanpa subjek pengantar
pendidikan ini, sudah tentu saya tidak akan mengetahui apa sebenarnya tugas saya sebagai
guru pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya banyak kebaikan. Saya berharap
agar apa yang saya peroleh daripada tugasan ini, dapat saya gunakan untuk mendidik
murid-murid pada masa akan datang.