PEMIMPIN KOIR

Memimpin atau menjadi konduktor dalam sesuatu kumpulan muzik atau koir bukanlah
semata-mata berdiri di depan ahli koir sambil menggoyangkan tangan sahaja. Ramai
yang beranggapan memimpin koir hanya melatih ahlinya menyanyi sambil berdiri di
depan kumpulan koir tersebut. Peranan pemimpin koir atau dikenali sebagai konduktor
koir sebenarnya lebih daripada itu.
Seorang yang berjaya dalam memimpin ensembel koir sebenarnya perlulah mempunyai
ilmu yang formal dalam bidang muzik yang merangkumi:
(a) Mempelajari Teori Muzik
Adalah penting bagi seorang guru muzik untuk mempelajari teori muzik kerana ianya
melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi muzik, guru dapat melatih koir
mengikut penulisan skor dan ianya menjadi tetap dan tidak berubah-ubah. Jika guru
melatih berdasarkan pada hafalan dan cuba jaya semata-mata, penghasilannya
menjadi tidak tetap dan akan berubah-ubah mengikut ingatan.
(b) Mempelajari Teknik Vokal
Selain daripada memahami teori muzik, guru juga perlu ada kemahiran teknik dalam
mengajar vokal. Teknik vokal dipelajari secara formal di institusi daripada guru
vokal yang berkemahiran. Teknik vokal merangkumi aspek pernafasan,
penghasilan ton, sebutan, postur dan sebagainya. Dengan memahami dan
mempraktikkan teknik yang betul, seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik
dan seterusnya menghasilkan kumpulan koir yang bermutu.
(c) Mempelajari Teknik Memimpin Conducting Technique
Memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor berdiri di depan
kumpulan koir. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, konduktor bukan setakat
menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Kefahaman tentang
elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi
perlu ada. Pemimpin koir juga perlu ada kebolehan untuk menyampaikannya secara
efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan.
(d) Mempelajari Gubahan dalam Vokal
Mempelajari gubahan muzik dan vokal juga perlu dikuasai oleh guru. Aspek ini
membolehkan guru membaca serta menganalisa skor lagu yang mana ianya penting
bagi seseorang sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan
untuk dipersembahkan perlu dianalisa,dinilai dan disemak dari beberapa sudut untuk
memastikan sama ada lagu tersebut sesuai atau tidak. Kesesuaian lagu bukan hanya
pada tajuk atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti bentuk atau
form lagu, melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan, tanda-tanda
ekspresi dan dinamik dalam lagu dan sebagainya.


(e) Boleh Bermain Alat Muzik terutamanya Piano
Guru koir sebaiknya perlu ada kebolehan bermain piano. Ini kerana nyanyian
melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta gubahan. Kemahiran bermain
piano amat membantu terutamanya bagi sesi-sesi latihan. Kebolehan guru bermain
piano dapat digunakan dalam latihan-latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi
not-not secara harmoni dan juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan guru
yang mempelajari vokal, mereka juga mempelajari asas piano kerana ini amat
membantu mereka dalam mengendalikan latihan koir. Mempunyai seorang pelajar yang
boleh bermain piano juga amat membantu dalam persembahan kerana guru boleh
menumpukan kepada memimpin koir (conducting) tanpa risau tentang permainan
piano.


(f) Mempelajari Pentadbiran Ensembel
Selain daripada tugas berada di depan kumpulan sambil menghayunkan tangan,
seorang pemimpin koir juga perlu tahu terhadap tugas-tugas pentadbiran dan
pengurusan. Terdapat guru yang baik dalam melatih tetapi mengabaikan tentang kerja-
kerja pengurusan yang melibatkan pemilihan lagu, pakaian, corak persembahan,
penjadualan, kebajikan pelajar dan sebagainya. Sebenarnya aspek pengurusan juga
perlu dikuasai oleh guru walaupun kadangkala tugas ini diberikan kepada rakan yang
lain.

Peranan Pemimpin Koir
Memimpin bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel yang
dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama
seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula
dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari
permulaan hingga akhir dengan jelas. Pemimpin juga seorang yang boleh menjadi
pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki dari ensembel
yang dipimpin sama ada orkestra atau koir. Kefahaman tentang elemen-elemen asas
dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga
kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam melalui
ekspresi tangan, muka dan gamit badan (gesture).
(a) Perancangan Penubuhan Kumpulan Koir
Seorang pemimpin koir perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Perancangan ini
dari dua aspek ! diri sendiri dan kumpulan. Kita harus ikut perancangan yang dibuat dan
mempunyai tahap disiplin serta menghormati perancangan yang dibuat bagi kejayaan
koir yang ditubuhkan. Disiplin bukan bermaksud mengikat atau menyusahkan diri
sendiri. Disiplin yang guru perlu utamakan ialah berbentuk kebebasan dalam
melaksanakan perancangan.

Menurut Brinson, 1996, ‰Disiplin mental yang diperlukan daripada para pengarah
untuk merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan memberikan mereka
kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien dan berkesan‰.


(b) Membuat Pemilihan Ahli-ahli Koir
Membuat uji bakat adalah perkara yang dicadangkan bagi memilih ahli-ahli kumpulan
koir. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi
memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional,
patriotik, show choir atau lain-lain. Perkataan uji bakat atau perkataan yang popular
masa kini ialah audition boleh menjadi satu istilah yang menakutkan peserta kerana
mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal berkaitan dengan
vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan menjadi sukar atau di luar
kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang berkeyakinan pelajar untuk turut
mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, guru boleh sertakan perkara-perkara yang
akan dilakukan semasa sesi uji bakat dalam poster yang diedarkan dan nyatakan
keperluan-keperluan bagi peserta. Guru boleh membuka peluang uji bakat seluas
mungkin, agar ramai yang dapat hadir dan mencuba.
(c) Pemilihan Repertoir
Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan. Antaranya ialah:

(i) Memahami konsep persembahan yang akan diadakan. (ii) Berbincang dengan penganjur
majlis.
(iii) Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta kebolehan menyanyi.

(iv) Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan. (v) Mengetahui siapa yang akan
diraikan.
(vi) Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk mendapatkan idea.


(d) Menganalisa Skor Lagu
Menganalisa skor lagu juga menjadi perkara penting bagi seseorang guru koir sebelum memulakan sesi
latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak
dari beberapa sudut agar lagu tersebut sesuai. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi teks
lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti:

(i) Bentuk atau form lagu

(ii) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan

(iii) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara (iv) Perubahan-perubahan irama
atau rhythm
(v) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu

(vi) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan

Lain-lain kesukaran-kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa nyanyian seperti latar belakang
kumpulan koir dari aspek umur, jantina dan kaum.


(e) Membuat Latihan ! Merancang dan Melatih
Guru boleh merancang sesi latihan mengikut disiplin-disiplin yang tertentu tetapi masih mempunyai
kebebasan bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Guru juga perlu peka terhadap umur kanak-kanak yang
dilatih agar sesi latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Sesekali guru perlu membuat
kejutan seperti mengadakan jamuan hari jadi rakan-rakan koir semasa latihan atau mengadakan latihan
di bawah pokok. Jadikan sesi latihan sebagai tempat yang menyeronokkan dan menimbulkan rasa minat
untuk pelajar hadir ke sesi ini





Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama: (i) Pemilihan ahli koir, jurulatih
pembantu dan pemuzik
(ii) Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan (iii) Penjadualan latihan ! masa dan tempat
(iv) Aplikasi latihan ! bagaimana latihan dijalankan (v) Pemurnian akhir sebelum persembahan
(vi) Raptai persembahan

(f) Membuat Persembahan
Dalam membuat persembahan tiga segmen perlu dilaksanakan:


(i) Sebelum Persembahan
Segala persediaan akhir yang melibatkan mutu koir yang akan dipersembahkan seperti, raptai akhir,
kostum dan hiasan. Pelajar juga perlu cukup rehat dari aspek fizikal dan mental tanpa sebarang tekanan.
Mereka juga telah dimaklumkan giliran persembahan dan telah membuat latihan keluar dan masuk
pentas.


(ii) Semasa Persembahan
Semasa membuat persembahan, ahli koir sudah selesa dengan posisi, mengetahui susunan lagu dan
seterusnya dapat memberi tumpuan pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda
isyarat dengan jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk pemuzik. Muzik yang dimainkan juga
perlu jelas dan dapat didengar oleh ahli koir.


(iii) Selepas Persembahan
Setelah selesai membuat persembahan, tidak perlulah pemimpin koir terus membuat ulasan atau
memberi pandangan tentang persembahan tadi secara tergesa-gesa. Perlu diberi peluang kepada ahli
koir untuk berehat dan menenangkan fikiran. Post-mortem boleh dibuat bila segalanya sudah selesai
dan pada masa yang sesuai. Jika ada sebarang kesilapan tidak perlu diungkitkan sehingga menimbulkan
rasa bersalah terhadap semua ahli.





(g) Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir
Perancangan bagi meningkatkan mutu koir dari aspek persembahan, pengurusan dan sebagainya juga
perlu difikirkan dan dirancang. Walaupun kumpulan koir anda sangat baik, anda masih perlu membuat
perancangan peningkatan.