SAINS MAJOR

KDPM SABK 12
BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH


HJ SHAARI HJ OMAR KJ JABATAN SAINS
MONOMER
Molekul-molekul ringkas yang boleh
digabungkan bersama untuk
membentuk polimer. Contohnya
glukosa.
POLIMER
Molekul rantai panjang yang terdiri daripada
gabungan secara kimia sebilangan besar
monomer yang sama jenis.
Contoh; Kanji (Karbohidrat)
Monomer + monomer = polimer
Glukosa + glukosa = maltosa
POLIMER DAN MONOMER
POLIMER MONOMER
Protein Asid amino
Kanji Glukosa
Getah asli Isoprena
Politena Etena
Neoprena Kloroprena
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
POLIMER
POLIMER
SINTETIK
POLIMER
ASLI[ORGANIK]
POLIMER ASLI
• Wujud secara semulajadi seperti getah asli,
protin, kanji , kapas dan sutera.
POLIMER SINTETIK
• Polimer buatan manusia seperti plastik, getah
sintetik , termoplastik, plastik termoset dan
gentian sintetik.
GETAH
GETAH ASLI
GETAH
SINTETIK
GETAH
TERVULKAN
Sifat-sifat Getah Asli
• mudah terbakar dan takat lebur yang rendah (50°C)
• kenyal dan boleh diregang
• reaktif kepada agen kimia seperti minyak, gris dan petrol
• fleksibel kerana ia adalah satu termoplastik yang lembut
dan mengeras bila berlaku pemanasan, boleh cair dan
terbentuk semula untuk diguna pakai semula.
• tidak telap air. Ini menjadikannya suatu penghalang yang
sangat baik terhadap patogen seperti virus HIV yang
menyebabkan AIDS.
• Peka kepada penipisan ozon disebabkan oleh kehadiran
ikatan berganda dalam setiap unit berulang

SIFAT GETAH SINTETIK
• Dibuat drp hidrokarbon (hasil penyulingan
petroleum melalui proses polimeran).
• Lebih kenyal
• Lebih tahan kpd tindakan pelarut dan agen
pengoksidaan
• Lebih tahan haba
• Tidak mudah terbakar
• Boleh divulkan
GETAH TERVULKAN
• Pemvulkanan ialah proses memanaskan getah
asli dengan sulfur supaya terbentuk rangkai
silang antara polimer-polimer getah.
• Rantai silang sulfur ini mencegah polimer-
polimer getah daripada menggelonsor di atas
satu dengan yang lain.
• Ini menyebabkan getah tervulkan lebih kenyal,
lebih kuat dan lebih tahan.
KEGUNAAN GETAH TERVULKAN
Digunakan untuk membuat objek seperti:
alas kereta
tayar kenderaan
hos radiator
pengelap cermin kereta
penyumbat dan pengalas pengantungan
(Seals and suspension mountings)
KEGUNAAN GETAH TERVULKAN
CONTOH GETAH SINTETIK
GETAH
SINTETIK
STIRENA-
BUTADIENA
NEOPRENA TIOKOL BUTIL
STIRENA-BUTADIENA [ SBR]

• Terdiri drp monomer stirena dan butadiena
• Mpunyai sifat yang hampir-hampir sama
dengan getah asli tetapi kurang tegar.
• Mudah divulkan
• Kegunaan; Buat tayar dan tapak kasut.

NEOPRENA [POLIKLOROPRENA]
• Terdiri drp monomer kloroprena yang
digabungkan melalui proses pempolimeran.
• Kekuatan tegangan yang tinggi, tahan kakisan,
kenyal, tahan haba dan tahan tindakan
pelarut.
• Kegunaan neoprena termasuklah dibuat
barangan kenderaan, penebat dawai elektrik,
pembinaan jalan dan bangunan.
TIOKOL
• Terdiri daripada monomer 1,2-dikloroetena.
• Divulkan dengan sulfur supaya mempunyai
rintangan yang amat tinggi terhadap minyak
dan pelarut.
• Kegunaan tiokol termasuklah dibuat pelapik
tangki menyimpan minyak dan saluran yang
membawa pelarut.
GETAH BUTIL
• Terdiri daripada monomer 2-metil-propena
dan metilbuta-1-3-diena
• Mempunyai sifat tahan panas, tidak telap
kepada gas dan rintangan tinggi terhadap
minyak dan asid.
• Kegunaan getah butil adalah untuk membuat
tayar, hos dan tapak kasut.
PLASTIK
• Plastik adalah bahan polimer sintetik yang
boleh diacu dengan menggunakan haba dan
tekanan.
• Plastik mengandungi unsur karbon, hidrogen
dan unsur-unsur lain seperti klorin, flourin dan
nitrogen.
PLASTIK
TERMOPLASTIK
POLIVINIL
KLORIDA [PVC]
POLITENA PERSPEKS
PLASTIK
TERMOSET
PELEKAT
EPOKSI
BAKELIT
TERMOPLASTIK
• TP boleh menjadi lembut dan melebur apabila
dipanaskan dan menjadi keras semula apabila
disejukkan.
• Proses melebur dan memejal boleh dilakukan
berulang-ulang kali dan boleh diacukan kpd
pelbagai bentuk
• Kelemahan TP- tidak tahan haba kerana takat
leburnya rendah
• Contohnya; PVC, Politena dan Perspeks.
POLIVINIL KLORIDA [PVC]
• Digunakan utk buat piring hitam, pembalut
kabel elektrik, dan penebat dawai elektrik.
POLITENA
• Digunakan utk membuat beg plastik, bekas
makanan, barang permainan dan bahan
penebat elektrik.
PERSPEKS
• Plastik lutsinar yang boleh menggantikan
penggunaan kaca sebagai skrin keselamatan,
kanta plastik dan bumbung lutsinar.
PLASTIK TERMOSET
• Plastik termoset tidak mudah dilembutkan
apabila dipanaskan atau dikeraskan semula.
• Lebih tahan haba dan tidak larut dalam
pelarut.
• Contoh; pelekat epoksi dan bakelit.
PELEKAT EPOKSI
• Digunakan sebagai pelekat dan pembuat
acuan.
BAKELIT
• Digunakan untuk membuat suis, palam,
rangka radio dan alat telefon.
PEMBUANGAN BAHAN PLASTIK DAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
• Bahan plastik tidak mudah terbiodegrasi atau
diuraikan oleh mikroorganisma.
• Pembakaran bahan plastik secara terbuka
membebaskan gas toksik dan jelaga hitam
yang membahayakan kesihatan dan
mencemarkan alam sekitar.
PEMBUANGAN PLASTIK DAN
KESANNYA
• Merosakkan keindahan alam sekitar kerana
timbunan sampah sarap yg tdk terurai akan
mengotorkan persekitaran serta menyebabkan
bau busuk.
• Menyekat pengaliran sungai dan longkang.
Menjadi tempat pembiakan nyamuk dan
mikroorganisma.
• Menimbus plastik ke dalam tanah. Tanah menjadi
kurang sesuai utk tanaman kerana plastik
menghalang penyerapan air dan pertumbuhan
sistem akar tumbuhan.
CARA ATASI
• Kitar semula bahan-. Bahan plastik terpakai
diproses semula untuk buat barangan plastik
lain.
• Menggunakan bahan plastik terbiodegradasi
yang boleh diuraikan kepada bahan tidak
berbahaya secara semulajadi atau oleh
bakteria atau mikroorganisma.
CARA ATASI [SAMB]
• Tidak membakar plastik ditempat terbuka.
Bakar dalam logi atau insenerator supaya gas
toksik tidak terbebas ke persekitaran.
• Memberi pendidikan utk mengubah sikap
semua orang tentang kesan buruk
pembuangan bahan plastik yang tidak
terkawal .
• Sentiasa bertanggungjawab dalam
pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan diri.