TUGASAN HARIAN 5

Tanah yang diurus dengan baik banyak membawa maanfaat kepada alam sekitar dan penghuninya.
Oleh itu, manusia haruslah mengamalkan nilai-nilai murni di bawah untuk menguruskan tanah
dengan bertanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama.Manusia haruslah mengamalkan
nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
, iaitu
memelihara alam sekeliling
supaya dapat mengelakkan ancaman pencemaran tanah. Sebagaicontoh, manusia tidak melakukan
aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara tanah yang
dicintai. Selain itu, nilai ini boleh membolehkanmanusia untuk mendidik diri masing-masing
bagaimana caranya untuk
memulihara alamsekeliling
. Sebagai contoh, manusia telah menggalakkan kerajaan untuk menebus tanah yangtelah terbiar di
kawasan lombong untuk dijadikan lading hutan supaya dapat mengekalkankewujudan flora dan
fauna di situ.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar
juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalamkalangan manusia, iaitu sikap yang
prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
agar dapatmenghargai dan menyedari kepentingan menjaga tanah yang emas ini. Sebagai contoh,
manusiasentiasa memastikan kualiti tanah dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta
kesejahteraanmereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan
manusia untuk
berusaha menyelesaikan
sebarang konflik tanah yang sedang dihadapinya supaya dapatmengekalkan keunikan alam sekitar.
Seperti contohnya, manusia sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah
seperti penebangan hutan di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat
dijamin pada masa yang akan datang.Manusia juga haruslah mempunyai
nilai keharmonian antara manusia dengan alamsekitar
, iaitu sikap
saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekililing
agar dapat menjamin tanah yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh,

manusia sering mengguna semula dan mengitar semula supaya dapat mengurangkan
permintaan bahan mentah untuk diproses serta mengurangkan kadar pembuangan sisa-sisa bahan
yangdigunakan di rumah. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan
kualiti kehidupan terpelihara
agar manusia pada masa depan boleh menikmati keindahan tanah yang telah dijaga dan dirus
denganteliti. Contohnya, manusia memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta
tidak membuang sampah merata-rata dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh
mencemarkantanah.

TUGASAN HARIAN 6
Arus pembangunan yang pesat menyebabkan nasib kaum wanita turut berubah. Kini, kaumwanita
telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Mereka telahmencapai tahap
kemajuan yang amat membanggakan. Ini adalah hasil daripada pelbagai dasar yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan harus meneruskan peranannya dalammengangkat
martabat kaum wanita dengan mengamalkan beberapa nilai di bawah.Kerajaan harus menerapkan
nilai menghormati hak wanita
dalam dasarnya, iaitu amalan
melindungi wanita
supaya kaum wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.Sebagai contoh, pihak
kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam pembangunan negara kerana pihak
kerajaan percaya bahawa potensi kaum wanita adalahsetanding dengan kaum lelaki. Tambahan
pula, amalan nilai ini mendidik pihak kerajaan agar
mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunankeluarga, masyarakat dan
juga negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan memberi peluang kepadakaum wanita untuk
mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara khususnya dariaspek pendrafan undang-
undang, seperti yang diperkatakan dalam Dasar Wanita Negara.Di samping itu, pihak kerajaan harus
menanamkan
nilai keadilan
dalam pelaksanaandasarnya, iaitu mengambil
tindakan dan keputusan yang saksama
terhadap kaum wanitaseperti yang diberikan kepada kaum lelaki bagi menjamin keseimbangan hak
wanita dan lelaki.Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar sekiranya ia
mendapatisebarang hal-hal yang membawa kepada ketidakseimbangan kuasa antara kaum wanita
danlelaki. Pihak kerajaan juga patut melaksanakan
tindakan dan keputusan yang tidak beratsebelah
supaya kaum wanita dan kaum lelaki mendapat hak dan layanan yang sama rata.Sebagai contoh,
pihak kerajaan telah meletakkan banyak usaha dalam sistem kehakiman supayadapat menegakkan
keadilan dan memastikan golongan wanita dan golongan lelaki mendapat pembelaan yang
sewajarnya.Kerajaan perlu mempunyai
nilai bertanggungjawab
bukan sahaja terhadap kaum lelaki,malah terutamanya kaum wanita. Pihak kerajaan haruslah
sanggup
memikul tugas
sebagai pihak yang sebenar dengan mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,
terutamanya peraturan dalam Dasar Wanita Negara. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia akan
melaksanakantugasnya dengan mengikuti arahan yang telah ditetapkan dan tidak mengingkarinya.
Di sampingitu, pihak kerajaan haruslah mempunyai
kesanggupan untuk melaksanakan tugas sertakewajipan dengan sempurna
supaya dapat menjamin masa depan kaum wanita yang cerah.Sebagai contoh, pihak kerajaan
perlulah bijak mengekalkan hak wanita dalam masyarakat.

TUGASAN HARIAN 7
Di Malaysia, rakyat boleh menganuti agama lain walaupun agama rasmi negara ialah agamaIslam.
Kerajaan bertindak demikian mengikut Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kerajaanMalaysia harus
mengamalkan nilai-nilai di bawah.Kerajaan Malaysia harus menanamkan
nilai kebebasan beragama
dalam pentadbirannya

supaya rakyat jelatanya yang pelbagai kaum bebas menganut dan mengamalkan ajaran
agamamasing-masing. Pihak kerajaan haruslah membolehkan rakyat untuk
bebas menganuti
agamamasing-masing supaya rakyat jelata dapat menyambut pelbagai jenis perayaan pada setiap
tahun.Sebagai contoh, masyarakat India juga menyabut pesta menuai yang biasanya disambut
olehsuku kaum Kadazan di Sabah. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membenarkan rakyatnya untuk
bebas mengamalkan
tuntutan agama masing-masing. Contohnya, setiap kumpulan agama yangterdapat di Malaysia
berhak menguruskan hal-hal ehwal agama mereka sendiri dan jugadibenarkan menubuhkan serta
menyelenggarakan yayasan bagi maksud agama atau khairat.
Nilai sikap keterbukaan
juga merupakan nilai yang harus diterapkan oleh kerajaanMalaysia. Pihak kerajaan harus bersedia
memberi pandangan, pembahuruan dan kritikan
dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasamemberi
idea dan cadangan yang pelbagai dalam dasar keagamaan agar rakyat jelatanya dapat bebas
menganuti agama yang disukainya. Tambahan pula, nilai ini membolehkan pihak kerajaanMalaysia
mendidik diri agar
menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan
daripada pihak-pihak luar, terutamanya rakyatnya. Sebagai contoh, kerajaan sentiasa bersikap
terbukaketika mengendalikan hal-hal yang berasaskan keagamaan dan bertungkus
lumusmembaikpulihkan dasar pentadbirannya dari segi keagamaan selepas menerima kritikan
daripadarakyat jelata.Di samping itu,
nilai toleransi
harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia dengan mengamalkansikap
bertolak ansur
dalam pelaksanaan dasar keagamaan untuk kesejahteraan rakyatnya.Sebagai contoh, kerajaan
Malaysia sentiasa mementingkan kebahagiaan dan keselesaan hiduprakyatnya dengan menjamin
kemakmuran agama-agama yang terdapat di dalam kalanganmasyarakat Malaysia supaya rakyat
jelata dapat menganuti agama masing-masing dengan penuhkegembiraan. Selain itu, pihak kerajaan
Malaysia juga harus bersikap
sabar
dalam menanganisebarang konflik yang berkaitan dengan hal keagamaan dengan mencari
penyelesaian yangsesuai. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengambil masa yang ada untuk fikir
masak-masak tentang cara untuk menangani pertelingkahan yang melibatkan dua agama yang
berlainan.

TUGASAN HARIAN 8
Kemakmuran serantau Asia memerlukan usaha yang saling bergantungan antara negara-negara Asia
dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, perubatan, dan pendidikan. Selainitu, kemajuan dan
kemakmuran serantau juga amat bergantung kepada suasana aman di rantauini. Oleh itu, negara-
negara Asia harus mengamalkan beberapa nilai murni di bawah. Negara-negara Asia haruslah
mengamalkan
nilai hidup bersama secara aman
, iaitu
hidupberbaik-baik
antara satu sama lain agar dapat mencapai pada suatu tahap persefahaman yangteguh. Sebagai
contoh, negara-negara Asia menolak segala bentuk diskriminasi bangsa dan bertoleransi demi
menjamin pembangunan yang sihat dalam negara masing-masing. Selain itu,negara-negara Asia juga
patut
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
denganmenegakkan keamanan dan meningkatkan persefahaman antara negara-negara Asia supaya
tidak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain. Sebagai contohnya, negara-negara
Asiamenghormati hak setiap negara tidak kira kecil atau besar serta melingduni hak asasi
manusiaagar dapat menjamin keharmonian untuk mengelakkan pertikaian dan peperangan. Nilai
yang patut diamalkan oleh negara-negara Asia adalah
nilai saling membantu danbekerjasama
. Negara-negara Asia patut menerapkan
usaha yang baik dan membina
bagimengeratkan hubungan antara satu sama lain demi menjaga kedamaian serantau.
Contohnya,negara-negara Asia sentiasa memberi bantuan antara satu sama lain dan berkongsi idea
agar dapat bersama-sama membangun negara yang maju. Tambahan pula, usaha ini dapat
dilakukanbersama
oleh negara-negara Asia pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapaisesuatu
matlamat. Contohnya, Malaysia dan negara Mesir menjalin usaha sama untuk menigkatkan
pertukaran program televisyen dan berita bagi memperkukuhkan kerjasamaSelatan-Selatan dalam
bidang maklumat.
Nilai saling menghormati antara negara
adalah antara salah satu nilai yang patut diamalkanoleh negara-negara Asia. Negara-negara Asia
harus
menghargai hubungan antara negara
untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Sebagai contoh, disebabkan hubungan yang baik
antarakedua-dua negara dan juga atas dasar nilai kemanusiaan serta rasa hormat-menghormati,
negaraMalaysia menghantar bantuan kepada negara Pakistan untuk membantu menyelamatkan
beribu-ribu mangsa yang tercedera akibat peperangan. Selain itu, negara-negara Asia patut
memuliakanhubungan antara negara
supaya dapat membina kedamaian dan keamanan yang teguh antarasatu sama lain. Contohnya,
negara Malaysia sering bertukar-tukar rombongan kebudayaandengan beberapa negara Asia
serantau untuk mewujudkan hubungan yang mulia antara satusama lain.