1| P a g e

Nama :

NUR IZZAH BINTI KHIRUL ASHAR

No. Matrik :

2014290862

Nama Jurulatih :

SAPURA ABD. RAHMAN




2| P a g e



ISI KANDUNGAN



BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1

LOGO JPAM

3

2

VISI, MISI, MOTO JPAM

4

3

OBJEKTIF JPAM

5

4

LAGU JPAM

6

5

FUNGSI JPAM

7

6

PERANAN JPAM

8
















3| P a g e

LOGO JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

Konsep Logo
Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.
Segitiga Sama Dan Warna Oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi
sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan
warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa
dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia
Di sekeliling tiga segi adalah moto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang
sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
Bunga Padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu
dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti
digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah
melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi
Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.


4| P a g e

VISI, MISI, MOTO JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

VISI
Kompeten dalam perlindungan keselamatan dan pengurusan bencana.

MISI
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan
negara.

MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"





















5| P a g e


OBJEKTIF JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Jabatan Pertahahan Awam (JPAM) bertujuan mengurangkan risiko akibat
bencana dengan cara menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam
mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana dan juga
menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Selain itu, JPAM juga bertujuan memberi respond kepada bencana dengan cara
menubuhkan pasukan (First Responder) dan menyediakan perkhidmatan
kecemasan.

Akhir sekali, JPAM bertujuan memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara
membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana,
membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana dan
juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.


















6| P a g e


LAGU JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Sentiasa Bersedia
Marilah kita semua
Bergading bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malayisa Jaya















7| P a g e


FUNGSI PERTAHANAN AWAM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berfungsi menggubal dasar – dasar yang
sesuai mengenai Pertahanan Awam. selain itu, mengelola dan menyelenggara
Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang
memadai. seterusnya, Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan
Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang
sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka. selain
itu juga, Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan
Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa. tambahan pula, menyediakan
khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara. dan akhir sekali,
melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan
kemalangan di seluruh Negara.





















8| P a g e


PERANAN PERTAHANAN AWAM

peranan pertahanan awam adalah Melatih seramai mungkin rakyat yang
mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam -
Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). selain itu, Mengelola,
menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan
Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221. akhir sekali,
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin
keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku
atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas
bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.