Teknik Impasto

Karya ini dihasilkan menggunakan teknik impasto. Beberapa warna
yang berlainan diletakkan ditengah kertas lalu dilipat. Apabila
dibentangkan, ia akan menghasilkan satu impak impasto, iaitu seolah-
olah ‘imposter’ kerana kedua belah kertas mempunyai bentuk yang
sama. Ia juga menghasilkan campuran warna yang unik.
Teknik lukisan
Karya ini dihasilkan menggunakan teknik lukisan. Teknik lukisan
berlainan dengan catan kerana teknik ini tidak menggunakan medium
basah. Sebaliknya medium kering digunakan seperti pensel warna,
pensel kayu, krayon, arang dan sebagainya.
Teknik tiupan
Teknik tiupan digunakan dengan menggunakan warna air dan ditiup
menggunakan alat yang sesuai. Untuk karya teknik diatas, warna air
ditiup menggunakan straw bersaiz kecil. Warna ditiup sehingga
kelihatan halus.
Teknik asapan
Teknik ini dihasilkan menggunakan asap dari jelaga. Untuk menghasilkan
karya asapan ini, acuan hendaklah disediakan dan di potong terlebih
dahulu. Semasa melakukan teknik asapan ini, acuan hendaklah diletakkan
dengan kemas dan boleh digam sedikit bagi mengelakkan bahagian itu
cepat terbakar. Hasil daripada teknik asapan menggunakan acuan akan
membentuk corak yang terancang manakala akan mendapat corak tidak
terancang sekiranya tidak menggunakan acuan.
Teknik pualaman
Teknik pualaman merupakan satu teknik yang memerlukan penggunaan
cat minyak. Cat minyak (2 warna berlainan) dititikkan ke dalam besen
nerisi air. Sebelum meletakkan kertas di atas permukaan air, pastikan
tiada bih, ruang kosong atau kumpulan minyak pada permukaan warna
agar tidak merosakkan hasilnya.


Teknik tumpahan
Teknik tumpahan dihasilkan menggunakan warna yang cair. Warna akan
diletakkan pada hujung kertas dan kertas dicondongkan agar warna
tersebut tumpah ke bawah. Maka terhasillaj karya seperti ini.
Teknik goresan
Karya diatas dihasilakan menggunakan teknik gores. Satu lapisan pelbagai
warna diwarnakan menggunakan krayon pada kertas lukisan. Kemudian
lapisan pertama ini ditutup dengan lapisan ledua menggunakan krayon
warna hita, sehingga semuanya tertutup. Gunakan benda tajam untuk
menggores ukiran atau corak yang diinginkan. Dalam karya diatas, bucu
pembaris diggunakan untuk mengukir corak.
Teknik renjis
Karya tersebut dihasilkan menggunakan teknik renjisan. Teknik ini
dihasilkan menggunakan alat-alat yang boleh merenjis warna seperti berus
gigi. Untuk mendapat bentuk, sesetengah kawasan kertas boleh ditutup
menggunakan kertas lain agar kesan renjisan dapat ditumpukan pada
kawasan yang diingini selain itu, kesan renjisan juga ditebalkan dan
dilapiskan.
Teknik titisan
Teknik titisan boleh dihasilkan dengan pelbagai medium seperti warna air,
cat air, mahupun lilin. Medium ini hanya perlu dititiskan ke atas kertas
lukisan. Semakin tinggi jarak menitiskan medium tersebut, semakin cantik
hasilnya. Penggunaan pelbagai warna juga mampu menimbulkan corak
yang cantik dan dramatik.
Teknik resis
Teknik ini dihasilkan menggunakan teknik resis. Permukaan kertas diwarnai
menggunakan warna air dan ditunggu sehingga kering. Selepas warna
kering, cairan lilin dititiskan di atas permukaan tadi sebelum kertas di warna
sekali lagi menggunakan warna hitam.


Teknik Semburan
Karya ini dihasilkan melalui teknik semburan. Pertama sekali, corak atau
ukiran yang dikehendaki akan dilukis diatas sekeping kertas dan dipotong.
Kemdian, corak tersebut ditindih diatas satu permukaan kertas yang lain
lalu disembur dengan cat. Maka, terhasillah karya seperti diatas.
Teknik benang
Karya diatas dihasilkan menggunakan teknik benang. Benang dicelup
dalam warna air dan diletakkan secara rawak diatas ketas. Kertas
kemudiannya dilipat dua dan benang ditarik dari dua belah kertas
kmenghasilkan satu cirak tidak terancang. Kehalusan warna dan garisan
yang terhasil dari teknik ini amat unik dan ia amat halus.
Teknik Catan
Karya ini dihasilakan menggunakan teknik catan. Karya ini juga
bertemakan abstarak. Catan ini diwarnakan menggunakan warna air dan
beberapa saiz berus warna yang berbeza.
Teknik Kolaj
Karya ini dihasilkan menggunakan teknik kolaj. Ia dihasilkan dengan cara
memotong, mengoyak, menggunting, menampal atau menindih. Bahan
yang digunakan ialah bahan daripada kertas pelbagai warna dan
dilekatkan ke atas satu permukaan rata bagi menghasilkan satu gambar.
Teknik Cetakan
Karya ini dihasilkan menggunakan teknik cetakan. Teknik ini
menggunakan sambungan yang tidak rata untuk menghasilkan jalinan
timbul yang lembut pada permukaan kertas. Untuk teknik ini, sehelai daun
diwarnakan menggunakan warna air dan kemudiaannya dicetakkan diatas
permukaan kertas
Teknik Cetakan Digital (Montaj)
Karya ini dihasilkan menggunakan teknik cetakan digital. Cetakan ini
berkonsepkan montaj dimana menindih gambar yang mempnyai sifat atau
tema yang serupa. Bagi karya di atas, tema yang digunakan ialah
keindahan alam

Teknik Tekapan
Karya ini menggunakan teknik tekapan. Tekapan ialah satu kaedah
menggambar dengan cara menekap unuk mendapatkan ulangan imej
yang sama. Untuk karya ini, bahan tekapan yang digunakan ialah penutup
botol dan terhasilah karya seperti diatas