You are on page 1of 4

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


TAMAN SEJAHTERA,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Tel : 04-5521805
Fax : 04-5516861


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN KALI KEDUA 2012
Tarikh : 05.04.2012
Hari : Khamis
Masa : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTS

Kehadiran :

1. En.Azhar Bin Muhamad (PK Hem)
2. En.Norulamin Bin Ismail (Setiausaha Disiplin)
3. Pn.K.Nirmalah a/p Kuppusamy
4. En. Abdul Naim Bin Abdullah
5. En.Azham Bin Osman
6. En.Nasruddin Bin Abdul Aziz
7. En.Izzat Anwari Bin Hasni
8. En.Adura Shahizan Bin Abdul Razak
9. En.Azahari Bin Abu Bakar
10. En.Tee Hong Jin
11. Cik Anandai a/p Subramaniam
12. Pn.Tan Yoke Sung
13. Pn.Noor Hasimah Bt Yusuf
14. Pn.Ong Lee Teng
15. En. Mohd. Hisham Bin Abidin
16. Pn.Mariana Bt Abu Mansor
17. Pn.Azlina Bt Ismail (Kaunselor)
18. En.Puaneswaran a/l Sadhu (Kaunselor)


Tidak Hadir :

1. En.Selvarajah a/p Subramaniam (Bersebab)


2

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi En.Azhar Bin Muhammad mengalu-alukan kehadiran AJK Disiplin
ke mesyuarat Disiplin kali kedua bagi tahun 2012.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 En.Abdul Naim - mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan,
En.Izzat - menyokong

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memberitahu bahawa fail-fail penyelaras tingkatan telah dieadarkan
kepada semua penyelaras, dan semua penyelaras tingkatan dikehendaki
mencatat salah laku pelajar berdasarkan pada buku pemantauan kelas.

3.2 En.Ahzam akan menyusun buku pemantauan tingkatan setiap minggu, dan guru-
guru boleh mengambilnya di pejabat.

3.3 Setiausaha Unit Disiplin akan merekodkan data salah laku pelajar pada setiap
bulan berdasarkan pada fail penyelaras tingkatan.

3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pegawai dari PPD akan melawat sekolah pada
bila-bila masa, oleh itu unit disiplin perlulah mengemaskini fail serta rekod
kesalahan pelajar dengan teratur.

3.5 Bagi aktiviti Unit Disiplin tahun 2012 akan dibincangkan dalam mesyuarat
Minggu HEM yang akan dijalankan tidak lama lagi.

3.6 Pengerusi juga memaklumkan bahawa, komen PPD mengenai kemasukan
pelajar-pelajar bermasalah ke sekolah kerana guru-guru tidak mencatatkan
kesalahan pelajar dalam Data e-Disiplin dan ia mengakibatkan pelajar
bermasalah ditempatkan di SMK Taman Sejahtera. Pengerusi berharap selepas
ini guru-guru akan mencatatkan kesalahan pelajar di dalam data e-Disiplin.

3

3.7 Selain itu, sekolah masih boleh menerima pelajar baru disebabkan enrolmen
pelajar yang kurang.

Tindakan : Makluman

4.0 Laporan Penyelaras Tingkatan

4.1 Pn.Ong Lee Teng
Tiada laporan kerana tidak menerima sebarang borang demerit

4.2 En.Azhar akan memaklumkan kepada semua guru mengenai borang demerit
setiap kelas perlu diberikan kepada penyelaras tingkatan

4.3 Pn.Tan Yoke Sung
11 orang pelajar Tingkatan 1 ponteng kelas- En.Norulamin memberitahu bahawa
beliau telah merekodkan dalam sistem

4.4 Cik Anandi
Terdapat 2 kes melibatkan pelajar Tingkatan dua

4.5 En.Tee Hong Jin
Kes ponteng kelas, rambut panjang serta pelajar-pelajar Tingkatan 3T dan 3G
berkeliaran di koridor.

4.6 En.Izzat Anwari
Tiada kes bagi tingkatan 4.
En.Azhar memaklumkan bahawa setiap penyelaras perlu melaporkan setiap kes
pada mesyuarat akan datang.

4.7 En.Azhar memaklumkan bahawa penyelaras setiap tingkatan perlu merekod
setiap kesalahan pelajar. Surat amaran kepada waris perlu dihantar mengikut
markah demerit yang dipunyai oleh pelajar. En.Norulamin akan mengambil
tindakan ke atas pelajar perlu digantung persekolahan atau dibuang. kes-kes
yang perlu disiasat, guru yang terlibat perlu bersama semasa siasatan dijalankan.

4.8 En.Norulamin menerangkan prosedur-prosedur siasatan, memberitahu bahawa
laporan kaunseling penting apabila mengambil tindakan ke atas pelajar.

Tindakan : Makluman
4

5.0 Laporan Lembaga Pengawas

5.1 En.Azham memberitahu bahawa lantikan Pengawas akan dijalankan pada 23hb
April 2012. Pegawai polis dari Balai Machang Bubuk akan diapanggil untuk
majlis tersebut.

5.2 Seramai 60 orang pengawas terlibat dalam Kursus Kepimpinan di Sekolah
Menengah Teknik.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pn.Nirmalah memberi taklimat mengenai SSDM-online kepada guru-guru unit
Disiplin. Guru yang bertanggungjawab menguruskan sistem ini akan diberitahu
kemudian oleh PK HEM.

6.2 En.Puvaneswaran memberitahu bahawa pelajar India Tingkatan 5 semakin
berani melakukan kesalahan. Beliau berharap mereka diberi hukuman yang
sewajarnya. En.Norulamin memberitahu bahawa rekod tidak mencukupi untuk
mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar berkaitan


Tindakan : Makluman
7.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK pada mesyuarat
disiplin ini dan berharap Unit Disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin di
kalangan murid-murid SMK Taman Sejahtera pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(En.Azhar Bin Muhamad)
PK Hal Ehwal Murid,
SMK Taman Sejahtera

You might also like