You are on page 1of 19

Kertas kerja kejohanan olahraga trek dan padang sekolah rendah

KERTAS KERJA
KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG,
SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
TAHUN 2012.




1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah
Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan
Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini
diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah
Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.



2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri
Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan
olahraga
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT


Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu,
kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga
bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.


4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih
dapat:
i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.


5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 2 MEI 2012
Masa : 7 PAGI – 2 PETANG
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI,
JOHOR.


6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Pingat
1. Pingat acara olahraga individu.
i. Emas
ii. Perak
iii. Gangsa

2. Pingat acara olahraga pasukan.
i. Emas
ii. Perak
iii. Gangsa


26 x RM5
26 x RM5
26 x RM5


4 x4 x RM5
4 x4 x RM5
4 x4 x RM5


RM130
RM130
RM130


RM80
RM80
RM80

2. Piala Kejohanan
1. Juara
2. Naib Juara
3. Tempat Ketiga
4. Olahragawan dan olahragawati

1x RM25
1 X RM20
1x RM15
2 X RM10

RM25
RM20
RM15
RM20

3. Hamper
1. Juara
2. Naib Juara
3. Ketiga
4. Keempat

1 X RM30
1 x RM30
1 x RM20
1x RM20

RM30
RM30
RM20
RM20

4. Makanan /Minuman
Pegawai /guru/ staf

100 x RM5

RM500

5. Bayaran Pelepas 1 x RM120 RM 120


JUMLAH


RM2210




8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat Kejohanan : Tuan Haji Said Bin Hasran
Pengurus Kejohanan : Encik Zali Bin A.Rahman
Penolong Pengurus Kejohanan : Encik Tormadi Bin Jono
Setiausaha
: Pn
Norhayati
Binti
Ibrahim

:
Cik Nurulain Hasan
Bendahari


AHLI JAWATANKUASA

Publisiti dan Buku Program

: Mohd Nazirul Bin Ahmad
Perasmian dan Penutupan : Norghahira Binti Ahmad Shukri
Kepegawaian : Mohd Haniff Bin Miohd Suhaimi
Teknikal : Mohd Azizi Zamri Bin Ilias
Hadiah dan Cenderamata : Nor Aien Binti Abu Hasan
Juruacara : Norainzatun Binti Md.Kasim
Jurugambar : Nur Syaima Binti Salleh
Dokumentasi : Nur Zufika Binti Che Rosdi
Rekod dan Statistik : Mohamad Faris Bin Mokhtar


: Nurulain Binti Hasan
Penjaga Masa : Rafeah Binti Badaruddin


: Mohamad Riezman Bin Ramli


: Nur Farhana Binti Abd Majid
Penyelia Peserta : Chia Lee Shan

: Hamizan Bin Mohd Noor
Pengadil Lorong : Chia Ee Chiam

: Ang Angeline


: Nadia bt Mustafa
Pelepas : Muhammad Hamiduddin Bin Shuhaimi
Penolong pelepas : Muhammad Hafiz Azree Bin Badrul Hisham

Pelepas panggil balik : Mohd Izuddin b Mohd Zain
Hakim Penamat : Muhammad Faris Bin Hashim


: Muhamad Asyraf Bin Yunus
Pencatat : Ruslina bt Hassan


: Foo Kwee Yee


: Stefaenus Olver Sabin
Referi Balapan : Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat


(Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)

9.0 TENTATIF PROGRAM


7.00 - 7.30 am

 Semua murid dan kakitangan SKPJ berkumpul di dalam khemah rumah sukan
masing-masing.
 Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.


7.30 - 7.50 am

 Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKPJ.


8.10 am

 Ketibaan VIP


8.10 - 9.30 am

 Kata alu-aluan juruacara
 Lintas hormat setiap kontijen
 Ikrar Temasya Sukan
 Doa
 Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
 Perarakan keluar semua kontigen
 Persembahan padang (senam earobik)
9.40 - 1.00 pm

 Pegawai bertugas mengambil tempat
 Pertandingan akhir berlangsung
 Penyampaian pingat-pingat
 Sambungan acara akhir
 Penyampaian pingat


1.00- 2.00 pm

 Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SKPJ
 Penyampaian Hadiah
 Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik
 Olahragawan 2012
 Olahragawati 2012
 Hadiah keseluruhan


(Rujuk lampiran – Jadual Pertandingan)


10.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang
kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
Lampiran5 ( Surat Jemputan)


KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12
SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
KOTA TINGGI JOHOR


Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12,
Tahun 2012,
Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
Kota Tinggi Johor,
Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:

Tuan/Puan:
_____________________________________________________________

Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:
Hari Khamis ( 26 April 2012)
Jam: 8.00 pagi
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.
Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.

Terima kasih


Lampiran 2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

Pengurus Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan

menentukan kejohanan berjalan dengan lancar

● Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
Penolong Pengurus Kejohanan ● Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan

● Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat

jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan

kejohanan
Setiausaha

● Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang

pengurusan dan pentadbiran

● Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua

fail-fail sebagai rujukan

● Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat

dalam perlaksanaan program

● Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat

● Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak

yang berkenaan

● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat

dan surat pekeliling kepada yang berkenaan

● Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan

agenda mesyuarat

● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program

● Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan

mesyuarat
Publisiti dan Buku Program ● Menyediakan buku program/cenderamata

● Mengedarkan buku program kepada setiap guru

dan tetamu.

● Menyediakan kain rentang kejohanan

● Menyediakan senarai nama peserta

● Menyediakan senarai nama peserta
Perasmian dan Penutupan ● Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.

● Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan

(termasuk bacaan ikrar)

● Menguruskan pertandingan perbarisan.

● Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan

yang mengambil bahagian.

● Membuat surat jemputan dif kehormat
Kepegawaian

● Mengatur dan melatih pembantu padang.

● Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan

dengan lancar
Teknikal

● Menguruskan dan menyediakan semua alatan

pertandingan untuk acara padang dan balapan.

● Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan

dengan lancar

● Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut

spesifikasi rasmi

● Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan

dalam pertandingan.

● Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir

kejohanan.
Hadiah dan Cenderamata ● Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata

● Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.

● Menghias meja hadiah

● Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.

● Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Juruacara

● Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program

● Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara

● Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera

● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian

hadiah
Jurugambar dan Dokumentasi ● Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti

yang berlangsung sepanjang program

● Membuat laporan atau dokumentasi setelah program

berakhir
Rekod dan Statistik ● Menyelia papan markah (Score board)

● Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada

pengacara atau pencatat

● Menyelia markah dari sukantara
Penjaga Masa


Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta
yang bertanding

● Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
Penyelia Peserta

● Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang

bertanding.

● Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian

hadiah
Pengadil Lorong

● Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak

melanggar peraturan.

● Memutuskan sebarang bantahan peserta

● Memastikan peserta berlari mengikut lorong

● Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran

peraturan

● Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia
Pelepas

● Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang

sedang dalam keadaan sedia

● Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan

Pengadil lorong sudah bersedia

● Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh

peserta sebelum memulakan pelepasan
Pelepas panggil balik ● Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas

● Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya

dapat memerhati setiap peserta dengan jelas
Penolong pelepas ● Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang

betul dan memakai nombor

● Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan

masing-masing

● Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan

permulaan

● Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta

sudah bersedia
Hakim Penamat

● Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara

































yang dipertandingkan

● Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod
Pencatat

● Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam

borang keputusan rasmi

● Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya
Refri

● Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara

● Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap

sebarang perkara ketika kejohanan

● Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan

segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada
Setiausaha Pertandingan



Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya
Lampiran 3

No
Acara
Acara Kategori
01 50m Lelaki
02 50m Perempuan
03 100m Lelaki
04 100m Perempuan
05 200m Lelaki
06 200m Perempuan
07 400m Lelaki
08 400m Perempuan
09 800m Lelaki
10 800m Perempuan
11 1500m Lelaki
12 1500m Perempuan
13 4x50m Lelaki
14 4x50m Perempuan
15 4x100m Lelaki
16 4x100m Perempuan

























17 4x400m Lelaki
18 4x400m Perempuan
19 Lompat jauh Lelaki
20 Lompat jauh Perempuan
21 Lompat tinggi Lelaki
22 Lompat tinggi Perempuan
23 Lontar peluru Lelaki
24 Lontar peluru Perempuan
25 Lempar cakera Lelaki
26 Lempar cakera Perempuan
27 Merejam lembing Lelaki
28 Merejam lembing Perempuan

Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
Khamis, 26 April 2012 (Berkumpul pada 7:30 pg)
No No Acara Acara Kategori Peringkat Masa
1 06 200m Perempuan AKHIR 0930
2 07 400m Lelaki AKHIR 1000
3 08 400m Perempuan AKHIR 1015
4 09 800m Lelaki AKHIR 1030
5 10 800m Perempuan AKHIR 1045
6 13 4x50m Lelaki AKHIR 1100
7 14 4x50m Perempuan AKHIR 1115
8 15 4x100m Lelaki AKHIR 1130
9 16 4x100m Perempuan AKHIR 1145
10 17 4x400m Lelaki AKHIR 1200
11 18 4x400m Perempuan AKHIR 1230
12 19 Lompat jauh Lelaki AKHIR 0900
13 20 Lompat jauh Perempuan AKHIR 0930
14 21 Lompat tinggi Lelaki AKHIR 0900
15 22 Lompat tinggi Perempuan AKHIR 0930
16 23 Lontar peluru Lelaki AKHIR 0800
17 24 Lontar peluru Perempuan AKHIR 0830
Lampiran 4

18 25 Lempar cakera Lelaki AKHIR 1400
19 26 Lempar cakera Perempuan AKHIR 1400
20 27 Merejam lembing Lelaki AKHIR 1000
21 28 Merejam lembing Perempuan AKHIR 1030

























Lampiran 1

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PETRI JAYA, KOTA TINGG JOHOR.


Semua Jawatankuasa Kerja
Kejohanan Olahraga 2012
Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
81900 Kota Tinggi Johor.

Tuan/puan,

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Kali Ke-12

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 kali ke-12 akan diadakan
seperti berikut:

Tarikh : 13 April 2012 (Khamis)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Dewan Seri SKPJ

2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Ucapan PK HEM
2.3 Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan
2.4 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi
2.5 Hal-hal lain

Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian

Yang menjalankan tugas
........................................
( Cik Nurulain Binti Hasan)
Setiausaha Kejohanan Olahraga 2012

s.k.
Tuan guru besar
Tuan PK. HEM