You are on page 1of 19

Ingredients:

Chicken breast 4 boneless flattened


Salt 1 tsp
Pepper tsp
Mustard paste 1 tsp
Mayonnaise 3 tbsp mixed with white vinegar 2 tbsp
Salad leaves 4
Cheese slices 4
Sliced Onion (optional)
Sliced tomato (optional)
Burger buns 4
Dry flour 1 cup to roll

For batter:

Flour 3 tbsp heaped
Corn flour 3 tbsp heaped
Baking powder tsp
Egg 1
Chilled water to make batter

Directions:

Marinate chicken breast with salt, pepper and mustard paste for 15 minutes, dip marinated breast in
batter, roll in dry flour, deep fry in frying pan till crisp and golden, cut buns in halves, apply
mayonnaise and vinegar sauce,, top with fried chicken, spread cheese slice then salad leaves,
sliced onion & tomato (optional.. but i used) again mayonnaise sauce, cover with buns serve hot with
fries.
Enjoy!!!









Kuih Bom

Bahan-bahan ( 8 biji )

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
Minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara

- Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat
besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
- Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8
bahagian. Buat bentuk bulat.
- Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga
kekuningan.
- Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga
timun yang dihiris nipis-nipis













Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan untuk Nasi Tomato
(Sesuai untuk 5-6 orang)

3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah
3/4 ekor Ayam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 inci halia
15-20 cili kering (ikut kepedasan sesuka hati)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan air kosong
4 sudu besar tomato puree
Sos tomato secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Daun sup

Bahan-Bahan untuk Sambal
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan

Bahan-Bahan untuk Kicap

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan

1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam
sup) Hirisan daun bawang/daun sup
Kismis
Kacang pis
Nenas

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Tomato

1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi dalam kuali.

2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang
putih dan daun pandan dalam kuari sehingga naik wangi.

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata.

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2
minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata.

9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering.

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan.

11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut.

12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan
lain-lain.

Tips: Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi sudah masak.
Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi tersebut sehingga masak sekali
lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak akan melekat.

Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah

1) Bersihkan ayam terlebih dahulu. Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam
secukupnya.

2) Perapkan selama 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.

3) Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga
lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan masakkan sampai betul-betul masak.

6) Masukkan secawan air, serai, tomato puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.

7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.

8) Masukkan gula dan garam secukupnya.

9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap
disediakan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal

1) Kisarkan semua bahan.

2) Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah
pekat dan sedia untuk digunakan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap

1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili
tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.
Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.

Resepi Nasi Tomato merupakan salah satu jenis resepi hidangan yang sangat berkhasiat kerana
lengkap dengan karbohidrat dari nasi dan zat vitamin dari tomato dan nenas. Nasi Tomato adalah
sejenis nasi yang boleh dimasak dengan lauk-pauk yang berbeza dan mungkin merupakan
hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta
dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.
































2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.

Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)

Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.

Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.







4LikeLike Share







Nasi Paprik

Bahan-bahan:
ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan
masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau
kasturi.

izza homemade

Bahan untuk roti piza (pizza based):

1 mug tepung gandum(mug besar biasa tu)
1/2 bungkus mauripan
1/2 mug air garam (secukup rasa & nanti tuang sikit2 mengikut lembut yg anda nak)

cara:
campur tpg ngan mauripanboh air garam sikit2 sambil uliuli rata, biar setengah jam-45
minit.sediakan loyang atau tudung periuk lepersapu minyakambil tepung yg uli tadi, penyet2
& tempek atas loyang.pastu sapu sos cili atasnya (bleh gak kalau takboh sos dulu, lepas masak
baru boh). tabur bawang besar (dadukan), cili hidup (hiris kecik2), nenas dipotong kecil, daging
burger yang dihancurkan (atau daging cincang goreng tanpa minyak dulu bagi separuh masak &
campur garam & lada hitam sikit untuk bagi rasa).kalau ada cendawan butang & sosej boh
lalast tabur cheese (nor guna cheesedale yg digunting2 kecil2ada juga jual sekarang cheese
yang dah siap diparutkira timbang)pastu bakar 180 darjah selama 35-45 minitnyum2

*daging cincang boleh diganti dengan daging burgerlagi sedap

P/S: Lagi senang buat pizza atas tudung periuk yang takda tangkai tu sebab nak potong senang.



Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-Bahan:
1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
2. garam dan kunyit
3. sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah

Bahan untuk sos:
1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (dimayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis

Cara- Cara
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan.
Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan
dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan



Kailan Ikan Masin

1. Sayur Kailan-Dipotong
2. 1 Keping Ikan Tenggiri Masin Potong Kecik2
3. 1 Sudu Air Dr Botol Ikan Masin Td
4. 1 Biji Bawang Besar-Dimayang Bulat
5. 1 Inci Halia-Diketuk
6. Bawang Putih-Diketuk
7. 1 Sudu Besar Sos Tiram
8. 1 Sudu Besar Sos Ikan
9. Sedikit Air Asam Limau Nipis
10. Minyak Untuk Menggoreng
11. Panaskan Minyak Tumis Ikan Masin Tenggiri Tadi Hingga Naik Bau
12. Kemudian Tumis Bwg Putih,Bwg Besar Dan Halia.Masukan Sos Tiram.
13. Masukkan Sayur Dan Tambah Air Dr Botol Ikan Masin Td,Masukkan Sos Ikan Kacau Rata.
14. Masukkan Sdkt Air Dan Biarkan Seketika.
15. Hidangkan. Tabur Sdkt Lada Sulam Dan Perah Air Asam Limau.

Selamat menjamu selera..


Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu
diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
3.Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.


Nasi Tomato I

Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang
besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti
biasa.

Nasi Tomato II

Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada
nasi yg sedia dihidang.

P.s lauk iringan - ayam masak merah, acar sayur yum yum.. ~