You are on page 1of 4

Teks Ucapan Bahaya Dadah (21-26 Julai 2014)

Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah


Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan dadah adalah seperti berikut:
1. Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar terbabit tidak akan hadir pada hari-hari tertentu.
2. Selalu ponteng sekolah.
3. Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak.
4. Perlakuan dan tabiat belajar berubah.
5. Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.
6. Mata merah dan sering memakai cermin mata gelap.
7. Sering ke tandas.
8. Selalu mengantuk apabila dalam kelas
9. OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
10. Meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran pendidikan
pencegahan dadah dalam kalangan murid,guru dan ibu bapa.
11. Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dari sudut
fizikal, emosi, mental dan rohani.
12. Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku
positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
13. Memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara
bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan terlibat dan badan bukan
kerajaan berkaitan.
14.
15. FOKUS STRATEGIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
16. 1. PENCEGAHAN
17. 2. BIMBINGAN & PEMULIHAN
18. 3. PEMBANGUNAN SUMBER
19. 4. PENERBITAN & PUBLISITI
20. 5. PENYELIDIKAN & PENILAIAN
21. 6. PEMUAFAKATAN & PENYELARASAN
22.
23. 1.0 Pencegahan
24. Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan melindungi
murid daripada terlibat dengan dadah. Murid perlu diberi pengetahuan,
kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegahnya daripada pengaruh
dadah. Strategi pencegahan juga memberi penekanan kepada usaha
membangun modal insan yang mempunyai kekuatan dan jati diri dalam
pencegahan dadah. Bagi tahun 2010, fokus pendidikan pencegahan awalan
adalah kepada usaha mencegah dan memulih pelajar-pelajar yang terlibat
dengan ketagihan rokok dan pencegahan kepada arak serta inhalan.
25. 1.1 PROSIDAR ( Program Sifar Dadah Sekolah Rendah )
26. Memberi pendedahan dan memastikan semua sekolah rendah melaksanakan
Modul PROSIDAR kepada murid-murid.
27. Kandungan kimia beracun, kesan dan akibat kepada ketagihan rokok,arak
dan inhalan didedahkan kepada murid melalui sisipan dalam P & P Mata
Pelajaran PJK dan Pendidikan Moral.
28.
29.
30. 1.2 Bilik Sumber / Sudut PPDa di sekolah.
31. Bilangan sekolah yang mewujudkan bilik / sudut sumber
PPDa dipertingkatkan.
32. Pengurusan khidmat PPDa di sekolah dikemas kini dan ditambah nilai.
33. Pertandingan Pengurusan bilik / sudut sumber PPDa diperluaskan di
peringkat daerah dan diteruskan di peringkat negeri.
34. Sudut pencegahan Dadah Pembuka Jalan
dikemaskini dan ditambahnilai.

Bilik / Sudut PPDa Sekolah
Pengenalan konsep

Penubuhan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah adalah
satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah
adalah merupakan pusat sehenti yang menyediakan sebuah ruang lengkap
bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada
pelajar,guru, ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Maklumat dan bahan-bahan
berkaitan dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka
tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama dadah. Selain itu, semua
jenis maklumat yang boleh membantu melahirkan kumpulan sasaran yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan pencegahan dadah juga
boleh dimuatkan bagi menambah nilai kepada bahan sedia ada.

Strategi KPM menggalakkan penubuhan bilik sumber di sekolah-sekolah ialah bagi
memenuhi keperluan maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan
masyarakat sekolah. Sebelum ini, sekolah terpaksa bergantung kepada maklumat
dan bahan pameran yang disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan. Namun isunya
ialah ia agak terbatas kerana tidak mampu menjangkau semua populasi yang ada di
sesebuah sekolah. Ini disebabkan maklumat yang dipamerkan tersebut dibatasi
limitasi masa, bahan maklumat yang dipamerkan dan sumber tenaga yang terhad.
Seringkali berlaku agensi terlibat tidak dapat menampung permintaan sekolah
disebabkan kekangan tersebut. Sekolah yang mempunyai bilik atau sudut khas
yang disusun dengan maklumat-maklumat pendidikan pencegahan dadah akan lebih
memberi kesan dalam penyampaian mesej kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitarnya. Warga sekolah terutamanya pelajar mudah mengakses maklumat yang
disediakan sepanjang masa. Langkah ini diyakini mampu memberikan impak dan
keuntungan jangka panjang kepada semua pihak.

Semua sekolah disarankan supaya mewujudkan pusat akses ini
memandangkan banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Ia bukan
sahaja menjadi ruang pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai tempat
mereka berinteraksi dan mengasah bakat dan kepimpinan dalam kalangan mereka.
Tanggungjawab pihak pengurusan sekolah bagi memastikan ianya
direalisasikan adalah sangat penting. Pengetua atau Guru Besar mesti
menggerakkan pasukannya bagi menjayakan misi ini, jika tidak ia tidak mampu
untuk dilaksanakan dengan berkesan.

Matlamat dan objektif penubuhan

Bilik Sumber PPDa Sekolah diwujudkan untuk menyediakan satu pusat akses
pendidikan pencegahan dadah yang lengkap bagi kemudahan semua pihak
khususnya pelajar dalam usaha menyalurkan maklumat dan membimbing secara
sistematik ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada pengaruh
dan ancaman dadah. Ia memenuhi hasrat kerajaan yang meletakkan visi melahirkan
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Visi
tersebut boleh dicapai sekiranya setiap warganegara diberikan pendidikan
pencegahan berhubung dengan kesan dan pengaruh dadah. Sebagai mendokong
cita-cita tersebut, pencegahan awalan melalui strategi pewujudan pusat akses ini
boleh dihuraikan melalui beberapa objektif penubuhannya iaitu :

Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di
kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah.
Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karekter
murid cemerlang.

Fungsi dan peranan

Kewujudan Bilik Sumber PPDa Sekolah jika dilihat dalam konteks yang lebih luas
mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut :
1. Ia merupakan pusat operasi pendidikan pencegahan dadah di sesebuah sekolah.
2. Ia merupakan pusat sumber maklumat berkaitan kesan dan bahaya dadah,
inhalan, rokok, alkohol dan juga HIV/Aids.
3. Ia merupakan ruang pameran antidadah dan karya pelajar yang kekal dan boleh
diakses dengan mudah oleh semua warga sekolah tanpa limitasi masa.
4. Ia merupakan pusat aktiviti yang menyokong keberkesanan unit-unit lain di sekolah
seperti Unit Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Bina Insan, Unit Kokurikulum, Asrama dan
sebagainya.
5. Ia merupakan ruang pelajar berinteraksi dan meningkatkan kemahiran pelbagai
sesama mereka.
6. Ia merupakan ruang alternatif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran tertentu seperti pendidikan seni, kemahiran bahasa, kesihatan, pendidikan
moral dan sebagainya.
7. Ia merupakan ruang untuk aktiviti kokurikulum pelajar.
8. Ia merupakan ruang pameran kekal untuk dilawati semasa Hari Kualiti, Hari
Graduasi, Hari Terbuka dan sebagainya.

Kepelbagaian fungsi dan peranan Bilik Sumber PPDa Sekolah seperti yang
dinyatakan di atas bukan bermakna ia tidak berfokus kepada matlamat asalnya
sebagaimana yang digariskan. Namun ia adalah satu ruang yang bersifat anjal dan
boleh disepadukan dengan pelbagai elemen yang sedia ada di sekolah. Dengan itu,
secara tidak langsung ia akan membantu ke arah mewujudkan sekolah sebagai
intitusi ilmu yang kondusif kepada warganya

You might also like