You are on page 1of 1

RUMUSAN KESAHAN KANDUNGAN SUMATIF TAHUN 4

Semasa menjalani Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu kami telah
melaksanakan ujian sumatif keatas murid Tahun 4 Mawar. Untuk memenuhi kehendak kerja
kursus yang diberikan oleh pensyarah iaitu membina satu set soalan sumatif.
Kesahan instrumen ditentukan dengan kesahan muka, kesahan kandungan, kesahan
konstruk. Instrumen telah diberikan kepada 2 orang guru bidang sains dan 1 orang guru
Bahasa Melayu untuk memberi komen dari aspek penggunaan perkataan, ayat, bahasa dan
mengesahkan kandungan setiap item.

Setelah meneliti pandangan guru yang berpengalaman dalam menghasilkan soalan,
hasilnya Sebanyak 10 item telah diperbaiki dari segi struktur ayat dan kesesuaiannya
dengan konstruk, manakala 4 item telah digugurkan mengikut cadangan guru sains dan
bakinya dikekalkan sebagai soalan untuk diuji keatas pelajar Tahun 4 Mawar

Taburan 20 item objektif dan 2 item subjektif yang dihasilkan diambil daripada Huraian
Sukatan Pengajaran Tahun 4 dan juga setelah merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan
yang telah digariskan oleh sekolah.

Tema yang telah dipilih ialah Tema Alam Bahan. Tema ini berkisar tentang sifat bahan dan
kegunaan dalam kehidupan seharian. Kami telah membina ujian ini dengan nisbah 1:2:1
iaitu 1 untuk kefahaman dan pengetahuan. 2 untuk analisis dan aplikasi dan 1 untuk
penilaian dan sintesis.