You are on page 1of 4

a) Maklumat Perniagaan

Jenis Perniagaan : Peruncitan
Alamat perniagaan : Berdekatan kawasan perumahan Pangsapuri Sri Murni 2,
Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru, Johor darul Ta’zim
Pengkhususan Perniagaan : Perniagaan menjual barang harian
Mengikut Cundiff dan Still (1961) jikalau pembeli itu adalah pembeli yang akhir,
penjual yang telah berurus niaga itu dikatakan telah melakukan peruncitan. Definisi
ini hanya menumpukan penjual itu sebagai orang utama di dalam urusniaga.
Perniagaan ini menjalankan perniagaan peruncitan di mana penjualan barang
dan dagangan dari sesuatu tempat yang tetap iaitu di kawasan perumahan.
Penjualan di kedai runcit ini adalah seperti menjual barang keperluan harian untuk
pelanggan yang berhampiran di kawasan perumahan itu. Setiap barang yang dijual
akan disusun atur oleh pekerja di kedai itu agar memudahkan pelanggan untuk
membelinya

Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 1
Pandangan
Pada pandangan saya, amalan yang tidak beretika dilakukan oleh kedai runcit
tersebut ialah tidak menggunakan lesen perniagaan yang sah di sisi undang-
undang. Saya mengatakan begini, kerana tiadanya sijil perniagaan dipaparkan
semasa melakukan tinjauan ke atas kedai runcit tersebut. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa kedai ini tidak mendaftarkan perniagaannya di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
Secara tidak langsung, kita sebagai pengguna turut terlibat dalam aktiviti yang
tidak beretika kerana membeli barang daripada kedai runcit yang tidak mempunyai
lesen perniagaan.


Sokongan dari Sumber Ilmiah
Berdasarkan sumber ilmiah yang saya perolehi dari laman web Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) bahawa sebab-sebab perniagaan perlu didaftarkan kerana
ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undang-undang. Tanpa
pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga atau pemilik
perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Selain itu, pendaftaran perniagaan ini adalah sebagai bukti keterangan iaitu
segala maklumat dengan perniagaan seperti nama, sifat perniagaan, tarikh
permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik iaitu
nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan
dalam daftar. Maklumat ini adalah benar dan boleh dijadikan sebagai bukti bertulis.
Tambahan pula, pendaftaran dilakukan sebagai hak milik iaitu sekiranya
pemilik telah meninggal dunia pada masa kematiannya telah direkodkan dalam
daftar salah seorang waris atau mana-mana individu yang berhak terhadap harta
pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang
meninggal dunia. Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang
berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan
melalui guaman atau prosiding undang-undang lain.

Penambahbaikan
Sewajarnya, sebagai peruncit yang ingin memastikan kedainya bertahan lama
hendaklah mendaftarkan kedainya, di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hal ini
ditegaskan agar peruncit dapat menjalankan perniagaan kedai runcitnya dalam
keadaan yang selamat serta sah di sisi undang-undang di Malaysia dan secara tidak
langsung menambahkan rasa keyakinan pelanggan untuk membeli barang
keperluan di kedai runcit ini.
Selepas wujudnya pensijilan pendaftaran perniagaan, pekerja seharusnya
memaparkan sijil pendaftaran di dalam kedai runcit, agar pelanggan mengetahui
bahawa kedai runcit ini sudah selamat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 2
Pandangan
Pada pandangan dan pengalaman saya ialah, pekerja di kedai ini telah sewenang-
wenangnya menaikkan harga barang keperluan asas seperti gula, minyak dan
tepung. Disebabkan kedai runcit yang lain agak jauh dari kawasan perumahan saya,
pelanggan terpaksa membeli barang keperluan harian di kedai runcit. Pernah
pelanggan di kedai runcit ini memarahi pekerja di situ kerana sudah tidak sabar
dengan keadaan harga barang yang mahal di kedai ini. Tetapi sikap endah tidak
endah pekerja di situ, mereka masih meletakkan harga yang lebih dari sepatutnya.
Tambahan pula, terdapat barang keperluan yang sudah rosak seperti tin yang sudah
kemik dan gula pasir yang terdedah mengakibatkan gula itu dimasuki oleh semut.
Tambahan pula, terdapat sesetengah barang yang tidak diletakkan harga dan boleh
menyebabkan kekeliruan pelanggan untuk membeli barang di kedai runcit ini.


Sokongan dari Sumber Ilmiah
Sumber ilmiah yang diperolehi ialah mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 723
iaitu mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa
barangan harga terkawal atau menyediakan atau menawarkan untuk menyediakan
apa-apa perkhidmatan caj terkawal atau yang mengutip deposit selain mengikut
harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal di bawah seksyen 4, 5 atau 7
dianggap sebagai melakukan suatu kesalahan.
Tambahan pula, mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) iaitu
barang kawalan perlu dikawal oleh undang-undang kerana kebanyakannya
merupakan keperluan asas yang akan digunakan oleh pengguna dan pengeluar.
Manakala, undang-undang Akta Kawalan Harga (1946) juga menjaga harga barang
kawalan adalah stabil dan menetapkan harga maksimum dan minimum supaya
pengguna dapat mengetahui harga barang tertentu.

Selain itu, subseksyen (1), mana-mana orang yang menawarkan untuk
menjual apa-apa barangan harga terkawal atau menawarkan untuk membekalkan
apa-apa perkhidmatan caj terkawal hendaklah mempamerkan senarai harga bagi
barangan harga terkawal atau caj bagi perkhidmatan caj terkawal dalam kedudukan
yang mudah dilihat yang senang dibaca oleh mana-mana orang yang bercadang
untuk membeli barangan atau perkhidmatan itu. Walau apa pun subseksyen (1), jika
tidak praktik untuk mempamerkan senarai harga atau caj sebagaimana yang
dikehendaki di bawah subseksyen (1), senarai harga atau caj itu hendaklah
dipamerkan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengawal. Mana-mana orang yang
tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) telah melakukan suatu kesalahan.

Penambahbaikan
Penambahbaikan yang boleh dibuat di kedai runcit ini ialah pekerja sewajarnya tidak
boleh menaikkan harga barang keperluan, terutama barang kawalan dengan
sewenang-wenangnya. Ini kerana berdasarkan kenyataan daripada Kementerian
Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat 20 barang kawalan
antaranya ialah gula, susu, garam dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Selain itu, pekerja sepatutnya mengambil inisiatif apabila dimarahi oleh
pelanggan berkaitan hal tidak sepatutnya dengan memperbaiki kelemahan serta
kesalahan yang terdapat di dalam kedai runcit. Secara tidak langsung, persekitaran
kedai runcit akan menjadi lebih harmoni serta akan meningkatkan lagi pertambahan
pelanggan ke kedai runcit ini.
Tambahan lagi, sebagai pekerja yang ingin memastikan pelanggannya tidak
beralih ke kedai runcit yang lain hendaklah memastikan segala barang keperluan
berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, memperbaharui barang yang
tarikh luput sudah hampir atau tamat dan memastikan segala makanan daripada tin
berada dalam keadaan yang elok dan selamat untuk digunakan oleh pelanggan.
Peruncit hendaklah memastikan segala barang yang dipamerkan dilabelkan
dengan tanda harga yang sepatutnya supaya pelanggan tidak keliru dan tidak
menimbulkan syak wasangka antara peruncit dengan pelanggan.