You are on page 1of 8

Hjh. Norhayati bt. Hj.

Ahmad
Zakaria PPT., BKM.
Klasifikasi Alat-Alat Muzik
Tradisional
Boleh diklasifikasikan kepada 4 keluarga:

 Idiofon/idiophone
 Kordofon/chordophone
 Membranofon/membranophone
 Erofon/aerophone

Idiofon
 Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara
spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang, dan
ketukan mengikut keadaan dan bentuk semula jadi
sesebuah alat itu.
 Sifat alat berkenaan tidak memerlukan persediaan awal
bagi maksud penalaan untuk menghasilkan bunyi.
 Alat idiofon yang berkembang dalam budaya muzik
masyarakat Melayu tradisi jenis knobbed gong adalah
seperti gong/tetawak anak dan ibu, gong terinai, gong
nobat, gong agung, gong suwukan, keromong/bonang,
canang, cak lempong, mong, kempul, kenong, kesi.
Idiofon
 Kumpulan slabed-type iaitu yang berbilah, yang
diperbuat daripada perunggu, kuningan, besi, kayu
dan buluh. Contoh saron demung, saron barung,
saron penerus, slentem, gambang kayu, gambang
buluh, gender, kertuk kelapa/kayu, cerek/kecerek,
kelinang, dll.
 Kumpulan tubed-type iaitu yang berpipa ataupun
tabung yang diperbuat daripada buluh atau kayu.
Contoh, angklung, kertuk buluh, kertuk kayu.
Idiofon
 Kumpulan idiofon iaitu alat jenis ‘berlesong’ yang
diperbuat daripada kayu. Contoh alu bunyi, tumbuk
kalang, tingkah lesung, dll
 Hap rahang (Jaw’s Harp)

Kordofon
 Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya
terhasil daripada bahan ‘tali’ yang diregangkan.
Contoh rebab, gambus, kecapi buluh, tung ting, sape,
bilikan, sundatang, dll.
Membranofon
 Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya
terhasil daripada bahan kulit yang diregangkan.
Contohnya, kumpulan gendang ‘satu muka’, beduk,
rebana besar, rebana ubi, rebana mangkuk, rebana
kercing, rebana medan, rebana mek mulung, tar rodat,
kompang, redap/rebana riba, rebana Jikey, gedombak,
nakara, tabla, baya, kemplinga dan rebana keras.
 Kumpulan gendang ‘dua muka’ terdiri daripada
gendang ibu, gendang anak, gendang terinai, gendang
keling, geduk, maruas, jidur, dup dan gendang
gamelan.
Erofon
 Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya
terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin.
Contoh, serunai, pi/pi nai, selumprit, seruling, puling
tanah, nafiri, tetuan tanduk, serunai batang padi,
salung/saluang, bangsi, serunai daun kelapa, dedaun
(erofon bebas) dan puput, turali dan pensol (nose
flute)