You are on page 1of 4

Isu pentaksiran

Pentaksiran didefinisikan sebagai proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat
keputusan. Pentaksiran adalah satu bidang yang tidak boleh dipisahkan daripada duina
pendidkan khususnya dalam bidang pemulihan. Segala keputusan dalam pendidikan
adalah berkait rapat dengan maklumat yang dikumpul melalui proses pentaksiran.
Sebelum guru menjalankan proses pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan kebolehan murid, guru perlu mengumpulkan makluamt melalui pelbagai cara
pengujian atau kaedah lain. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang sepatutnya
telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.
Dalam sesuatu kelas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru kepada
murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat
dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan bersesuaian
dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi. Semua keputusan yang
berkaitan dengan masalah pembelajaran perlulah dibuat dengan bijak dan tepat dengan
bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.
Berikut merupakan kategori dan jenis pentaksiran:
Istilah Maksud
Ujian standard atau formal  Ujian yang telah disiap bina
 Ujian mempunyai skor yang perlu
dicapai oleh pelajar dan guru untuk
perbandingan prestasi
Ujian tidak formal  Dijalankan pada bila2 masa mengikut
keperluan
 Dijalankan secara individu atau
kumpulan.
 Lisan atau kumpulan.
 Tidak melibatkan kemahiran atau unit
tertentu
 Dibina oleh guru
 Tidak mempunyai arahan atau prosedur
Ujian Kumpulan  Dijalankan dalam kumpulan semasa
P&P
 Boleh dalam bentuk formal atau tidak
formal
 Tiada arahan tertentu
Ujian individu  Dijalankan secara individu dalam p&P
 Tiada arahan tertentu
 Soalan dibina oleh guru
Ujian berdasarkan kurikulum  UPSR, PMR, SPM,STPM
 Ujian yang dijalankan berdasarkan
kandungan kurikulum yang digunakan di
sekolah
Ujian formatif  Untuk mengesan kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid setelah sesuatu
kemahiran diajar.
 Ujian ini dijalankan dengan kerap
Ujian sumatif  Ujian yang merumuskan pencapaian
murid setelah satu unit pengajaran
dijalankan
 Satu gred diberikan sebagai tanda tahap
pencapaian murid
Ujian saringan  Ujian yang dijalankan untuk mengenal
pasti kanak2 yang berisiko menghadapi
masalah pembelajaran.
 Ditadbirkan kepada semua murid
termasuk murid normal (jika perlu).
Ujian diagnostic  Dijalankan untuk mengenal pasti dengan
lebih terperinci masalah dalam
pembelajaran yang dihadapi oleh murid
 Selepas ujian diagnostic dijalankan, jenis
dan ciri masalah yang dihadapi pelajar
dapat diketahui.
Ujian ‘speed’  Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa
yang agak terhad.
 Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan
 Tidak formal
Ujian ‘power’  Kekuatan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
 Kekuatan ingatan tentang sesuatu topic
yang telah dipelajari.
 Ujian yang menggunakan masa yang
agak lama untuk dihabiskan.
 Biasanya item agak sukar sedikit.
 Contohnya, menulis karangan, laporan,

Seorang guru perlu lah membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk
membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid. Terdapat pelbagai
sumber yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat. Sumber yang diperolehi adalah
termasuk rekod dan laporan berkaitan, sampel kerja, pengujuan, pentaksiran portfolio,
pemerhatain, senarai semak, skala pengkadaran, temubual dan banyak lagi.
Rekod dan laporan bermaksud laporan-laporan mengenai maklumat murid dan
persepsi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk
mendapat gambaran yang menyerluruh berkaitan murid tersebut.
Sampel kerja bermakna salah satu sumber maklumat sedia ada yang berkaitan sampel-
sampel kerja yang dihasilkan oleh murid berikut dalam mata perlajaran yang diperlajari
oleh murid. Untuk mendapat maklumar yang berfaedah, guru juga boleh membuat
analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata
pelajaran yang dipelajari.
Ujian terbahagi kepada dua jenis iaiatu ujian rujukan kriteria dan ujian rujukan norma.
Ujian rujukan kriteria bertujuan untuk mengumpul maklumat sama ada kemahiran yang
telah diajar yang boleh dianggap telah dikuasai oleh murid Ujian rujukan norma pula
adalah untuk membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian
murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama.
Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang dijalankan oleh guru bagi
mengumpulkan maklumat khussunya yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang
murid. Permerhatian yang dibuat perlulah direkodkan dan terdapat beberapa cara unutk
merekodkan hasil pemerhatian.
Dan temubual adalah cara guru untuk mendapat maklumat yang berkaitan murid
dengan cara menemubual ibubapa, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid.