You are on page 1of 4

- 1 -

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6



Nama : ______________________________ Masa : 60 minit
Tahun : _______________

Arahan : Kertas ini mengandungi lima bahagian iaitu A, B, C, D dan E. Kamu dikehendaki menjawab
kelima-lima bahagian tersebut.

Bahagian A Nombor 1 hingga 10. Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Pemimpin yang amanah akan mendapat __________ sepenuhnya daripada rakyat.
A. pujian C. penghargaan
B. sokongan D. keadilan

2. Azlin menderma kepada Tabung Rakyat Palestin kerana _________ dengan nasib yang
menimpa mereka.
A. bersimpati C. seronok
B. bersangkut D. suka

3. Encik James menanam sampah dan tin-tin kosong yang bertaburan kerana dia seorang yang
suka ____________________.
A. memelihara pemakanan C. menjaga maruah
B. menjaga harga diri D. memelihara alam sekitar

4. Fiona berbaik-baik dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum. Dia
_______________.
A. suka berkawan. C. suka bergaduh.
B. suka akan keamanan. D. suka bertanya khabar.

5. Keadaan negara akan menjadi huru-hara sekiranya tiada ____________ .
A. jalan raya C. telefon awam
B. undang-undang D. Perdana Menteri

6. Kita boleh meringankan kerja dalam kalangan masyarakat dengan ________.
A. bersedekah C. bergotong-royong
B. bersimpati D. bersopan-santun

7. Semangat _______ perlu dipupuk apabila menjalankan sesuatu pekerjaan secara
berkumpulan.

- 2 -
A. dedikasi C. kerjasama
B. setia D. mesra

8. Sewaktu bercakap dengan ibu bapa kita mestilah ___________ suara.
A. menaikkan C. memecahkan
B. merendahkan D. meninggikan

9. Sewaktu melawat orang sakit, kita hendaklah bercakap dengan suara yang
_____________.
A. perlahan C. kuat
B. tergagap-gagap D. berbisik-bisik

10. _______________ adalah perumpamaan yang menunjukkan semangat kejiranan.
A. Bagai enau dalam belukar C. Bagai telur di hujung tanduk
B. Bagai isi dengan kuku D. Bagai aur dengan tebing

Bahagian B Nombor 11 hingga 20. Tandakan / pada pernyataan yang
betul dan X pada pernyataan yang salah.

11. Fong Chui Fong bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang penyayang.
12. Kita perlu menjaga maruah diri sendiri sahaja.
13. Kita perlu meninggi diri apabila dipuji oleh orang lain.
14. Prabagaran sentiasa mematuhi nasihat yang diberi oleh guru dan
rakan-rakannya.
15. Xandria meminta maaf daripada Chia Mei selepas dia menumpahkan air
rakannya itu.
16. Suresh menggalakkan pergaduhan yang berlaku antara Eganesh
dengan Shanker.
17. Peter suka menggunakan perkataan aku apabila bercakap
dengan guru-gurunya.
18. Ooi Ching Yi suka menunjuk-nunjuk apabila ibu bapanya membeli sesuatu
hadiah kepadanya.
19. Oleh sebab ingin menjaga hati kawan, Sujana tidak menulis nama
Prema walaupun dia telah melakukan kesalahan.
20. Dennis suka menolong Cikgu Bob mengangkat buku ke bilik guru.

Bahagian C Nombor 21 hingga 35. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.



- 3 -
mengharumkan pengetahuan perhimpunan mempedulikan

kenyataan bercita-cita dorongan meminati sedar hasrat

saguhati bangga kebolehan bertanya berputus asa

Bong amat (21) ___________ bidang penulisan. Dia (22) _________________ untuk
menjadi seorang penulis yang berjaya. Walau bagaimanapun, (23) _____________ Bong sering
diperkecil dan dipersendakan oleh rakan-rakannya.
Bong tidak (24) _____________ ejekan rakan-rakannya. Dia banyak membaca untuk
menambahkan (25) _______________ . Sekiranya ada masalah berkaitan dengan bidang penulisan,
dia akan berjumpa dan (26) _______________ kepada guru Bahasa Melayunya, Puan Sharifah. Dia
mendapat tunjuk ajar dan (27) _____________ daripada Puan Sharifah.
Pelbagai pertandingan penulisan disertai oleh Bong. Walaupun tidak berjaya atau hanya
mendapat hadiah (28) _______________ Bong tidak kecewa. Dia terus mencuba. Pada suatu pagi,
sewaktu (29) ______________ , nama Bong telah dipanggil oleh Puan Sharifah untuk naik ke
pentas. Impian Bong menjadi (30) ______________ apabila dia berjaya mendapat tempat pertama
dalam Pertandingan Menulis Esei Anti Dadah Peringkat Kebangsaan bagi kategori bawah umur 12
tahun. Bong telah (31) __________________ nama sekolahnya. Guru Besar berasa (32)
__________________ dan memuji usaha gigih Bong.
Kawan-kawan Bong berasa malu kerana menghina (33) _______________ Bong. Mereka
memohon maaf kepada Bong. Kini, barulah mereka (34) ______________ bahawa sekiranya hendak
berjaya, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah (35)
___________________ .

Bahagian D Nombor 36 hingga 40. Susun semula ayat-ayat berikut mengikut urutan nombor 1
hingga 5 supaya menjadi sebuah cerita yang lengkap.

36) Dia tidak berasa malu untuk memperkenalkan ibu dan bapanya yang buta huruf kepada
rakan-rakan.
37) Ibu bapa Danial bersyukur kerana mempunyai seorang anak yang mengenang
budi.
38) Danial seorang arkitek yang terkenal. Dia berbangga dengan kedua-dua ibu
bapanya.
39) Segala keperluan ibu bapanya disediakan oleh Danial dengan sebaik-baiknya.
40) Sebagai membalas jasa mereka, Danial membawa mereka tinggal di rumah
banglo miliknya.




- 4 -
Bahagian E Nombor 41 hingga 50. Padankan penyataan berikut dengan peribahasa yang betul.
A Seseorang yang bersalah, semuanya terkena
B Pembahagian yang sama rata
C Suka duka sama ditanggung
D Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang dituduh
E Pemimpin perlu adil supaya disayangi rakyat kerana pemimpin yang tidak adil
akan memusuhi rakyat
F Orang lain yang berusaha,orang lain yang mendapat pujian
G Berat sebelah ketika membuat keputusan kerana hendak menguntungkan satu
pihak sahaja
H Tetap hendak mempertahankan pendirian atau pandangan yang salah
I Hubungan yang akrab
J Tidak mendengar nasihat walaupun sudah berkali-kali diberi
Peribahasa Penyataan
41. Pilih kasih
42. Menegakkan benang yang basah.
43. Lembu punya susu, sapi dapat nama.
44. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
45. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit.

46. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
47. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang
terkena getah.

48. Raja adil raja disembah, raja zalim raja di sanggah.
49. Isi dengan kuku.
50. Mencurah air ke daun keladi.

You might also like