You are on page 1of 7

PROGRAM TEACHING SCHOOL

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM



KAMI BANGGA MENJADI GURU

1

KERTAS KERJA
PROGRAM TEACHING SCHOOL GIMNASTIK
GULING DEPAN DAN GULING BELAKANG


TARIKH
4, 5 & 6 November 2014

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat,
Bandar Baru Bangi,
Selangor

ANJURAN BERSAMA
Jabatan Pendidikan Jasmani
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam



KAMI BANGGA MENJADI GURU







PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

2
KERTAS KERJA
PROGRAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN
ISLAM

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan serta pinjaman alatan sukan dari Bahagian Kewangan
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi untuk
mengadakan Program Teaching School ini. Penganjuran program
seumpama ini juga mampu membina keyakinan guru pelatih yang
mantap daripada segi persediaan diri untuk menjalankan aktiviti yang
memerlukan interaksi dengan pihak luar terutamanya interaksi dan
kolaborasi berkaitan bidang pendidikan dan perguruan.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Pendidikan Islam
dikehendaki mengadakan Program Teaching School di Sekolah
Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Program ini bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 1 sehingga
tahun 6 tentang kebaikan dan faedah tentang kemahiran gulingan.
Pelajar akan didedahkan dengan perkara berikut:
1. Teknik memanaskan diri:
a. Regangan
b. Mendekam
c. Ansur maju guling depan/ guling belakang
2. Teknik guling depan
3. Teknik guling belakang
4. Teknik headstand.

PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

3
3.0 SASARAN
Program Teaching School Gimnastik melibatkan semua murid tahun 1
sehingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

4.0 MATLAMAT

4.1 Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.2 Melahirkan murid yang dapat menerapkan kemahiran asas guling
depan dan guling belakang dalam pelbagai situasi terutama ketika
bermain.
4.3 Melahirkan graduan yang dapat mengadaptasi kemahiran guling
dengan spontan apabila terjatuh ketika bermain ataupun
menunggang basikal.
4.4 Melahirkan guru pelatih yang berkemahiran dalam merentas KSSR
Pendidikan Jasmani.

5.0 OBJEKTIF LAIN

5.1 Mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama antara murid, murid
dengan guru pelatih dan pihak IPG Kampus Pendidikan Islam
dengan SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
5.2 Membina keyakinan diri dan kemahiran interpersonal dalam setiap
murid.
5.3 Melahirkan mahasiswa/i yang kreatif dan
5.4 Memberi pendedahan dalam menguruskan sesuatu program.

6.0 ANJURAN DAN ORGANISASI

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Islam
Pengkhususan Pendidikan Jasmani
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam
Rujuk lampiran A.
PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

4

7.0 ANGGARAN ALATAN

Rujuk lampiran B


8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Nama Program : Program Teaching School Gimnastik
Tarikh : 4, 5 & 6 November 2014
Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi (sesi pagi)
2.30 petang 4.30 petang (sesi petang)

9.0 TEMPAT PROGRAM

Dataran Perhimpunan Cempaka,
Sekolah Kebangsaan Jalan 4,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah guru-guru pelatih seramai 21 orang.
Jumlah Pensyarah Pembimbing seramai 2 orang.



11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran C


PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

5
12.0 PENUTUP

Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan
serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Insitut Pendidikan Guru
dan pihak Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
khususnya. Kami juga berharap agar mendapat pinjaman alatan sukan
terutamanya tilam gimnastik bagi melancarkan program ini
dilaksanakan. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta
mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.
Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:

......................
(NURWAHIDAH BT HASSAN)
Setiausaha
Program Teaching School Gimnastik
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam.

Disemak oleh:

........................................................................
(EN. MOHD NAZRI BIN OMAR)
Penasihat
Program Teaching School Gimnastik
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam.

PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

6
LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI PROGRAM
Penaung
Tn. Hj. Osman b. Hussain
Pengarah IPGKPI
Penasihat
Encik Mohd Nazri Bin Omar
Pensyarah
Ketua Pengerusi
Emy Syazwany Bt Mohd Akib


Setiausaha
Nurwahidah Binti Hassan

Ketua Alatan Dan Persediaan Tempat
Siti Amirah Bt Muhammad Nor

Fasilitator
Guru Pelatih Pengkhususan Pendidikan Jasmani Semester 8













PROGRAM TEACHING SCHOOL
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KAMI BANGGA MENJADI GURU

7
LAMPIRAN B

ANGGARAN ALATAN YANG DIPERLUKAN
Anggaran

BIL PERKARA Unit
1.
2.
3.
4.
Tilam gimnastik
Tikar senaman (exercise mat)
Radio
Speaker
5
30
1
1



LAMPIRAN C


TENTATIF PROGRAM TEACHING SCHOOL GIMNASTIK

4 November 2014 - Murid Tahun 1 & Tahun 4
5 November 2014 - Murid Tahun 2 & Tahun 5
6 November 2014 - Murid Tahun 3 & Tahun 6

TARIKH DAN MASA PERKARA
8.00 Pagi Pelajar Berkumpul Dan Taklimat
8.15 Pagi Senaman Pagi Dan Demonstrasi Guling Depan dan
Guling Belakang
8.30 Pagi Ansur Maju Guling Depan
9.00 Pagi Latihan Guling Depan Dan Guling Belakang
9.50 Pagi Regangan/ Cooling Down
10.00 Pagi Rehat

You might also like